Thursday 26 May 2011

TAK ADA TAJUK

assalamualaikum semua..

hari ni post aku takda tajuk.. entah la... tak jumpa tajuk yang sesuai.. okey.. aku dibesarkan di felda serting 1 (nama baru dia felda raja alias 1).. aku ingat dulu masa kecik-kecik.. susah sangat masa tu.. ayah aku peneroka yang mengusahakan getah.. dulu-dulu aku tak dibesarkan dengan alat-alat permainan ni.. abang-abang aku je yang mewah dengan permainan sebab ayah aku askar dulu sebelum masuk felda.. masa sebelum aku lahir, keluarga aku pindah masuk felda.. tapi aku tak kisah pun.. permainan aku dulu tempurung, tin ngan kepala paip yang dah rosak.. macam-macam aku diajar untuk mengolah benda tu menjadi alat permainan yang best.. betul.. sangat best.. (rugi la korang yang membesar kat bandar)..


dulu aku selalu ikut arwah mak aku kutip kangkung kat parit dekat umah.. masa tu harga getah sangat murah.. serius.. semua peneroka yang tanam getah dulu semua susah.. aku ingat saat tu.. aku tak pernah mintak permainan kat mak ngan ayah aku.. cuma, masa aku 4@ 5 tahun, aku ikut arwah mak aku pergi bahau.. lepas tu nak balik kampung.. masa tu bus stand masih kat tapak pasaraya jasa tu (bagi sapa yang duduk jempol la ye).. aku masuk dalam 1 kedai yang jual alat permainan kanak-kanak tepi bus stand tu.. aku tak pegang pun.. aku tengok je.. lama tau.. berjam-jam.. aku terpesona dengan permainan tu.. lepas tu arwah mak aku perasan yang aku hilang.. puas dia mencari aku.. last-last dia jumpa jugak aku... apa lagi, berdas-das cubitan singgah kat peha aku.. aku nangis.. (sakit okey)..


tak lama lepas hari tu, aku dapat 1 permainan askar kot... aku punya la happy.. ayah aku bagi.. mungkin arwah mak cerita kat ayah yang aku nak permainan tu kot... aku tak tau mana ayah aku cari duit tu.. masa tu aku tak fikir pun..

lepas tu, masa aku dalam darjah 2, aku buat kesalahan yang agak besar la... aku pecahkan kaca almari simpan pinggan mangkuk.. macam ni, aku tengah lepak tengok tv.. tetiba kepala aku kena cepuk ngan abang aku.. aku pun kejar la dia.. tak dapat kejar aku pun amek botol susu adik aku.. aku baling kat abang aku.. dia elak.. lepas tu kena kat cermin almari tu... pecah... aku kena leter teruk kat arwah mak aku.. memang lama...


masa aku darjah 3 aku dapat jadi pengawas.. baju kena tempah sendiri sebab sekolah takda jual.. baju pengawas sekolah aku dulu warna kuning cair.. masa cuti sebelum aku masuk darjah 3 tu arwah mak bawak aku pergi beli kain ela nak buat baju.. aku pun pilih la warna kuning tu... dengan confident je aku pilih kuning terang.. bila baju dah siap, aku pakai memang cantik.. masa first day darjah 3, semua kawan-kawan pengawas aku pakai baju kuning cair.. aku je pakai kuning terang.. aku kena gelak.. petang tu jugak arwah mak aku beli kain baru & tempah baju untuk aku...


lepas tu, kesalahan yang paling besar yang pernah aku buat masa aku form 4.. keputusan PMR aku agak baik lah sehingga aku diterima masuk ke SM SAINS MUAR.. tapi, surat tawaran tu mak ngan ayah aku tak pernah pun bagitau kat aku.. bila aku balik umah baru aku tau ada surat tawaran.. tapi masa tu dah dekat nak tarikh daftar.. aku tak faham masalah family aku masa tu.. aku merajuk gila masa tu... start daripada tu, aku dah malas belajar.. memang bodoh aku masa tu.. semua aktiviti yang sekolah buat semua aku nak masuk semata-mata taknak masuk kelas.. sebab nak bagi keputusan aku teruk... misi memberontak aku sangat berjaya.. result aku teruk.. mak ngan ayah aku sangat kecewa.. tapi dorang tak tunjuk kat aku.. dah dekat nakk SPM baru aku insaf... tapi dah terlambat.. hasilnya, result SPM aku teruk... sedih pun dah tak guna.. kesilapan paling bodoh pernah aku buat sepanjang hidup aku.. yang ruginya aku jugak kan??


andai masa dapat diundur, aku nak kembali ke masa lampau.. aku nak cakap kat ayah ngan mak aku masa dorang bagi aku permainan tu " ayah, mak, banglang taknak askar ni. ayah kan takda duit. jangan la membazir beli ni."..

lepas tu, aku nak cakap kat arwah mak aku " mak, takyah la beli baju baru... salah banglang jugak.. biarlah banglang pakai baju ni je." lepas tu jugak, aku taknak baling botol susu tu kat almari tu.. dan paling penting, aku taknak memberontak sebab tak dapat masuk sekolah sains tu.. aku nak cakap cam ni kat mak ayah aku " mak, ayah, bukan rezeki banglang nak masuk sana.. banglang janji nak belajar sungguh-sungguh masuk universiti.. banggakan mak ngan ayah.. "..

ya ALLAH... banyak dosa yang aku dah buat kepada kedua ibu bapa aku.. setiap kali bila teringat hal ni, airmata mudah mengalir.. banyak dosa aku terhadap mereka..

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Tuesday 17 May 2011

KALAU AKU DI BERI PELUANG

assalamualaikum semua..

kalau anda semua nak tau, aku ni jenis kuat berangan tau.. hahahaha.. suka sangat berangan yang merepek-repek.. ala, tak salah kan.. bukan kena bayar pun.. hahahahaha... okey.. kali ni aku nak kongsi tempat yang aku selalu berangan nak pergi... kalau dalam negara aku teringin nak pergi melancong ke sabah & sarawak.. teringin sangat.. mesti best... nang best.. waaaa... praktis cakap sarawak dah..

kalau luar negara pulak aku teringin nak pergi new zeland.. cantik negara tu.. tapi aku suka berangan nak sambung study kat sana.. kalau lah aku ada peluang tu... alangkah seronoknya.. hmmm... macam mana la nak dapat peluang tu kan?? okeyh.. berbalik kepada new zeland.. aku ni start suka negara ni masa aku tengok drama cinderella yang haliza misbun ngan ahmad idham berlakon tu.. dari situ aku dah aim nak pegi new zeland suatu hari nanti.. hmmm...

okey la.. dah malam sangat ni.. aku nak mimpi pergi sabah, sarawak ngan new zeland ni.. semoga jumpa korang kat new zeland dalam mimpi nanti ek..

assalamualaikum semua

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Monday 16 May 2011

SELAMAT PAGI CIKGU!!!!!!!!!!!












assalamualaikum semua..




tanggal 16 mei setiap tahun akan ada sambutan hari guru.. yup.. guru-guru akan diraikan dengan sambutan yang istimewa disetiap sekolah di malaysia ni...




besar pengorbanan seorang guru.. lahirnya seorang perdana menteri, jurutera, doktor, saintis, pendakwah, dan semua kerjaya professional yang bergaji ribu-ribu semua melalui zaman sekolah yang dididik oleh guru-guru @ ustaz @ ustazah @ teacher @ sir @ madam whatever it is they all are cikgu yang sangup berdepan kerenah murid-murid..




sempena hari guru ni, aku nak post pasal semua cikgu-cikgu yang pernah jadi guru kelas aku dari aku tadika lagi...




okey.. masa tadika, sepatutnya cikgu kelas aku adalah cikgu latipah.. tapi aku tanak masuk kelas dia.. aku menangis meronta-ronta (cehhh... ni tak tipu ye.. betul ni)... lepas tu aku masuk kelas CIKGU SURAYA... baik cikgu ni.. lepas tu, darjah satu cikgu kelas aku CIKGU MASNIZA. garang gila cikgu ni.. ajar BM dengan MATEMATIK... aku penah kena penampar jepun dengan dia sebab aku tak dengar arahan dia.. dia suruh pas kertas latihan kat member sebelah.. tapi aku rajin sangat.. aku bangun lepas tu aku pas kat sorang-sorang member aku.. ape lagi.. pangggggg... melekat sebijik penampar jepun kat pipi kanan aku tak silap.. bunyi macam tak logik kan? tapi tu la realitinya.. tapi aku dah maafkan cikgu tu.. salah aku jugak sebab tak dengar arahan..




okey, darjah 2 cikgu kelas aku CIKGU SHUHUD.. suka bergurau & kuat tido.. darjah 2 aku sekolah petang.. time paling syiok nak tido... tapi kitorang baik.. tak bagi tau guru besar pon..




ok darjah 3 aku ada 2 orang guru kelas.. mula-mula USTAZAH SALWANA.. garang tapi bertempat.. lepas tu ada rombakan kelas.. CIKGU AMBROS amek alih.. cikgu BM & MUZIK.. ajar aku pancaragam dulu.. aku main rekoder.. ngeh ngeh ngeh...




okey.. darjah 4 guru kelas aku CIKGU ADZMI... sempoi je cikgu ni.. ajar matematik... best.. darjah 5 guru kelas aku TEACHER SHIELA.. best.. cikgu BI paling best.. baik je... darjah 6 cikgu kelas aku CIKGU ZUBAIDAH.. dia ajar sains... aku start minat sains sebab dia pandai mengajar.. best... cikgu ni baik gila... masih mengajar di sekolah yang sama...




okey.. sekarang masuk time sekolah menengah... form 1 aku ada 2 guru kelas.. mula-mula CIKGU ROKIAH.. best jugak cikgu ni... baik... ajar BM.. kelas kitorang masa tu tak sampai 15 orang pun.. sikit gila... pelajar-pelajar asal kelas tu aku, rizal, hana, chamy, dengan lagi sorang aku tak ingat... lepas tu masuk bebudak dari 1A4... pun masih tak cukup nak buat 1 kelas... so, kelas tutup.. aku masuk 1A1.. guru kelas dia CIKGU SHIDAH.. ajar sejarah dengan BM... asyik buat rombongan je.. hahahaha... tapi dia sempoi...




form 2 pulak guru kelas aku USTAZAH RUSLIDA AWANG... cantik ustazah ni.. kelas dia pun tak bosan.. tapi, masa kelas 2A1, kelas kitorang macam muzium... senyap je.. jiran kitorang pulak 2A2.. macam zoo.. bising.. pantang takda cikgu.. ada je yang bergayut macam monyet kat pintu sambil buat bising ngorat awek (mamat, telek ngan shah.. dorang ni memang kaki memekak je)... okey.. form 3 pulak kitorang ada rombakan antara bebudak form 2, 2a1 ngan 2a2... campur & asing... maksudnya kitorang bergabung.. member kelas pun dah bertukar.. masa ni guru kelas aku CIKGU ZALINA.. dia ajar MATEMATIK.. best.. senang paham..




lepas tu form 4 aku masuk kelas 4A5.. kelas aliran BIOLOGI... masa ni la aku bercampur dengan students non-malay... best dorang.. sporting.. tak kedekut ilmu.. masa ni guru kelas aku CIKGU SHAMALA.. dia jugak guru kelas kitorang sampai form 5.. best.. sporting.. tak penah marah.. dia ajar MATEMATIK MODEN... kelas paling best sepanjang sekolah adalah masa form 4 & form 5.. best.. kelas kat bangunan baru & tingkat paling tinggi.. hahahahahaha... selalu kitorang menang pertandingan kebersihan & keceriaan (padahal kitorang recycle je hiasan kelas tahun sebelumnya tu).. hahahahaha.. jimat kos...










apa-apa pun, aku sangat berhutang budi dengan semua cikgu-cikgu yang pernah ajar aku.. semua niat nak aku jadi orang (modal insan).. insyaAllah aku akan cuba untuk menyumbang sesuatu demi kebaikan bangsa, negara & agama.. insyaAllah.. TERIMA KASIH CIKGU... ungkapan ni selalu di ucap masa cikgu nak keluar kelas... tapi ungkapan ni besar erti nya sekarang pada aku... aku memang tak mampu nak balas semua jasa cikgu-cikgu ni.. daripada mengajar aku ABC sampai la pensyarah-pensyarah yang mengajar aku sekarang.. jasa mereka semua ni amat berharga & tak mampu dibalas sampai bila-bila...




sempena hari guru ni, aku nak ucapkan terima kasih CIKGU kepada semua yang pernah mengajar aku daripada aku tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, masuk ke alam pendidikan tinggi ni.. semoga ALLAH sahaja yang dapat membalas jasa anda semua... sepatutnya setiap hari adalah hari guru..

















KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Sunday 8 May 2011

SANTAI

assalamualaikum semua...


akhirnya aku boleh menghela nafas lega sebab exam untuk sem ni dah habis.. sekarang aku hanya mampu berdoa & tawakkal sahaja... memang penat sepanjang minggu exam ni... tadi aku ada exam plant physiology... super duper susah.. 1 kelas merungut susah... alahai Dr Norizzah... susah nya paper yang Dr buat... tapi tadi ada 1 hal yang mencuit hati aku masa aku amek exam... ada sorang senior depan aku jawab exam.. dia tertidur sambil menulis... hahahahaha... aku rasa nak tergelak je... muahahahahahahaha...



okeyh.. berbalik kepada fokus post aku hari ni... aku nak tulis pasal MAHARAJA LAWAK (mentang-mentang rumah ada astro pakej mustika...hahahahahahaha)... entah la.. tiba-tiba tergerak nak tulis pasal dorang... ada yang sangat kelakar.. ada yang tak sampai hati aku nak gelak sebab lawak tak menjadi dorang... aku pun tak faham kenapa masih maintain dalam program tu... hmmmm.. entah la..
okey... peserta favret aku :


















PESERTA PALING AKU MINAT NI















sebab dorang ni gila.. baru masuk stage aku dah gelak.. tiap-tiap minggu tampil dengan idea yang fresh... pelapis generasi pelawak sekarang.. aku nak tengok semua ni pegi final maharajalawak.. sure best...


KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Friday 6 May 2011

SAHABAT





assalamualaikum semua & selamat petang jumaat...



aku rasa aku cukup bertuah.. masa aku dalam kesusahan, masih ada yang sanggup tolong aku dalam apa cara sekalipun.. kuasa ALLAH.. betul segala yang menimpa kita ada hikmahnya.. masa ni sahabat sebenar akan sedia membantu kita.. aku sangat terharu.. percaya lah, masa aku taip entry ni, air mata ni nak menitis laju.. aku sangat terharu...



disebalik segala dugaan yang aku kena tempuh ni, aku yakin tersirat banyak hikmah.. aku yakin tu.. sekarang aku yakin.. aku benar-benar hargai semua yang sahabat-sahabat aku lakukan untuk aku.. masa aku perlukan semangat, dorang tampil bagi galakan, nasihat & motivasi... masa aku kesempitan wang, dorang tampil membantu.. masa aku tak stabil emosi, sahabat akan menenangkan aku.. sungguh... jasa anda hanya ALLAH sahaja dapat membantu... semoga SAHABAT-SAHABAT saya sentiasa dimurahkan rezeki, bahagia & diberkati ALLAH selalu... amin...







terima kasih sahabat... anda tahu siapa anda yang saya maksudkan...

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Thursday 5 May 2011

MARATHON 3 PAPERS 3 HARI BERTURUT-TURUT



assalamualaikum semua...



akhirnya lega aku rasa.. 3 paper exam yang sangat rapat dah aku lalui dengan tenang... hahahahahaha... 3/5/2011 exam biophysics... kacukan antara biology dengan fizik... haaaa... cam mana tuu?? entah... aku main blaja je.. hahahahahahaha... 4/5/2011 exam reproduction... haaa... bila sebut je paper ni, mesti ramai yang pikir pasal ehem-ehem je kan???? isyh isyh isyh.. untuk pengetahuan korang, tak da pasal tu je yang kitorang blaja... benda tu sebahagian kecil je dari subjek tu... bayangkan, sampai ada yang pernah cakap kat aku camni " eleh, buat apa nak pegi kelas bagai... ko tengok je video ehem-ehem.. sure boleh score punye!!"... mangkok tak makhluk macam tu????? statement bikin panas je... dia ingat blajar pasal benda tu je ke agaknye.. kitorang belajar lagi details tau tak... belajar pasal segala hormones, enzymes, process yang terlibat daripada prosess penghasilan sperma dia masuk ke female & then jadilah korang.. segala negative & positive feedback yang berlaku dan macam-macam lagi... takda pasal ehem-ehem je ok... in addition (cewaaahhh.. omputeh sikit), kitorang jugak belajar kalau gametes tu ada defect @ abnormalities, apa kesan dia... & banyak lagi yang terlalu detail untuk nak diceritakan... kang jadi blog kelas biologi pulak sini kang... hahahahahaha... apa-apa pun, this is the most interesting subject i've learnt in UiTM... best...



5/5/2011 iaitu pagi tadi, aku ada exam biostatistics.. biology kacuk dengan statistics.. memang banyak mengira subjek ni... kelemahan aku.. I HATE NUMBERS... they make me crazy....



hahahahaha... sepanjang 3 paper tu, mana yang aku tak reti jawab, aku gunakan konsep memvavi buta.. hahahahaha... janji kertas aku tak kosong... masa aku menjawab secara vavi buta, aku senyum je sambil pandang kertas tu... ye la.. tak kan nak menangis pulak... tak gentle la bro... hahahahahahaha...



harap-harap semuanya baik-baik sahaja... INSYAALLAH...

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Wednesday 4 May 2011

AKU OBSES

assalamualaikum...
haaaa... mesti korang ingat aku nak post benda yang bukan-bukan betul tak??? eleh.. korang..
hahahahaha.. sebenarnya, bagi siapa-siapa yang mengenali aku secara peribadi, mesti kenal aku sebagai HANTU NOVEL a.k.a KAKI NOVEL...
ye betul... aku memang obses dengan novel... ape??? aku mat jiwang??? lantak la... ada aku kesah??? yang penting, aku tak kacau orang pun.. pada aku la, membaca novel ni memberi 1 kepuasan yang maksimum... betul... seolah-olah, aku masuk dalam cerita dalam novel tu.. sungguh... aku selalu berangan nak ada kisah macam dalam novel tu.. yela.. imaginasi.. tak salah kan??? ahaksss... sekarang ni, ramai penulis-penulis yang sangat berbakat tampil menulis novel... bidang penulisan novel sekarang ni dah berkembang pesat... seiring dengan perkembangan dunia tanpa sempadan ni... aku pun teringin nak tulis novel... sure aku bangga gila kalau dapat hasilkan sebuah novel.. tapi, tunggu la dulu... tungguuuuuuu... hahahahahaha...
berbalik kepada novel ni, aku tak segan silu nak pinjam novel orang kalau aku tak mampu nak beli novel tu semua... biar la orang nak cakap apa pun.. aku bukan nya mencurik pun...
setakat ni, banyak sangat novel yang aku minat... aku tak muak baca novel ni berulang-ulang kali... sebab novel tu best...
antara senarai novel yang aku minat ialah:


  1. OMBAK RINDU

  2. ADAM & HAWA

  3. BICARA HATI

  4. GEMERSIK KALBU

  5. SEPI TANPA CINTA

  6. MANISNYA CINTA

dan novel yang paling aku minat ialah ANDAI ITU TAKDIRNYA.. serius.. TOUCHING GILA BABENG la... bagi yang berjiwa sensitive, sure ada yang menitik air mata dengan nasib ALEYA tu... aku promote kat korang ni... pada sesiapa yang belum baca novel ni, sila la baca... nak pinjam kat aku pon takda hal...

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN