Sunday 29 July 2012

ANAK MURID AKU

Assalamualaikum.. 
hari ni nak post suasana dalam kelas masa aku mengajar kelas PPKI Amanah. mereka ni kelas yang paling lemah.. nak tulis nama sendiri pun ada yang bermasalah.. ada yang autisme. 
tapi mereka best.. bila kita tanya mereka akan bagi respond yang menarik... macam-macam dalam imaginasi dorang..  
jumaat hari tu aku ada kelas dengan dorang.. so, aku ajar 1-5 dalam bahasa inggeris.. lepas tu sesi melukis sambil tu ajar jugak sebutan apa yang aku nak lukis tu dalam bahasa inggeris.. so, aku mintak dorang lukis rumah, bunga & pokok yang mana aku lukis & tulis kat whiteboard (maaf lukisan cikgunya tak boleh diupload sebab buruk mahal sangat. hehehe) 

hasilnya, macam-macam gambar yang dorang lukis.. ada yang lukis burung, kereta & motor mengikut imaginasi dorang.. 

Tengah-tengah tu adalah rumah.. kiri & kanan tu adalah burung



Pelajar kelas Amanah

till then =)

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Wednesday 25 July 2012

AKU JADI CIKGU PENDIDIKAN KHAS????

Assalamualaikum.. merujuk kepada tajuk di atas, mesti mengundang macam-macam reaksi kan? kan? kan?
mesti ramai nak gelak kan? coppp... sebelum gelak tu, sila baca entry aku kali ni sampai habis ( tu pun kalau sudi la kan )..
seperti yang anda sedia maklum (ke ada yang belum tau?) aku dapat jadi cikgu ganti lagi untuk kali yang ketiga dan masih sekolah yang sama.. kali ni aku kena ganti seorang sahabat aku yang cuti sakit (semoga cepat sihat seperti sediakala IZWAN). ok.. sepatutnya aku kena ajar math..tapi kemudian aku kena ajar PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) pulak.. 

Mula-mula masa dapat tau kena ajar PPKI aku rasa tekanan perasaan la jugak.. cehh.. 
ye la, dalam fikiran aku, budak-budak ni tak reti urus diri la.. kita nak kena cebok dorang la nanti... 
TAPI, semua tu jauh menyimpang dari keadaan sebenar.. bila mula-mula aku sampai kat tempat PPKI tu, aku disapa mesra dek pelajar-pelajar sana.. 
Staff kat sana pun semua ramah mesra.. aku tak rasa macam alien pun walaupun baru sejam kat sana.. cikgu Ijan selaku penyelaras kat sana pun sangat mesra dan tak lokek ajar aku macam-macam.. semua selok belok PPKI Smk Bahau dia ajar kat aku.. cikgu-cikgu pun sangat mesra... aku tak rasa janggal langsung terutamanya bila dengar Kak Ila selaku PPM kat sana gelak.. dia akan gelak sepenuh hati.. she is sempoi!! hahahaha..
bila aku tengok budak-budak tu semua, hati aku jadi sayu je.. Insaf aku sebab aku tak diduga seberat dorang.. mungkin kalau aku macam dorang, tak tertanggung aku agaknya.. dorang adalah insan yang HEBAT!!!! 

jujur aku cakap, bila aku rasa penat, rasa nak marah tapi bila aku tengok dorang je hati terus jadi cair.. terus sejuk.. terus aku jadi happy se'happy' dorang.. hari-hari aku diceriakan dengan keletah budak-budak ni yang saling usik-mengusik dengan cikgu-cikgu yang mana aku tak rasa masa aku ajar aliran perdana hari tu... 
dorang pun tak kurang ajar.. ada la sorang dua yang hyperactive.. tapi dorang tak kurang ajar pun.. paling aku terpegun, tiap kali nak balik ada je bebudak ni yang datang salam & cium tangan kita.. sekali lagi aku tersentuh.. dorang bukan macam yang kita gambarkan!! dorang pandai urus diri sendiri..
ya Allah, satu nikmat mendidik yang dapat aku rasai.. Syukur Ya Allah..  tak semua orang berpeluang merasa nikmat yang sebegini.. nikmat yang tak mungkin dapat dibeli dimana-mana.. sampaikan tadi ada bekas pelajar aku yang aliran perdana cakap aku makin putih je (maksud dorang aku makin berseri-seri).. member-member yang ajar aliran perdana pun cakap camtu.. nampak yang aku semakin ceria... Alhamdulillah..

mengajar dorang ni sangat best.. kita tak perlu kejar silibus.. kita ajar dorang ikut kemampuan dorang je.. TAPI, yang paling penting kita kena cari bahan bantu mengajar yang tepat untuk dorang sebab dorang pun BERHAK DAPAT PENDIDIKAN YANG SEMPURNA.. 
tapi tadi kegembiraan aku bagai dirobek bila diberitahu akan kena ajar aliran perdana balik.. mintak-mintak la tak jadi.. amin. 

btw, aku ajar BI & KH (kebun).. sangat best!!!!!


Jadi, peringatan untuk semua termasuk aku sekali.. jangan lah kita sesekali merendahkan pelajar-pelajar khas ni sebab dorang sangat berharga.. dorang tak pernah mintak untuk jadi macam tu.. kita janganlah sesekali merendahkan mereka.. mereka sama seperti kita.. 

p/s : cikgu sayaaaaaaaaaang semua students cikgu!!!!


KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Saturday 21 April 2012

PAMERAN SAINS DAN MATEMATIK SMK BAHAU

Assalamualaikum semua!!! sorry lama tak update blog ni.. tak ada masa lapang nak update.. busy bebenor.. balik sekolah je terus tingtong.. tak larat..
hari ni ada sekolah ganti kat SMK BAHAU.. dan hari ni jugak merupakan hari pameran sains dan matematik sempena BULAN SAINS DAN MATEMATIK.. MANTAP, BEST, SUPERB!!!
teruja aku tadi.. di luar jangkaan aku.. aku ditugaskan selaku jurugambar sepanjang Bulan SAINS DAN MATEMATIK ni.. so, aku update la gambar sepanjang pameran tadi.. nak update semua internet macam harrrrr je.. so, ni la antara gambar-gambar yang dapat aku upload.. sila nikmatinya ya..
"Ustzah, cikgu, macam ni la cara kita nak buat bom.. campur je semua bahan ni... bila dah meletup, baru kita panggil tu sebagai bom".. ujar student tu rasanya
Ustazah Shaheeda sedang menandatangani cek bernilai jutaan ringgit sambil diperhatikan oleh cikgu Siti Aishah


tah apo lah yang di auta dek zahid tu.. kusyuk sangat bebudak tu dikelentong

kamilah duta tahun melawat MALAYSIA
persiapan sedang dijalankan
budak-budak teruja tengok ekperimen ni

muka-muka konfiden nak bagi penerangan kat students
2 orang kuat untuk pameran ni.. baju purple kak siti rudziah.. tudung polka dot kak fauziah.. mang oi.. bosa sonyum eh tu
antara tumbuhan herba yang dipamerkan
gunakan limau nak hasilkan elektrik

ni pulak guna epal hijau
ni guna mangga

guna nenas pun boleh

pakar demonstrasi..

aku minat eksperimen ni.. pasal garam
kak marshitah cuba untuk mengesan cap jari beliau

"cikgu, tolonglah bagi kami masuk ha.. saya janji takkan buat bising dalam kelas math cikgu nanti" ujar ikhwan dari luar tingkap

antara pengunjung yang hadir
gaya seorang cikgu fizik yang cuba berlagak sopan masa turunkan tandatangan

eksperimen yang paling best yang aku tengok.. teruja.. guna konsep momentum zarah
saat bot hendak dilepaskan

jaga-jaga Puan Saringah, saya nak tembak ni.. 1... 2... 3.. pom!!!
2 orang cikgu Biologi berbaju biru

peace!!
puan saringah cuba mengesan cap jari beliau

apolah yang disonyumkan dek kak marshitah tu
yeay!!! saya sihat. agaknya tu lah yang fadzilah cakapkan kat students tu


KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Friday 16 March 2012

AKHIRNYA

assalamualaikum semua... salam sejahtera...
akhirnya, siap jugak aku tanda kertas ujian students aku... memang mencabar emosi betul..
ada yang tinggalkan tempat kosong, ada yang tulis jawapan 'tatau' a.k.a tak tahu kat tempat jawapan tu... maun tak hangin kan??? punya la penat aku membebel dalam kelas dok ajar dorang.. last-last dorang bantai tulis 'tatau' kat tempat jawapan tu.. masa tanda kertas dorang hari tu, memang aku nak je sekeh dorang bukak sekolah ni.. ye la, tengah marah.. setan dok keje menghasut je.. tapi aku dah ok dah, biasa la.. students ni macam-macam perangai...
tapi ada benda yang mengubat hati aku.. ada sorang student form 1 dapat markah 100%.. 3 orang lagi dapat 98%.. banggo den!!!.. padahal aku tak da sumbangan pun...semua tu jasa cikgu Linda sebelum  dia cuti hari tu... saje je aku nak dapat nama...hahahahahaha. (ye la, at least tak sia-sia ulangkaji yang aku buat untuk dorang sehari sebelum ujian hari tu)...
yang paling best, sorang pelajar tingkatan 2K dapat markah 76% untuk subjek sains.. ye la, semua sedia maklum.. 2K tu kelas hujung.. tapi dia berjaya buktikan yang dia boleh.. tak sia-sia aku bebelkan dalam kelas guna OHP semua bagai (kelas sains semua aku buat dalam lab.. malas gila nak naik kelas dorang.. hohohoho)..

aku berhajat nak bagi hadiah kat student yang dapat markah tertinggi untuk subjek Matematik ngan Sains.. ada cadangan?? jangan la mahal-mahal sangat cadangan tu.. budget below than RM10.. (maklum la, gaji tak dapat lagi)..

tak sabar nak denda students yang jawab salah dalam test hari tu.. satu soalan salah, 10 kali pembetulan.. we already make a deal.. wahahahaha.. jenuh la nak tanda pembetulan dorang nanti..


bukak sekolah ni, sure semua cikgu-cikgu busy teramat.. semua busy nak key-in markah ngan nak prepare untuk mesyuarat agung PIBG jumaat depan.. aku ditugaskan untuk handle kedudukan penerima hadiah nanti..

ok la... nak gosok baju untuk stok minggu depan.. senang nanti..

till then ;-)
KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Monday 12 March 2012

GATAL !!!!

assalamualaikum.. 
hahahahahaha... mesti ada yang terkejut tengok layout baru blog aku ni kan??
saja je menggatal tangan nak tukar...
tak suka?? kesah pulak aku kan?
hahahahaha.. blog aku, sukati aku la... 
hahahahahaha..
mengambil inspirasi dari kelas bunga matahari (kelas Sin Chan)..
saje je nak perasan blog ni kiut... hahaha.. 
ni semua gara-gara stress menanda kertas ujian.. 

ok, tu je la.. saje nak gondok @ menunjuk-nunjuk layout baru blog ni.. hahaha
tak suka sudah.. kesah pulak aku (sekali lagi)..
hahhahahahaha
ampun pakkkkkkk!!!!!

till then =)

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Saturday 10 March 2012

WHAT TO DO???

assalamualaikum semua..
salam sejahtera.. cehhh.. lama tak update.. serius, busy gila babun sekarang ni.. haaa... jangan ingat jadi cikgu ni senang.. dok goyang kaki je.. fitnah semua tu!! (nada amaran yang tegas!!!)..
hahaha.. dah masuk minggu kedua aku jadi cikgu ganti balik... memang penat tak terkata berbanding tahun lepas..
memula sekali nak bagi tau subjek yang aku kena ajar kali ni... SAINS tingkatan 2 ngan MATH form 1... Alhamdulillah.. takda lagi pendidikan seni.. aku memang tak reti nak ajar seni.. hanya cikgu yang layak je yang boleh ajar subjek ni.. bukan sembarangan okeh.
selain tu, ada jugak tugas-tugas sampingan yang aku kena handle...
  1. Guru Kelas 2 Cekal
  2. Guru Kelab Catur (main catur pun ala kadar je aku ni)
  3. Guru Kadet Polis
  4. Guru Kelab Matematik
  5. etc (banyak.. tak larat nak taip)
banyak kan????
sapa kata jadi cikgu ni senang?? habaq mai kat aku!!! ok, students SMK BAHAU baru je habis ujian bulan mac.. maknanya, aku memang sedang busy tanda kertas ujian yang berlambak-lambak tu.. macam-macam jawapan pelik aku jumpa *muntah hijau aku* (agaknya ni la rasa pensyarah ngan cikgu-cikgu aku rasa dulu masa tanda kertas aku kan??? hahahahahaha) what goes around, comes around!!!
what to done is what to done!! (ayat kina dalam cerita biar mimpi sampai ke bintang - what to do sebenarnya!), dah memang kerja aku kan? aku dibayar untuk buat semua kerja tu...
by the way, cakap pasal bayaran, aku hanya akan dibayar gaji setelah tamat kontrak aku! yeah... bunyi macam sedap, tapi sakit wooooooooo..... 3 bulan aku kena korek tabung (tin air soya yang aku tebuk tu) wei.. 3 bulan kena duit sendiri..
lagi satu masalah, aku terpaksa tumpang orang pergi kerja memandangkan aku kena sampai sekolah sebelum 7.20 am.. yela, hari-hari tumpang orang tak best la kan? malu jugak.. rasa nak berhenti pun ada gak ni... so, sape-sape yang nak tolong pinjamkan duit untuk aku buat lesen amatlah dialu-alukan.. RM 888 je (bunyi macam sikit je kan? dushhh.. tumbuk muka sendiri)...
ok la... nak sambung tanda kertas ujian students jap lagi.. sampai kita bertemu lagi di blog aku yang tak seberapa ni..

till then ;-)
KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Tuesday 28 February 2012

Hu Hu HOOOORAAYYY

Assalamualaikum semua.. rasanya lama sangat dah tak post benda baru kat blog aku ni.. serius.. tak ada apa nak di kongsi..
ok, sekarang ada benda baru nak dikongsi.. bagi yang dah sedia maklum, aku dah deactivate akaun Facebook aku.. hooray!!!!.. seriously, aku tak rasa menyesal langsung.. serius.. sebab aku dah menyampah dengan facebook.. asyik-asyik post pasal politik la.. post pasal fitnah memfitnah la.. post pasal awek/boyfriend masing-masing for every 2 minutes... jelek je..
ye la, facebook dorang.. tapi, keluar kat timeline aku tu.. serabut.. laju je mulut aku nak mencarut bila baca pasal benda-benda ni!!!!.. daripada aku buat dosa memaki hamun dorang, adalah lebih baik aku tutup terus akaun facebook aku..
entah la, aku rasa lebih happy sekarang.. rasa kembali ke kehidupan asal..
lagi pun, facebook ni membolehkan kita access gambar-gambar yang sangat tak senonoh.. ye la, tak accept kang kawan lama kita.. bila accept kang, profile picture dorang tu mang oi.. pak aji pun boleh hilang ketayap bila tengok... isyh isyh isyh...
tunggu!!!!
don't get me wrong okay!!!!! sukati korang la kalau korang ada FB pun.. ni pendapat aku je... personal.. asalkan korang gunakan FB ke jalan yang baik, it shouldn't be any problem.. tepuk dada tanya iman..

ok la.. enough bab tu!!!
sekarang ni aku tak 'tanam anggur lagi'.. Alhamdulillah!!!.. syukur...
aku ditawarkan mengajar disekolah lama (SMK BAHAU) semula.. 3 bulan.. bermula esok.. ajar ape???? of course la MATH... (aku pun tak faham kenapa pegawai tu asyik offer ajar math je.. dah la aku tak berapa kamcing sangat ngan math ni).. tak pe la, rezeki kan??
akan ku cuba untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberi ini sehabis baik..

kawan-kawan semua, tolong doakan aku berjaya habiskan tempoh 3 bulan ni dengan tenang ye... nak cari pengalaman... sebelum dapat offer kerja tetap.. InsyaAllah..

till then, =)
KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Sunday 15 January 2012

MISHA OMAR FOREVER!!!

phewittt

assalamualaikum & happy Sunday everyone..
ok, post kali ni kalau siapa yang tak suka sila jangan baca.. tak payah nak cakap macam-macam suma bagai.. 
tak suka, please leave this blog straight away.. immediately!!!!!!

ok, berbalik kepada tajuk entry kat atas, aku ni memang kipas-susah-mati (diehard fan) MISHA OMAR..
so, entry kali ni aku dedekasikan kat dia (tak suka jangan baca.. again!!!!) 
pagi tadi aku buka internet dan baca suratkhabar online je (memang hari-hari baca kat internet.. free.. sapa tanak kan?) hahahahahahaha...  selak punya selak, aku jumpa berita ni kat harian metro.. 


straight aku pergi kedai beli harian metro.. 
untuk maklumat anda semua, aku memang pantang kalau ada berita pasal dia.. confirm beli... tak kisah la majalah apa pun.. pernah jadi jugak aku beli majalah wanita sebab dia jadi cover.. ahhhhh.. pedulik apa aku.. 
ok, berbalik kepada artikel dalam Harian Metro tu, aku selaku diehard fan beliau, sangat-sangat teruja sebab MISHA OMAR is recording her 4th album.. i like!!!! which mean, she will come out with latest album soon!!!! 

ok, macam mana aku boleh minat beliau??? ok, jujurnya, dulu masa beliau mula-mula jadi artis, aku tersangat la anti beliau.. aku prefer pada sorang lagi artis yang sama masuk industri dengan dia.. nama tak boleh disebut atas sebab peribadi.. hohohohohoho... tapi aku start minat misha omar ni masa anugerah era tahun bape tah dah tak ingat... dia menang award pertama beliau malam tu.. she was very gorgeous that night wearing retro.. hell, she is gorgeous!!!! then, terus aku minat gila kat dia.. pantang lagu dia keluar radio aku terus melekap kat radio (dulu duduk asrama.. radio bahan seludup!!! hahahahaha.. mp4 pun belum ada lagi).. then, dia terpilih mewakili Malaysia ke Festival Musik Asia kat Shanghai, China.. SHE WON GOLD MEDAL.. GOLD MEDAL!!!!!!!! masa tu pertandingan ni yang paling tinggi artis Malaysia pergi.. banyak nama-nama besar yang menang pertandingan ni..   
lepas tu, dia menang besar jugak kat Anugerah Juara Lagu 2003... tersangatlah aku happy nya masa tu.. 
lepas tu, satu-satu anugerah dia menang... tak hairan dia menang sebab dia memang gifted..

aku tak kisah langsung dia dah kawen ke apa ke... i really don't care.. sebab aku minat bakat dia.. hal peribadi dia biarlah jadi hak dia.. tak kisah gossip apa pun yang datang serang dia, aku tetap minat dia!! Go MISHA!!!

kenapa aku minat MISHA OMAR lagi??? sebab nyanyian dia ada signiture tersendiri.. dia nyanyi ada style sendiri  (semua orang tau kot yang dia artis nyanyi sambil tendang-tendang + lambai-lambai tangan).. serius, sekali aku dengar lagu baru dia kat radio, mesti aku tahu dah yang tu lagu dia walaupun belum diperkenalkan penyanyi lagu tu lagi.. sebab dia ada 'something' yang mudah dikenali.. suara dia ada keunikan tersendiri.. setakat ni, aku tak pernah kecewa dengar dia nyanyi.. bagi lah apa lagu sekali pun, sure dia boleh bawak dengan terbaik.. apa? lagu tradisional? kacang je bagi dia.. rock? celah gigi je.. pop? tak payah cakap la.. semua dia bawak dengan terbaik.. 

credit picture to www.ohbulan.com
bila nyanyi lagu orang lain, dia jadikan lagu tu macam hak dia je.. i like!!!! tak caya, taip je kat youtube, cari kerana (allycats), hitam putih kehidupan (shila majid), bukan cinta biasa (dato siti).. dan paling best lagi medley sharifah aini ngan lagu medley uji rashid.. serius, terus aku minat lagu tok pah ngan uji rashid lepas aku dengar Misha nyanyi... setakat ni, semua video Misha Omar kat Youtube aku dah download!! semua dah convert masuk dalam mp4 (walkman Sony yang aku menang contest Misha omar tu.. hehehehe.. sila jangan jeles ye!)... 

cover album kompilasi dia

3 buah album misha aku dah menang!!!.. masih tersimpan rapi lagi.. aku tak muak dengar lagu dia... memang terbaik!!!!! aku pernah jumpa dia live ok.. menang contest dia yang Gua Muzik buat.. memang tak sangka... aku antara pemenang hadiah utama lagii.. jumpa dia live, memang sangat gojes!!! sangat... nyanyi pun sangat sedap!! kalah dalam CD.. dia pun sangat peramah.. 
2 teater yang dia berlakon aku dah p tengok (banyak jugak teater yang dia lakonkan aku tak dapat gi tengok.. frust!!!!) iaitu MAK DARA NYONYA dan GAMAT 2.. mak dara nyonya tu aku menang tiket kat Hotfm (tq Hotfm)... 

tapi, sejak akhir-akhir ni aku perasan Misha makin seksi la..kalau misha terbaca blog ni (poyo la ko sham.. takda nya dia nak baca blog ko yang sengkek ni.. hahahaha) Misha, jangan la seksi sangat.. tak manis dipandang... 

by the way, happy belated birthday Misha on last 6th January.. 
till then =)

p/s: jom beli album baru Misha nanti!!!!

update : misha dah bertunang!!! congrats... 

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Friday 13 January 2012

PENYAKIT AKU SEMAKIN TERUK

assalamualaikum semua.. 
by referring to the title, u guys may be shock isn't it? 
yeah.. me too..
but that is the fact that u guys need to accept!!
me too.. 
seriously, i don't play a joke here cause i'm not a clown by the way..
may be u guys wondering what is the disease that i have right now.. ( or not even concern at all.. whatever.. hahaha)
i have... 
i have....
i have...
i have...
CHRONIC
























LAZY disease!!!!
until now doctors can't even find the best medicine to be prescribed to lazy patient.. 
yeah.. my lazy is too chronic now..
there are too much symptoms that have been figured out.. such as like to delay in finishing my tasks, always delay to study (the worst), etc..

this symptoms have been figured out during my first semester in Degree.. now, it become really chronic.. 
owh damn u hisham!!!!
can u imagine, i can let my laundry to be done once a week now.. before this it might be 3 times at least for a week.. (soooooo lazy).. i can waste my time by playing, facebooking, tweeting, blogging, watching movies, and snoring at my bed..  yeah yeah... i know it really bad.. but, it is my habit now.. i can't stop it.. seriously.. 
besides, i can also spending too much time by just doing nothing or just daydreaming.. 

i'm searching for the best supplement to reduce my disease now.. please!!!!
till then :-)

p/s : saja ngengada nak tulis orang putih malam ni... wahahahahaha.. biar ramai follower mat saleh aku nanti.. (berangan tak ingat punya!!!)

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Saturday 7 January 2012

Assalamualaikum semua.. 
semalam (6/1/2012) dalam pukul 10 lebih aku dapat 1 sms daripada sepupu aku..
berderau darah aku bila baca sms tu.. sms tu bagitau yang kakak saudara kami dan suaminya meninggal dunia..
ya ALLAH.. tergamam aku.. kemudian, aku sms adik aku nak confirmkan berita ni..
adik aku pun confirmkan yang berita tu memang sahih..
ya ALLAH.. baru 2 minggu lepas aku jumpa kedua-dua arwah.. gerak balik sekali.. aku balik shah alam dengan abang saudara aku (adik arwah).. sorang lagi kakak saudara & suami balik klang.. arwah dan suami balik lumut.. 
memang ikutkan hati aku susah nak percaya.. tapi, ini qada & qadar ILLAHI.. kena terima dengan redha..
arwah ialah dua pupu aku (mak arwah dengan arwah mak aku sepupu).. family makcik aku ni sangat rapat dengan kami.. banyak bantu kami.. bila arwah mak aku dah takda, mak arwah dah macam mak kami.. tempat kami tumpang kasih sayang.. sebab rumah kami tak jauh pun.. (kitorang Felda Raja Alias 1, mak cik aku Felda Raja Alias 4).
jadi kami memang kenal rapat dengan kedua-dua arwah.. 
arwah ada anak.. 3 orang.. masih kecil.. paling tua umur 6 tahun.. paling muda nak masuk 3 tahun kalau tak silap.. 
anak-anak arwah dah menjadi yatim piatu sekelip mata pada usia mereka yang masih tak mengenali dunia.. 
sayu hati aku..  


sebak sungguh aku bila baca laporan akhbar ni.. memang terkilan sebab aku tak dapat balik untuk tengok arwah kali terakhir sebab pagi tadi aku ada exam.. 
alhamdulillah, kedua-dua arwah selamat dikebumikan kampung halaman nya di Felda Raja Alias 4 tengah malam semalam.. 

kalau anda yang membaca ni tidak keberatan, sudilah kiranya sedekahkan al-Fatihah untuk kedua-dua arwah (Norazimah bt Abdol Azis dan Shahrin bin Ismail)...
moga tenanglah kalian berdua (kak long & bang long)...



KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN