Monday 26 August 2013

SETAHUN AYAH DAH PERGI

Assalamualaikum semua. 
sepatutnya 24.08.2013 hari tu aku post entri ni. tapi hari ni baru berpeluang.
kalau 2 entri lepas aku dah ceritakan saat aku kehilangan emak 4 tahun lepas. entri kali ni aku nak cerita detik-detik aku kehilangan ayah aku. perit sebenarnya hidup tanpa emak dan ayah ni. setahun dah kami kehilangan dua orang yang dah banyak bekorban untuk kami adik beradik. serius, bukan mudah nak terus hidup bergelar yatim piatu. mudah saje orang sekeliling nak jatuhkan hukuman kat kitorang. mana yang dah bergelar yatim piatu akan faham apa yang aku tulis ni. 

kitorang je yang sentiasa salah. ape je yang kitorang buat tak pernah betul.. laju je mulut orang bercerita kalau kitorang ada buat silap sikit. 
tapi insyaAllah, kitorang adik beradik akan terus kuat..

************************************************************************
arwah ayah aku dah lama sakit.. dalam setahun juga dia sakit. bermula bulan 12 2011 lagi arwah ayah dah lemah. tak larat nak bangun sendiri.. badan bengkak & sembab. ayah perlukan orang untuk papah ke mana-mana.. masa tu aku semester akhir degree.. memang berperang perasaan aku. tak boleh fokus langsung dengan apa yang aku buat. projek semester akhir tengah berjalan. final exam, presentation FYP. semua dalam satu masa.. 

bulan 2 2012 aku tamat degree. Alhamdulillah, grad jugak walaupun macam-macam dugaan aku terima.. 
ayah masih lagi macam tu.. setiap kali hantar hospital untuk follow up, mesti akan kena tahan ward dalam seminggu. nasib baik hospital jempol dekat dengan rumah. senang untuk kami bergilir-gilir jaga ayah. beberapa tawaran kerja terpaksa aku tolak sebab keadaan tak mengizinkan langsung untuk aku tinggalkan rumah untuk tempoh masa yang lama. 

Alhamdulillah, aku dapat tawaran mengajar di SMK Bahau. boleh aku berulang-alik dari rumah ke tempat kerja. ayah kerap masuk hospital.. Alhamdulillah Pengetua tempat aku mengajar, En. Vellan sangat memahami. setiap kali aku mohon cuti untuk menjaga ayah aku di hospital dia akan terus luluskan. tanpa berkira. 

ayah semakin teruk. kedaan ayah semakin lemah. ayah dah tak mampu untuk dipapah ke tandas. walaupun ayah berkeras taknak buang air dari atas katil & ditadah.. busuk katanya.. tapi itulah yang terbaik untuk ayah masa tu. masa ni ayah kerap di tahan di hospital kuala pilah. kami bergilir-gilir cuti sebab mesti kena ada orang temankan ayah setiap masa. 

Julai 2012 keadaan ayah semakin teruk. ayah langsung lemah. jadi Hospital kuala pilah hantar ayah ke Hospital Seremban. ayah  dah tak boleh nak buang air secara biasa. jadi terpaksa gunakan lampin pakai buang.. seminggu lebih ayah ditahan. masa tu bulan puasa. ayah selalu cakap yang dia nak balik rumah sebelum raya . nak beraya kat rumah. banyak kali dia cakap benda yang sama. alhamdulillah, seminggu sebelum raya ayah dibenarkan keluar hospital. Ayah bagi kitorang duit raya yang besar jumlah dia untuk setiap orang anaknya. ayah mintak baju melayu raya baru. 

hari raya yang pertama, ayah dah tak kenal ramai orang.. ayah cuma kenal kami adik beradik, jiran yang sangat rapat, & nenek je. adik beradik ayah pun ayah dah tak kenal langsung.. ayah dah tak ingat banyak benda. ayah cuma terbaring saja.. ayah mintak nenek suapkan lemang untuk dia.. aku lari pergi depan rumah.. sebab tak sanggup nak tengok. hati dah rasa lain macam sangat. 

23.08.2013 petang. ayah jadi sangat lemah. kami panggil orang blok datang tolong bacakan yassin untuk ayah. atas nasihat seorang ahli blok, kami bawa ayah ke hospital. kami panggil ambulans datang ke rumah sebab susah nak bawak guna kereta. aku ikut naik ambulans. ayah terus dibawa ke wad kecemasan. ayah semakin nazak. doktor yang datang cadang kan untuk ganti air dalam badan ayah. tapi peluang 50-50. ayah tetap menolak untuk buat tu. ayah cakap sakit sangat. walaupun butir bicara ayah dah sangat tak jelas. 

kemudian doktor kata ayah mungkin ada masa dalam 48 jam. doktor minta maklumkan kepada semua ahli keluarga kami. adik terus call saudara yang sempat dia call. aku masih disebelah ayah. masih pegang tangan ayah. hati siapa yang senang bila dengar berita macam tu dari mulut seorang doktor. kami adik beradik menghadap ayah. kami bisik kan kalimah syahadah ke telinga ayah berulang kali. sempat aku mohon ampun kat ayah atas segala dosa aku terhadap dia. 

doktor pindahkan ayah ke wad. aku masih tetap di sebelah ayah. aku bacakan yassin disebelah ayah. jiran, saudara & kenalan ayah datang menziarah. tapi aku ulang bacakan yassin untuk ayah. habis baca yassin kali kedua, aku terus berdoa dalam hati agar Allah permudahkan jalan untuk ayah pergi seandainya sudah tiba masanya sebab aku dah tak sanggup tengok keadaan ayah masa tu.  

dalam pukul 10 aku balik sekejap dengan abang aku sebab nenek & adik berkeras nak jaga ayah pulak. aku balik mandi dan terlelap. 2 pagi dapat call dari adik aku yang oksigen dalam badan ayah turun dengan sangat teruk. kami bergegas ke sana. 2 orang adik aku jaga ayah masa tu. NURSE TAK BAGI KAMI BERADA DI SISI AYAH waktu tu walaupun NURSE tu dah tahu yang ayah boleh pergi bila-bila masa sahaja. 3 lebih adik  bagitau yang ayah dah tiada. gugur airmata aku. tapi kali ni lebih tenang menerima berita ni. kami dah lebih bersedia berbanding masa kehilangan arwah emak dulu. terkilan sebab tak dapat berada di sisi ayah sewaktu ayah menghembuskan nafas yang terakhir. memang terkilan. 2 orang adik je dapat berada di sisi ayah sewaktu ayah menghembuskan nafas yang terakhir.

kami ambil keputusan untuk mandikan dan kafankan ayah dihospital kerana itulah yang terbaik rasanya masa tu. alhamdulillah, dapat aku sama-sama mandikan ayah dan kafankan ayah. aku juga dapat sama-sama turunkan jenazah ayah ke kubur seperti yang aku buat masa arwah mak meninggal dulu. 

Alhamdulillah, ayah pergi menghadap Illahi pada hari Jumaat. urusan pengebumian ayah juga lancar tanpa sebarang masalah. kami kebumikan ayah selepas solat jumaat. ramai yang turut sama solat jenzah untuk arwah ayah. 

terima kasih kepada semua yang telah membantu kami semua.. terlalu banyak nama untuk disebut. hanya ALLAH sahaja dapat balas jasa anda semua.. terima kasih. 

kepada semua yang terbaca entri saya ni, bagi yang beragama Islam, sudilahkiranya untuk sedekahkan al-Fatihah untuk arwah ayah saya, ISMAIL BIN HAMID. 

*********************************************************************************
sekali lagi air mata aku gugur masa taip entri ni. 

semoga AYAH & EMAK tenang di sana.. 


KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN