Wednesday 27 April 2011

AKU LEMAH...

assalamualaikum semua..

tiap-tiap hari aku selalu bertanya sendiri.. bila la semua masalah ni nak habis.. nak selesai..

macam tak jumpa jalan penyelesaian..

penat memang penat..

kadang-kadang aku terfikir.. aku ni dalam drama kat TV ke?

entah la.. kan mudah kalau aku boleh "cut" babak-babak sedih dalam drama ni..

kan best kalau semua babak adalah babak yang gembira je..

betul.. aku dah tak berkudrat nak tempuh semua ni..

ya ALLAH.. kuatkan la semangat hamba Mu yang lemah ini...

moga ada hikmah di sebalik semua ni..

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Sunday 24 April 2011

TEMPAT UNTUK TENANGKAN FIKIRAN

assalamualaikum..


post hari ni pasal PESTA BUKU KUALA LUMPUR... haaaaaa... percaya atau tidak, aku memang teruja nak pegi sana.. tapi takda member nak temankan.. tapi, lantak la.. takda member pun aku akan pegi jugak... tempat yang paling sesuai nak release tension.. aku memang suka tengok buku-buku baru yang ada kat sana.. memang aku suka gila.. kalau dapat beli lagi aku suka.. tapi tunggu aku dah ada pendapatan nanti.. confirm aku borong habis-habisan..

mesti korang ada yang tertanya-tanya kenapa la ada orang pelik macam aku kan??? korang je yang rasa pelik.. aku tak rasa pelik pun.. ye la ada orang pegi shopping baju, kasut, tengok wayang la sebagai cara nak release tension kan???? tu cara masing-masing.. lain orang lain cara nya.. percaya tak, tiap-tiap minggu aku keluar gi beli barang, mesti aku akan singgah kat MPH... saja nak jalan-jalan, release tension.. aku ada member card lagi okey... hahahahahaha..

sungguh, buku-buku baru yang disusun kat rak tu buat aku teruja nak tengok,sentuh & teringin nak beli.. mesti ada yang cakap pegi je la kat library untuk tengok buku-buku kan??? haaaaa... sorry.. buku kat library tu kurang buat aku teruja.. aku pun tak tau kenapa..

pada aku la, sebuah buku tu, mesti ada cerita disebalik penghasilan nya.. penat lelah penulis nya buat kan buku tu sangat mahal nilainya.. berbaloi la dengan harga yang dijual... bukan senang tu nak tulis buku.. cayolah cakap den.. aku teringin nak hasilkan sebuah karya.. mungkin la novel kot... biarlah takda orang nak beli pun.. lantak la.. ada aku kesah??? janji kepuasan tu aku dapat.. tapi bila nak hasilkan tu, entah la.. selalu mengarang, tapi tak penah habis pun... hahahaahahaha..

berbalik kepada PESTA BUKU KUALA LUMPUR ni, aku tetap akan pergi... biarlah takda geng pun.. ade aku kesah??? aku memang taknak pegi waktu cuti hujung minggu.. ramai sangat orang... BAHAYA... serik aku pergi waktu hujung minggu tahun lepas... ape yang berlaku??? ada la.. seram gak aku...

pape pun, aku harap sangat dapat jumpa DAMYA HANNA kat sana.. penulis pujaan hatiku.. karya dia sangat matang dan menarik.. lain-lain penulis yang aku minat gila ialah AISYA SOFEA, NORHAYATI BERAHIM.. karya mereka ni memang MANTOP..


tak sabar aku nak pegi PESTA BUKU isnin ni..


ok la.. selamat pagi semua.. patik mahu beradu.. mata dah mengantuk gila babeng dah ni..
KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Thursday 21 April 2011

AKU DAH BUAT KEPUTUSAN MUKTAMAD






ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..





musim orang buat-buat rajin sudah kembali.. yeahhhhh... musim exam (apa? ingat durian je ada musim???).. masa ni, confirm PTAR kat UiTM ni penuh.. dari pagi sampai malam mesti penuh je PTAR tu.. biasa la tu.. fenomena biasa..




masa ni la semua orang sibuk print past year, print nota-nota kat i-learn tu.. biasa la tu.. masa ni la semua sibuk fikir pasal carry marks.. masa ni la jugak semua nak rasa insaf pasal selalu ponteng kelas.. hmmmm.. lumrah seorang student yang normal ( abaikan pelajar yang kurang atau terlebih normal tu ).. masa ni jugak la lecturer akan cuba mengelak dari diserbu oleh students.. memang la dorang lari pasal awal-awal sem students suma buat 'derk' je bila nampak dorang..




haaa... tu la dinamakan musim exam.. menarik bukan??? musim-musim exam ni aku akan ada bekalan kopi yang mencukupi untuk membantu aku berjaga malam.. takda maknanya aku nak tengok hindustan sekarang ni... aku dah abaikan filem hindustan musim exam ni.. sekarang ni aku kena fokus untuk exam... aku kena abaikan semua masalah yang datang tanpa diundang.. i have to be strong enough to focus on my study for my future.. thanks to ABG ZAHARI yang mengingatkan aku tentang tugas aku.. thanks... percaya atau tidak, aku sangat percaya kat dia.. he is the best motivator to boost up my motivation.. thanks bro..i really owe u..




jadi, sempena musim exam ni, aku bersara sekilas dari FACEBOOK, TWITTER & YM ni.. tapi, blog ni akan aktif sebab kat sini la aku nak tulis apa-apa yang aku rasa nak tulis..




kepada semua pelajar IPT di MALAYSIA ni, GOOD LUCK for your FINAL EXAMINATION..




STRIVE FOR EXCELLENCE!!!!




special thanks to saudara ZAHARI ABU BAKAR sebab banyak membantu aku masa aku susah.. thanks a lot bro.. ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa kamu..

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Monday 18 April 2011

PENAT & GERAM

assalamualaikum semua & salam sejahtera..

sorry lama tak update. banyak urusan yang perlu diselesaikan. penat memang penat. minggu lepas banyak sangat benda penting yang berlaku. sampaikan aku terpaksa lupakan banyak urusan. minggu lepas je tiap-tiap hari (kecuali khamis) aku ada test.. minimum 2 test sehari aku kena hadap.. memang nak muntah terbelahak aku.. maun tak stress aku.. khamis pulak aku ada presentation proposal FINAL YEAR PROJECT aku...

dan minggu lepas jugak adik perempuan aku (aku ada adik lelaki ke??) operate kaki dia.. kena masukkan besi kat dalam kaki.. tulang femur dia patah.. yang paling sedihnya, aku tak dapat ada kat hospital tuanku ampuan najihah tu masa dia operate tu.. alhamdulillah operation tu dah selamat.. kalau la aku ada kenderaan, mesti aku dah pecut balik lepas aku jawab test pagi dan aku pecut balik untuk amek test petang tu.. memang aku rasa bersalah sangat.. aku ni memang abang yang tak guna..

sepatutnya, operation tu dijalankan pada hari rabu tu... tapi last minutes terpaksa dibatalkan. alasan nya tak cukup peralatan. bayangkan hospital jempol tu punyalah canggih (hospital baru okey) tapi alatan nak bedah pun takda... sepatutnya kalau alatan tak cukup bagitau lah awal-awal.. ni bayangkan ye, adik aku tu dah dibius baru pakar bedah tu bagitau tak jadi.. memang BANGANG kan?? kepala huntas dia agaknye,.... dia ingat adik aku tu sample lab dorang ke?? bod** betol.. adik aku asyik mengadu sakit je lepas ubat bius tu hilang... maun tak sakit.. meh doktor tu aku nak bius.. sakit ke tak... geram betul aku.. sudahnya, adik aku dihantar balik ke hospital pilah..

ahad hari tu aku pegi melawat adik aku kat hospital.. aku dah nekad, aku nak sound doktor tu.. mane tah etika kerja dorang ni... ingat dorang buat ekperimen kat tikus makmal ke???? siot betol.. sekali aku tunggu-tunggu takde pulak doktor tu.. takde luck la doktor tu nak kena sembur ngan aku.. sebelum operate masa sabtu minggu lepas-lepas haritu, aku tanya la dia pasal tulang adik aku yang patah tu.. dia macam nak tak nak je jawab.. eleh ingat aku tak tahu langsung ke pasal tulang ni.. at least aku tau la sikit habuk.. lepas aku tanya dalam bahasa sains nya, haaa.. terus dia explain pasal operation yang nak buat tu... geram pun ada gak aku ni..


KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Monday 4 April 2011

DIA... MISHA

assalamualaikum semua.. hari ni special entry dedicated to MISHA OMAR.. baru-baru ni saya berpeluang ke majlis pelancaran album kompilasi terbaru MISHA OMAR, DIA... MISHA... macam mana saya dapat tiket gi sana???? hahahahahaha.. ade la... cam ni sebenarnya, saya menang melalui contest yang GUA MUZIK buat (thanks GUA MUZIK).. saya antara 5 pemenang hadiah utama.. ape hadiah nya??? haaaaaaaaa... sebuah Sony 16GB S Series Video MP3 Walkman bernilai RM599 , Album Autografi Misha Omar dan paling berharga Peluang untuk beramah mesra bersama Misha Omar pada hari pelancaran album.. jangan jeles ye... show tu memang best... misha nyanyi memang power.. tapi tak puas la.. sebab dapat jumpa misha kejap je.. kalau la dapat peluang jumpa MISHA lagi, mesti aku happy gila.. kat sini aku upload gambar dan video sekitar majlis tu.. (saje nak bagi peminat MISHA OMAR jeles...) hahahahahaha


















KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN