Monday 22 July 2013

MEH BELAJA LOGHAT TOMPEK ESEY.. SONANG YO!

Assalamualaikum. haaaa.. tak jawab doso. kok bukan Islam, selamat tongah haghi. 
ok, tadi soghang kawan den (Nurul ) suh den mo Iza (pon kawan den yo) bebughak dalam loghat nogoghi.. tapi, takdo kitoghang bebughak dalam loghat kitoghang.. Untuk pengetahuan sumo, Iza ni oghang Poland Palong. aah.. oghang Noghoghi yo. 
tapi untuk tak mengechewo an si Nurul tadi, den pun aja la suleh duo loghat noghoghi. Nurul ni oghang Perak *kite bakor.. kite bakor! eh tetiba*

apo yang den aja? 
den aja Duduk ontok-ontok & sekagho.. oghang piau noghoghi yo buleh paham ni .. keh keh keh..
tak paham ape aku dok tulis kat atas? gi cari kamus.. hahaha


ok, sini aku nak ajar beberapa perkataan yang biasa orang Negeri Sembilan tuturkan setiap hari (amboiiii.. cakap KL balik dah). *penggunaan perkataan mungkin berbeza untuk setiap tempat*


  • Duduk ontok-ontok : Duduk diam-diam
          contoh ayat : Woi, tak buleh ko kau duduk ontok-ontok? teloncek-loncek jo kojo eh.

                             (Maksud : Woi, tak boleh ke duduk diam-diam? terlompat-lompat je)


  • Teloncek-loncek : Terlompat-lompat
           contoh ayat : -sila rujuk ayat di atas-



  • Kelopai/ Kerghopai : beg plastik / beg
           contoh ayat : Bak sini keghopai tuha.. nak bubuh lauk ni.
                               (maksud : bak sini plastik tu.. nak letak lauk ni)

  • Kotomeneh : Ragam / perangai
          contoh ayat : Kau jangan nak banyak na ketemeneh. kang den dobik tongah belakang kau kang.
                              (maksud : kau jangan nak banyak ragam. aku debik belakang kau nanti.)

Antara perkataan lain yang selalu digunakan oleh orang Negeri Sembilan :

  1. Ghoman : Rupa 
  2. Bega : Degil
  3. Semonggah / Senegheh : Senonoh
  4. Peloser / Pelosir / Peloso : Pemalas
  5. Bogik : Degil
  6. Jobo : Perasan
  7. Joghan : Serik
  8. Joki : Rezeki
  9. Sekhagho : Senonoh
ok, kelas tamat kat sini ye.. semua bayar yuran sikit je. cikgu ajar ikut yuran awak semua eh.. hahahaha..
Loghat Negeri Sembilan ni unik. kadang-kadang nampak kasar, tapi tak sebenarnya.. 
Sila lah melawat Negeri Sembilan ye! Moh Poie Noghoghi Semilan. *ceh, duta pelancongan sangat!*

ok, sekian. tata titi tutu

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Thursday 18 July 2013

18.07.2009 - 4 TAHUN LEPAS

assalamualaikum.. 

**************************************************
17.07.2009

aku masih dekat Kolej jati UiTM Shah Alam. baru mendaftar sebagi pelajar degree kat sana dalam seminggu ke 2 minggu tah.. malam aku dapat sms dari adik perempuan aku cakap mak masuk hospital. berderau darah aku.. nak balik tapi dah malam. bas pun takda. lagipun tempat baru, aku tak faham lagi selok belok semua. hati aku cukup risau.. seharian tak tido. esoknya aku ada modul kat fakulti. 




***************************************************
18.07.2009

pagi lepas subuh aku dapat sms. mak nazak. masuk ccu. pelawat tak dibenarkan masuk. Ya Allah.. hanya tuhan je tahu perasaan aku masa tu. dalam pukul 7 aku dapat call dari adik aku. hati aku memang berat nak jawab.. tak tahu kenapa seolah-olah aku dah boleh agak berita apa yang akan disampaikan. aku jawab jugak call. seperti diduga. memang itu berita yang aku terima. 
"Lang, balik la lang. mak dah takdo" terduduk aku dengar berita tu. Allah Allah Allah.. dugaan apa ni yang aku terima..
aku macam kebingungan. tak lama lepas tu aku dapat call dari ayah. "Lang, mak dah takdo. balik yo nak" menitik air mata aku. Mak dah takda. Mak aku dah tak bernyawa. mak dah tak da di dunia lagi. 
aku tak tahu nak buat apa. nak balik sendiri aku memang tak tahu macam mana nak naik bas masa tu! 

tiba-tiba terlintas kat hati nak call abg zahari. dia sambung master masa tu. duduk seksyen 7 Shah Alam. 
"assalamualaikum bang, boleh tak tolong hantar saya pergi stesen komuter"
"kenapa" balas abg zahari.. 
"mak saya dah takda"
"ok. kejap. abg on the way"balas dia. 

tak lama lepas tu dia sampai kolej jati. on the way aku nak keluar kolej tu, aku kena tahan dengan guard perempuan sana. tanya aku mana ID aku. hati aku memang tengah panas. ye la baru daftar mana nak dapat ID. lepas tu aku cakap. "saya baru daftar. boleh tak bagi saya keluar cepat. mak saya dah meninggal!!!!" tinggi jugak suara aku masa tu. 

dalam kereta on the way ke stesen komuter, aku dapat call dari akak saudara aku. kak siti. adik arwah kak long. 
"Lang, kak siti ni. alang balik naik ape?"
"Naik komuter sampai seremban kak."
"alang, balik dengan akak. alang datang kat UUM KL ni"
"Alang tak tau nak pegi sana kak"
"alang naik komuter sampai Kl sentral, lepas tu keluar amek monorel. turun kat Chow Kit. akak tunggu sana"
"alang tak tahu kak"

abg zahari terus terangkan macam mana nak pergi sana sebab dia pernah sampai sana.

**********************************************
sampai sana Kak siti pun amek aku. laju dia bawak kereta. aku sampai dalam 12 lebih kot. 
dalam perjalanan tu, banyak call aku dapat.  risau kan aku yang tak sampai-sampai lagi.
aku sampai rumah, orang dah ramai. jenazah arwah mak belum sampai. 
bila arwah sampai, air mata aku mmg tak boleh tahan. sedih yang teramat. saudara-mara yang dekat datang peluk aku. ayah tumbang. pitam. 

Alhamdulillah selesai kebumikan arwah mak. semua dipermudahkan Allah. Alhamdulillah.

********************************************* 
seminggu aku cuti. aku mohon dari ketua program. dia bagi aku cuti seminggu. dan, dengan izin Allah, aku cuti lagi seminggu sebab UiTM diarahkan bercuti sebab kes H1N1 tu. 
lepas arwah meninggal, kitorang hilang arah. betul. hilang arah. adik aku demam teruk. setiap kali aku tengok nasi waktu makan sorang-sorang, aku akan menangis. aku dah tak dapat rasa masakan mak aku lagi. tak mungkin lagi. masa tu, dalam hati aku Allah je yang tahu. luar aku cuba untuk senyum, dalam hati sedih yang teramat sangat. 

tak ramai sahabat aku yang aku dapat bagitau berita pemergian arwah. seminggu lepas tu, aku dapat call dari kawan baik aku, Sabri. dia ucap takziah & mintak maaf sebab tak dapat ziarah. Dia mintak nama penuh arwah mak untuk buatkan Yassin untuk arwah. tak terucap dengan kata-kata masa tu. bersyukur aku dikelilingi sahabat yang benar-benar sahabat.

kini, dah 4 tahun aku kehilangan. kami dah boleh terima. kami semua kena redha dengan pemergian Arwah Mak untuk bertemu penciptanya. Alhamdullih, kami semakin kuat. 

terima kasih yang tak terhingga kepada nama-nama yang di atas. mungkin tanpa bantuan kalian semua, aku tak dapat nak jumpa arwah mak buat kali terakhir. Allah sahaja dapat balas jasa anda semua. terima kasih.

p/s:

  •  1) sesiapa rakan muslim yang terbaca post ni, saya mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah mak saya, Rogayah binti Jalani. terima kasih.
  • sesiapa yang masih mempunyai orang tua, bahagiakan lah mereka selagi masih ada waktu. mereka adalah sebear-besar anugerah Allah untuk kita. 
::Air mata menitis masa menulis post ni. Semoga mak tenang di sana. Amin::



KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Monday 15 July 2013

SPAGHETTI SAMBAL SARDIN?

Assalamualaikum. selamat berpuasa bagi semua umat Islam.

apa tak puasa? pepandai sendiri la.. malas nak tegur dah.. dah besar kan masing-masing. *haaaa.. kan dah terceramah dah*

ok, bila sebut je bulan puasa mesti ramai yang dok cerita pasal juadah berbuka korang kan?
jadi aku pun taknak tertinggal untuk ngengada update pasal makanan berbuka aku semalam.. yang penting, masak sendiri okeyyyy... *makcik, sila la buat saya jadi menantu makcik ye*

ape resipi aku buat? sabar la.. puasa ke tak ni? hepppp!!!
sebab tekak aku tetiba saje teringin nak makan spaghetti, so aku pun masak la spaghetti.. apa? tekak mat saleh? opkos la.. dah aku ni kan putih macam mat saleh. tettttttt

spaghetti, kurma, ayam golek goreng, teh o panas.

apa? ingat ke ep si ngan keni rojes je ada side dish? masakan aku pun ada side dish jugak.. ayam tu tiga ketul sebab tak berbaloi nak goreng seketul je. membazir minyak & gas.. so, goreng lebih untuk makan SAHUR. sahur ye sahur.. bukan sekali hadap time tu je okeyyyy..

aku pun upload la gambar tu kat Fesbuk aku.. sekali, ada yang komen kuah spaghetti aku tu sambal sardin.. tapi memang nampak macam sambal sardin pun.. hahahaha.. maklum la pes taim masak benda ni.. ok, yang cendawan tu aku takda cendawan butang tapi aku ganti dengan cendawan enoki.. hahahaha.. pelik? ok je aku makan.. selamat je untuk dihadam.. hahahaha..

isu kedua pulak pasal kurma & bekas! ada yang komen kenapa bekas besar tapi kurma 3 biji je.. heh heh heh.. dah tu je bekas yang msih single & available time tu.. aku sebat je la.. aku tak kesah sangat bab hidang-hidang makan ni.. asalkan bekas tu bersih aku ok je.. tak perlu la sampai nak guna set pinggan vantage sume bagai tu.. *untung sape jadi bini aku nanti kan? sila la apply sekarang eh :p*


ok tu je nak update.. 

p/s : 1. abg zahari : tu bukan sambal sardin la.. heh heh heh.. tekak orang putih tak makan sambal sardin.. :p
        2: shakira : suka ko eh tengok bekas kurma aku.. hahaha


KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Friday 12 July 2013

AKU DAN MESIN FOTOSTAT

Assalamualaikum.. Salam sejahtera.. salam sikit haaa.... 

ok, tajuk dah macam tajuk episod doremon kan? "Nobita Aku dan mesin masa"... hah hah hah
ok, apa kaitan aku dan mesin fotostat? apa aku dah couple dengan mesin fotostat? heh, tak lawak ok.. masakan aku yang terdiri daripada sekumpulan sel ni boleh bercinta dengan makhluk seperti itu.. dem..

lagi. teka la..




yeayyy.. betoi.. aku dah pandai guna mesin fotostat.. pewittt.. bangga aku bangga.. syabasy beta syabasy... 
apa benda mesin potostet tu jang oi.. ok, saba cik Nab.. saba Cik Peah.. 


tadaaaaaaaa... ni la mesin fotostat tu.

-gambar sekadar hiasan- seksi kan mesin ni..  hahahaha



ok, kembali ke jalan yang benar.. aku dah pandai guna mesin fotostat. memang sebijik macam ni mesin yang aku berjaya guna tu..
eleh, tak payah nak bajet terror sangat la.. korang pun bukan ramai yang tau guna mesin ni kan? tau cakap " bang, tolong fotostat ni eh.. depan blakang." je kan? kan? kan?


tengkiu kepada Madam Ann yang telah ajar saya guna mesin ni. 

tadi aku pegi fotostat kat pejabat akademik tu, ada sorang lecturer tu nak fotostat jugak. nak je cakap "Puan, meh sini saya fotostatkan. saya dah pandai pakai mesin fotostat ni." tapi nampak macam over je pulak kang.. aku pun kenselkan hajat aku tu..



ok, tu je nak hapdet.. sekian,

p/s: sila abaikan spelling & grammar aku kat atas ni.. bebudak sekolah jangan sebok nak tiru english aku ni.. ni english level tinggi ni.. 

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Monday 8 July 2013

AKU NI DAH KENAPA?

Assalamualaikum. Selamat Sejahtera.. Selamat Hari Isnin. Selamat hari bekerja.. selamat hari belajar. selamat hari-hari. 

ok, berdasarkan tajuk mesti ada yang pikir aku ni dah nyanyuk ke ape kan? 

ha ha ha ha ha.. salah. tettttt..



ape? aku nak kawen? tetttt salah lagi.. 

ok, gara-gara aku telah terpengaruh dengan cerita A Gentleman's Dignity yang sangat best itu, aku jadi terpengaruh dengan budaya makan dorang.. 
kalau korang semua perasan, mana-mana cerita Korea mesti akan highlight scene makan dorang.. dorang akan sangat menghayati makanan dorang.. cara makan dorang sume tu.. walaupun nampak gelojoh & kurang sopan, tapi tetap nampak menyelerakan (walaupun rasa tah pape la kan.. aku tak pernah rasa lagi setakat ni).

bijak betul pengarah drama-drama korea ni promosi budaya makan & makanan dorang sampai sape yang tengok mesti teruja nak rasa & ikut cara dorang makan tu kan? ke aku sorang je camtu? eleh, tipu la kalau korang takda feeling-feling nak makan cam korea kan? (walaupun banyak pork je tapi ade je menu dorang yang halal kan?)

kenapa la drama Melayu tak macam tu pun.. kalau bab makan @ penyediaan makanan je mesti nampak pelik.. mana tak pelik, scene siapkan makanan je ada potong sawi, carrot, bawang yang sangat banyak. tapi bila scene makan je benda tu semua tak ada pun atas meja (oh, dorang buat jus barangkali.. heh)


ok, berbalik kepada tajuk 'Aku Ni Dah Kenapa?', tahu tak yang aku sekarang sangat suka surf pasal sudu Korea.. dah kenapa pulak kan ngengada nak surf pasal sudu korea ni kan? banyak je sudu kat econsave tu kan? tapi tu lain. tak sama. hahaha.. dah sah-sah la aku ni jenis ngengada.. biarlah..


kenapa aku nak cari pasal benda ni? 

Nampak tak panjang nya sudu itu? Unik kan? 

Mana nak cari benda camni kat Malaysia kan? 

aku ada survey harga set sudu itu kat internet.. mang oi.. MYR 200.. nak beli? nak? baik aku beli coki-coki.. banyak boleh dapat...

benda ni sangat unik kan? walaumacam mana pun kan, aku mesti nak kena dapatkan benda ni 1.

sape nak pegi Korea dalam masa tedekat ni??? bagitau eh.. aku nak kirim benda  ni 1 set.. 
tak pun, sape nak belanja aku pegi Korea untuk beli benda ni? lepas tu kita balik.. ok tak? ok tak?

Jom pegi Korea.. heh!!

ok bye!

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Friday 5 July 2013

POSTGRADUATE OPEN DAY 2013 - FSK

Assalamualaikum.
mula-mula sekali, syukur ke hadrat Ilahi sebab kitorang berjaya melaksanakan aktiviti Rabu lepas.
Ni merupakan aktiviti pertama yang aku join sepanjang sebulan aku kat FSK UiTM ni..
apa komen aku??





hmmmmm...


















hmmm......
















ok.. ok.. aku komen.. sangat best.. kenapa?
1. Aku dapat tengok semua latest research & publication yang diusahakan oleh setiap Jabatan & RIG (Research Interest Group).. gila tak best.. banyak benda yang aku tak tau tapi aku dapat tau bila tengok setiap poster yang dipamerkan.. korang tau tak yang pokok bunga seri pagi tu dapat bunuh larva jentik-jentik?? tau tak? tak tau? sama la kita.. tau? ok, kita tak sama. tanak geng.

2. dapat curi macam-macam tips dari senior-senior yang sedang buat master & PhD dorang.. dapat korek rahsia dorang untuk hasilkan sebuah projek yang terbaik & ON TIME.

3. Dapat cuci mata.. ramai gila kot awek-awek cun yang datang kat booth kitorang.. cuma aku malu je nak ngorat dorang.. maklum lah jejaka idaman Malaya.. mesti la kena jaga adab kan? kan? kan?

4. dapat makan-makan.. selaku urusetia, aku dapat makan free (sarapan, lunch & tea).. gila tak best.. best la sebab free.

Wahaha..kan best tu..


ok, cakap banyak pun tak guna, so aku upload la gambar.. aku amek kat booth aku jaga je sebab ada orang lain yang incharge fotografi. so, malas la nak overshadow dorang.. kang amek gambar banyak-banyak nampak sangat nak overshadow dorang kan? sila la tengok gambar ini:

2 orang yang sangat power dalam bidang masing-masing bercerita pasal benda yang sangat menarik

Antara yang hadir waktu senggang

Antara potential labmate aku nanti sebab dia berminat dengan benda yang aku  akan buat nanti

Rilex saja madam ann bagi penerangan sambil duduk je.. 

Apasal doarang gelak ni aku pun tak sure.. tak ingat sangat hahaha

posing time


ok.. sekian aje deh




KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Monday 1 July 2013

JADI CIKGU SEPANJANG 2012

assalamualaikum..
mungkin korang akan bosan & cakap 'eleh, takda modal lain ke nak update blog.. balik-balik cerita pasal sekolah..lagipun cerita tahun lepas kot?'
aku jawab 'sukati aku la.. blog aku' wahahahahaha.. so, tanak baca?, ala, baca la.. baca la.. baca la..*baca dengan intonasi ayu ketika berjaya buat ehsan tertidur masa dalam keta tu.. apa? tak tengok teduhan kasih? isyhhh.. rugi-rugi*

kehkehkeh..
kepada sesiapa yang tak tau lagi, sepanjang tahun 2012 boleh kata aku jadi cikgu je & di sekolah yang sama.. kenapa sekolah yang sama? jangan tanya aku.. tanya la kepada pegawai yang in charge.. aku sekadar kuli secara upah harian je.. heh!

ok, hari ni disebabkan aku malas nak taip panjang-panjang, aku nak upload gambar je.. sila la tengok sampai muntah ye.. ape tengah makan??? saje je aku sebut perkataan tu masa korang tengah makan.. memang saje je.. hahaha.. dengki punya pasal kan? kan?

Ni dalam kelas 2 cekal tahun 2012.. sila abaikan tanduk di atas kepala cikgunya ye.. dorang semua memang best.. macam-macam ragam

muka kena terjah dengan wartawan hiburan. yang berdiri tu adalah ketua kelas 2c time tu.. sangat baik.. selalu tolong aku.. rajin budaknya

boleh je nak anggap yang tema kelas dorang adalah tema buat tanduk masa bergambar

dorang bertiga ni selalu tegur aku walaupun aku dah tak ajar dorang lagi maa kat skolah tu.. pernah je masuk kelas aku masa aku ngajar sebab nak borak dengan aku.. nampak tak betapa aku disenangi ramai.. ok, riak sangat kan

ni kelas 1 adil. dorang tengah jawab exam paper aku kot masa ni kalau tak silap.. baik je dorang time ni sebab mata aku liar je cari sapa yang meniru

kuiz matematik sempena minggu matematik 

izawan tengah jalankan cabutan nombor soalan masa kuiz spontan minggu matematik

sapa cakap masuk peraduan takda hadiah?? ni la hadiah untuk pemenang

tengok, betapa bersungguh -sungguhnya cikgu-cikgu ni menyusun hadiah untuk pemenang

pengetua SMK Bahau menyampaikan hadiah kepada pemenang

Ni masa aku ngajar PPKI hari tu.. projek sempena bulan patriotik tahun lepas.. buat bendera  Jalur Gemilang untuk digantungkan.. cikgu sama dengan pelajar bekerjasama.. tengok siap ada yang meniarap lagi semata-mata nak lukis sama-sama.. sweet kan? kan?

ni la hasilnya.. saya bangga dengan diri saya sebab saya yang lukiskan bintang itu.. cantik tak? cantik tak??? hahaha

suasana kelas Tekun rasanya kalau tak silap.. belajar pasal warna dalam english masa ni kalau tak silap

sesi mengagih duit raya.. tak boleh blah betul kak faezah dia pun nak jugak.. haha

dua orang ah long yang berjaya

petani moden =)

mampu sambil buat kerja sambil buat peace? mampu?

atlet berjaya SMK Bahau.. aktif gila kot.. laju gila dia lari.. tapi kalau lari ngan aku, sah sah la aku juara.. *ok tipu*

isvaran namanya kalau tak silap

supersenior kat PPKI masa tu.. tapi dia sangat la humble.. sangat ok.. baik dia ni.. cakap sopan santun je.. selalu aku  sakat dia sebut nine (9) sebab dia pelat nak sebut tu.. but, he is so humble =)


ok, tu je yang aku nak update..
ok bye.


KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN