Sunday 29 July 2012

ANAK MURID AKU

Assalamualaikum.. 
hari ni nak post suasana dalam kelas masa aku mengajar kelas PPKI Amanah. mereka ni kelas yang paling lemah.. nak tulis nama sendiri pun ada yang bermasalah.. ada yang autisme. 
tapi mereka best.. bila kita tanya mereka akan bagi respond yang menarik... macam-macam dalam imaginasi dorang..  
jumaat hari tu aku ada kelas dengan dorang.. so, aku ajar 1-5 dalam bahasa inggeris.. lepas tu sesi melukis sambil tu ajar jugak sebutan apa yang aku nak lukis tu dalam bahasa inggeris.. so, aku mintak dorang lukis rumah, bunga & pokok yang mana aku lukis & tulis kat whiteboard (maaf lukisan cikgunya tak boleh diupload sebab buruk mahal sangat. hehehe) 

hasilnya, macam-macam gambar yang dorang lukis.. ada yang lukis burung, kereta & motor mengikut imaginasi dorang.. 

Tengah-tengah tu adalah rumah.. kiri & kanan tu adalah burung



Pelajar kelas Amanah

till then =)

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Wednesday 25 July 2012

AKU JADI CIKGU PENDIDIKAN KHAS????

Assalamualaikum.. merujuk kepada tajuk di atas, mesti mengundang macam-macam reaksi kan? kan? kan?
mesti ramai nak gelak kan? coppp... sebelum gelak tu, sila baca entry aku kali ni sampai habis ( tu pun kalau sudi la kan )..
seperti yang anda sedia maklum (ke ada yang belum tau?) aku dapat jadi cikgu ganti lagi untuk kali yang ketiga dan masih sekolah yang sama.. kali ni aku kena ganti seorang sahabat aku yang cuti sakit (semoga cepat sihat seperti sediakala IZWAN). ok.. sepatutnya aku kena ajar math..tapi kemudian aku kena ajar PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) pulak.. 

Mula-mula masa dapat tau kena ajar PPKI aku rasa tekanan perasaan la jugak.. cehh.. 
ye la, dalam fikiran aku, budak-budak ni tak reti urus diri la.. kita nak kena cebok dorang la nanti... 
TAPI, semua tu jauh menyimpang dari keadaan sebenar.. bila mula-mula aku sampai kat tempat PPKI tu, aku disapa mesra dek pelajar-pelajar sana.. 
Staff kat sana pun semua ramah mesra.. aku tak rasa macam alien pun walaupun baru sejam kat sana.. cikgu Ijan selaku penyelaras kat sana pun sangat mesra dan tak lokek ajar aku macam-macam.. semua selok belok PPKI Smk Bahau dia ajar kat aku.. cikgu-cikgu pun sangat mesra... aku tak rasa janggal langsung terutamanya bila dengar Kak Ila selaku PPM kat sana gelak.. dia akan gelak sepenuh hati.. she is sempoi!! hahahaha..
bila aku tengok budak-budak tu semua, hati aku jadi sayu je.. Insaf aku sebab aku tak diduga seberat dorang.. mungkin kalau aku macam dorang, tak tertanggung aku agaknya.. dorang adalah insan yang HEBAT!!!! 

jujur aku cakap, bila aku rasa penat, rasa nak marah tapi bila aku tengok dorang je hati terus jadi cair.. terus sejuk.. terus aku jadi happy se'happy' dorang.. hari-hari aku diceriakan dengan keletah budak-budak ni yang saling usik-mengusik dengan cikgu-cikgu yang mana aku tak rasa masa aku ajar aliran perdana hari tu... 
dorang pun tak kurang ajar.. ada la sorang dua yang hyperactive.. tapi dorang tak kurang ajar pun.. paling aku terpegun, tiap kali nak balik ada je bebudak ni yang datang salam & cium tangan kita.. sekali lagi aku tersentuh.. dorang bukan macam yang kita gambarkan!! dorang pandai urus diri sendiri..
ya Allah, satu nikmat mendidik yang dapat aku rasai.. Syukur Ya Allah..  tak semua orang berpeluang merasa nikmat yang sebegini.. nikmat yang tak mungkin dapat dibeli dimana-mana.. sampaikan tadi ada bekas pelajar aku yang aliran perdana cakap aku makin putih je (maksud dorang aku makin berseri-seri).. member-member yang ajar aliran perdana pun cakap camtu.. nampak yang aku semakin ceria... Alhamdulillah..

mengajar dorang ni sangat best.. kita tak perlu kejar silibus.. kita ajar dorang ikut kemampuan dorang je.. TAPI, yang paling penting kita kena cari bahan bantu mengajar yang tepat untuk dorang sebab dorang pun BERHAK DAPAT PENDIDIKAN YANG SEMPURNA.. 
tapi tadi kegembiraan aku bagai dirobek bila diberitahu akan kena ajar aliran perdana balik.. mintak-mintak la tak jadi.. amin. 

btw, aku ajar BI & KH (kebun).. sangat best!!!!!


Jadi, peringatan untuk semua termasuk aku sekali.. jangan lah kita sesekali merendahkan pelajar-pelajar khas ni sebab dorang sangat berharga.. dorang tak pernah mintak untuk jadi macam tu.. kita janganlah sesekali merendahkan mereka.. mereka sama seperti kita.. 

p/s : cikgu sayaaaaaaaaaang semua students cikgu!!!!


KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN