Friday 28 June 2013

APA YANG KORANG NAK BUAT???

Assalamualaikum & salam sejahtera.


ok, satu soalan aku.
 apa yang korang nak buat bila korang nak pergi suatu tempat yang agak jauh la.. korang naik bas, sampai di pertengahan jalan, korang baru perasan yang korang tak bawak duit yang cukup untuk sampai ke tepat yang dituju? duit dalam bank korang dak yilek (habis) tinggal duit dalam ASB je yang mana korang memang berhajat nak keluarkan duit tu untuk sampai ke tempat yang dituju.. tapi, KORANG PERASAN YANG KORANG TAK BAWAK BUKU TU BERSAMA KORANG!. Apa korang nak buat??


a) menangis je kat situ
b) buat-buat rilek saje sudah
c) call saudara yang terdekat untuk bank in duit kat korang
d) call sahabat korang
e) semua di atas

kenapa aku tanya ni?? kenapa eh? eh, ni bukan soalan exam final year pon eh. bukan juga soalan exam PTD yang korang pernah duduki dulu.. bukan juga soalan trial SPM atau PMR... 

tapi kenapa aku tanya ni? kenapa? kenapa? kenapa???? *oh suspen sungguh*

ok, sebab benda ni jadi kat aku!!!!! wahahahaha.. ape tak percaya? tak caya sudah nama kau Dollah (sambung sendiri eh)

kenapa aku bengong sangat sampai jadi camtu? hamboiii, sukati je korang eh.. ini adalah insiden yang tak disengajakan.. "tidak kupinta lahir kedunia, tidak kuduga cacat begini..." eh tetiba kan.. ape kes???

so, apa jadi kat aku kan?? mesti nak tau kan? apa tanak tau?? tanak tau sudah nama kau dollah..

aku pilih jawapan e).. mula-mula aku buat-buat rilek je.. sejam jugak la aku duduk tersadai kat Terminal 1 tu tanpa berfikir apa-apa siap update status kat FB (aku dah aktif FB balik ok) lagi yang mana takda kaitan dengan situasi aku time tu.. nampak tak yang aku memang malas nak berfikir jalan penyelesaian.. sham sham...
lepas tu apa? aku tetiba rasa nak nangis sebab aku rasa macam ape aku buat kat sini kan? terlintas jugak rasa aku nak patah balik tu. tapi macam hmmmmfffff.. arghhhh.. (aku memang sentiasa sediakan syiling dalam setiap beg aku.. sebab tu la beg aku sentiasa berat okey.. takyah angkat dumbell lagi ka?)
then, aku controll lagi.. ye la, orang macho kat terminal 1 Seremban tetiba nangis, malu la kat awek cun sebelah aku tu kan.. wahahahaha.. ok, abaikan..

then, aku call saudara aku yang terdekat. tapi, hampeh. sorang pun tak dapat dihubungi.. bertambah pilu hati.  "berkali tersungkur.. pandanganmu kabur.. namun azam, meneruskan hidup.." haaaa kan, besamamu sangat.. tetiba..

lepas tu, terdetik hati aku nak mesej penyelamat a.k.a superman aku.. eh hello, korang ingat Faizal Tahir je ke superman kat Malaysia ni? cuma superman yang tolong aku ni takda la sampai pakai seluar kecik kat luar atau bukak baju depan orang ramai.. aku mesej beliau dan cerita kan masalah aku time tu.. dan dia terus terbang ke terminal 1 bank in kat aku.. yeay!!! terus aku dapat beli tiket ke klang.. terus dapat balik puncak alam.. terus aku rasa lega.. terus...??? hahaha..

siapa superman tu kan?? siapa? siapa? beliau ialah saudara ZAHARI BIN ABU BAKAR.. ape, nak ngorat beliau?? eh, ngorat la sendiri.. hahahaha.. thanks ye abg Zahari.. 

ok, sekian je la laporan untuk 999 minggu ni.. eh, hahahaha...

ok, sekian.. tengkiu.. 

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Thursday 27 June 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. cehhh pembaca berita sangat kan??
lama dah blog ni tak di update.. kenapa? saja.. malas.. boleh? boleh????
takda la. banyak sangat benda yang jadi sepanjang tempoh aku tak update blog ni.. sampai tak tau nak cerita mana satu..
*memang mintak kaki je kan?* 

sedih 
ogos 2012 aku dah kehilangan satu lagi sayap. Ayah aku meninggal dunia pada tanggal 24.08.2012 sebab kegagalan buah pinggang peringkat akhir. sedih memang sedih tapi Alhamdulillah, kami semua dapat terima sebab dah tak sanggup nak tengok arwah terlantar sakit. setahun lebih arwah terlantar sakit.

gembira
ntah la.. banyak jugak la tapi tak boleh nak ingat. sorry.

tu je la kot nak update nya. ok bai

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN