Friday 16 March 2012

AKHIRNYA

assalamualaikum semua... salam sejahtera...
akhirnya, siap jugak aku tanda kertas ujian students aku... memang mencabar emosi betul..
ada yang tinggalkan tempat kosong, ada yang tulis jawapan 'tatau' a.k.a tak tahu kat tempat jawapan tu... maun tak hangin kan??? punya la penat aku membebel dalam kelas dok ajar dorang.. last-last dorang bantai tulis 'tatau' kat tempat jawapan tu.. masa tanda kertas dorang hari tu, memang aku nak je sekeh dorang bukak sekolah ni.. ye la, tengah marah.. setan dok keje menghasut je.. tapi aku dah ok dah, biasa la.. students ni macam-macam perangai...
tapi ada benda yang mengubat hati aku.. ada sorang student form 1 dapat markah 100%.. 3 orang lagi dapat 98%.. banggo den!!!.. padahal aku tak da sumbangan pun...semua tu jasa cikgu Linda sebelum  dia cuti hari tu... saje je aku nak dapat nama...hahahahahaha. (ye la, at least tak sia-sia ulangkaji yang aku buat untuk dorang sehari sebelum ujian hari tu)...
yang paling best, sorang pelajar tingkatan 2K dapat markah 76% untuk subjek sains.. ye la, semua sedia maklum.. 2K tu kelas hujung.. tapi dia berjaya buktikan yang dia boleh.. tak sia-sia aku bebelkan dalam kelas guna OHP semua bagai (kelas sains semua aku buat dalam lab.. malas gila nak naik kelas dorang.. hohohoho)..

aku berhajat nak bagi hadiah kat student yang dapat markah tertinggi untuk subjek Matematik ngan Sains.. ada cadangan?? jangan la mahal-mahal sangat cadangan tu.. budget below than RM10.. (maklum la, gaji tak dapat lagi)..

tak sabar nak denda students yang jawab salah dalam test hari tu.. satu soalan salah, 10 kali pembetulan.. we already make a deal.. wahahahaha.. jenuh la nak tanda pembetulan dorang nanti..


bukak sekolah ni, sure semua cikgu-cikgu busy teramat.. semua busy nak key-in markah ngan nak prepare untuk mesyuarat agung PIBG jumaat depan.. aku ditugaskan untuk handle kedudukan penerima hadiah nanti..

ok la... nak gosok baju untuk stok minggu depan.. senang nanti..

till then ;-)
KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Monday 12 March 2012

GATAL !!!!

assalamualaikum.. 
hahahahahaha... mesti ada yang terkejut tengok layout baru blog aku ni kan??
saja je menggatal tangan nak tukar...
tak suka?? kesah pulak aku kan?
hahahahaha.. blog aku, sukati aku la... 
hahahahahaha..
mengambil inspirasi dari kelas bunga matahari (kelas Sin Chan)..
saje je nak perasan blog ni kiut... hahaha.. 
ni semua gara-gara stress menanda kertas ujian.. 

ok, tu je la.. saje nak gondok @ menunjuk-nunjuk layout baru blog ni.. hahaha
tak suka sudah.. kesah pulak aku (sekali lagi)..
hahhahahahaha
ampun pakkkkkkk!!!!!

till then =)

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Saturday 10 March 2012

WHAT TO DO???

assalamualaikum semua..
salam sejahtera.. cehhh.. lama tak update.. serius, busy gila babun sekarang ni.. haaa... jangan ingat jadi cikgu ni senang.. dok goyang kaki je.. fitnah semua tu!! (nada amaran yang tegas!!!)..
hahaha.. dah masuk minggu kedua aku jadi cikgu ganti balik... memang penat tak terkata berbanding tahun lepas..
memula sekali nak bagi tau subjek yang aku kena ajar kali ni... SAINS tingkatan 2 ngan MATH form 1... Alhamdulillah.. takda lagi pendidikan seni.. aku memang tak reti nak ajar seni.. hanya cikgu yang layak je yang boleh ajar subjek ni.. bukan sembarangan okeh.
selain tu, ada jugak tugas-tugas sampingan yang aku kena handle...
  1. Guru Kelas 2 Cekal
  2. Guru Kelab Catur (main catur pun ala kadar je aku ni)
  3. Guru Kadet Polis
  4. Guru Kelab Matematik
  5. etc (banyak.. tak larat nak taip)
banyak kan????
sapa kata jadi cikgu ni senang?? habaq mai kat aku!!! ok, students SMK BAHAU baru je habis ujian bulan mac.. maknanya, aku memang sedang busy tanda kertas ujian yang berlambak-lambak tu.. macam-macam jawapan pelik aku jumpa *muntah hijau aku* (agaknya ni la rasa pensyarah ngan cikgu-cikgu aku rasa dulu masa tanda kertas aku kan??? hahahahahaha) what goes around, comes around!!!
what to done is what to done!! (ayat kina dalam cerita biar mimpi sampai ke bintang - what to do sebenarnya!), dah memang kerja aku kan? aku dibayar untuk buat semua kerja tu...
by the way, cakap pasal bayaran, aku hanya akan dibayar gaji setelah tamat kontrak aku! yeah... bunyi macam sedap, tapi sakit wooooooooo..... 3 bulan aku kena korek tabung (tin air soya yang aku tebuk tu) wei.. 3 bulan kena duit sendiri..
lagi satu masalah, aku terpaksa tumpang orang pergi kerja memandangkan aku kena sampai sekolah sebelum 7.20 am.. yela, hari-hari tumpang orang tak best la kan? malu jugak.. rasa nak berhenti pun ada gak ni... so, sape-sape yang nak tolong pinjamkan duit untuk aku buat lesen amatlah dialu-alukan.. RM 888 je (bunyi macam sikit je kan? dushhh.. tumbuk muka sendiri)...
ok la... nak sambung tanda kertas ujian students jap lagi.. sampai kita bertemu lagi di blog aku yang tak seberapa ni..

till then ;-)
KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN