Tuesday 27 September 2011

PAGAR a.k.a GIGI BESI

assalamualaikum semua..
okey, tengok ni


aku dah lama berhajat nak pakai gigi besi a.k.a pagar ni..
bukan niat nak ngengada.. tapi gigi aku agak jarang..
bila makan daging@ayam akan selalu terselit..
aku nak gigi yang sihat seperti ni..

jangan salah faham..
aku bukan berniat nak mengubah kurniaan ILLAHI..
tidak sama sekali. tapi niat untuk nak menjaga dan memberi keselesaan kepada aku..
kalau ada yang perasan, bila aku senyum aku jarang tayang gigi.. takut ada saki daging lauk lunch terlekat...
tapi kos nak pakai menatang ni

SANGAT MAHAL OKEY...
so, ada sapa-sapa yang berminat nak sponsor tak? kalau ada, sila contact saya... kecik saiz braces, mulut & gigi saya tadahkan...
ahaksssss...
bye :P

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Saturday 17 September 2011

SEMOGA CEPAT SEMBUH WAN FADHULLAH FARHAN !!!

assalamualaikum... maaf lama aku tak update blog...
post aku hari ni lebih kearah emosi.. okay, aku ada ramai kawan yang sangat baik terhadap aku... ramai..antaranya
WAN FADHULLAH FARHAN BIN WAN FAUZI a.k.a PAAN.. hari ahad yang lepas, aku tengok kat facebook ramai yang post supaya WAN FADHULLAH FARHAN BIN WAN FAUZI a.k.a PAAN cepat sembuh kembali.. serius aku tertanya-tanya kenapa dengan gond? bila aku bukak wall dia, ada member dia yang post bagitau dia kemalangan.. teruk.. masuk ICU.. patah pinggang... ya ALLAH... serius.. masa aku baca tu, rasa nak gugur jantung aku.. ALLAH, aku harap itu berita palsu la.. tapi, setelah disahihkan oleh kawan-kawan yang mungkin 1 kelas dengan dia kat uitm lendu aku rasa confirm berita tu bukan palsu.. aku ternanti-nanti update terkini pasal beliau di facebook... beliau dimasukkan ke hospital melaka sebab dia kemalangan kat melaka... kalau dekat on the spot aku pergi tengok...
aku tanya member-member aku kat shah alam ni pasal berita kemalangan paan tu.. majoriti tak tahu pun pasal tu... lepas tu, kitorang pun bincang nak pegi melawat dia... disebabkan masalah pengangkutan & hari kuliah, so kitorang pergi melawat dia semalam @ jumaat... bila kitorang sampai,
ALHAMDULILLAH paan dah di masukkan ke wad biasa.. dia patah kaki kanan dan ada sedikit masalah pada tulang belakang... dia kena 23 jahitan di kaki kanan kalau tak silap aku.. dan di masukkan besi dekat perut supaya dapat menampung badan dia... nasib baik tulang belakang dia bukan patah... YA ALLAH... besar sungguh dugaan Mu terhadap sahabat aku ni..
bila aku mula-mula tengok dia, air mata aku nak menitik laju je... tapi aku tahan.. adab melawat orang sakit.. kita tak boleh nangis depan dia.. kami cuba untuk buat dia tersenyum.. bulan 4 lepas, adik perempuan aku pun mengalami nasib yang sama.. dia kena 18 jahitan di kaki... tulang belakang takda apa-apa.. serius, sebak betul aku rasa bila tengok paan dan aku teringat kat adik aku..
nasib baik mak paan ni seorang nurse & ayah dia doktor.. jadi, mereka boleh menjaga anak dia sehabis baik.,.. bila aku sampai sana, mak dia tunjuk surat khabar sinar harian yang cerita pasal kemalangan dia tu... kereta dia sangat teruk.. totally lost... memang dah tak boleh nak baiki lagi... sekali lagi air mata aku nak jatuh masa baca sinar harian tu..
paan ni aku kenal masa di KPTM kat kelantan lagi.. masa zaman diploma aku... first aku jumpa dia masa induksi @ orientasi diploma tu.. dia memang orang yang sangat baik hati.. tak pernah berkira... tak pernah buat aku sakit hati... peramah.. aktif dan tak sombong... sapa yang kenal dia, memang akan rapat dengan dia.. aku selalu naik kereta dia ( yang dah totally lost tu ) untuk ke kelas masa diploma dulu... itu sebab aku jadi sayu bila tengok keadaan dia..


walaupun sakit, dia tak tunjuk kan langsung riak yang dia tengah sakit.. dia cuba sedaya upaya untuk buat orang tersenyum.. ini kelebihan dia..


untuk WAN FADHULLAH FARHAN BIN WAN FAUZI, semoga cepat sembuh dan sihat seperti sediakala... aku tahu ko kuat semangat... insya ALLAH aku akan doakan untuk ko setiapkali lepas solat.. itu je yang termampu aku buat untuk ko... insyaALLAH, kalau ada masa & kesempatan lagi, aku akan datang melawat ko...
kepada pembaca blog aku ni sama ada yang kenal mahupun yang tak kenal sahabat aku yang bernama WAN FADHULLAH FARHAN BIN WAN FAUZI a.k.a PAAN, aku mohon jasa baik korang untuk doakan supaya dia cepat sembuh dan boleh berjalan seperti sediakala... terima kasih..

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN