Showing posts with label Pelajaran. Show all posts
Showing posts with label Pelajaran. Show all posts

Tuesday, 1 October 2013

INGLISH EDUKESYEN (ENGLISH EDUCATION)

Assalamualaikum semua. Salam sejahtera semua.. 
ok, mood nak update blog sudah mari. mari kita update blog. *bring it on bebeh*

English education. yeap. tu la yang aku nak share hari ni. Dulu masa aku sekolah, subjek yang paling aku tak suka adalah ENGLISH.. aku paling tak suka nak masuk kelas bila waktu ENGLISH.
kenapa? sebab aku tak berani nak bercakap dalam Bahasa Inggeris (BI). serius. aku paling tak suka nak cakap BI. Aku tak reti nak buat ayat lengkap dan keluarkan ayat tu dari mulut aku. 
esei aku manjang kena 'REWRITE' je. mesti. kalau soalan test atau exam je, mesti aku lulus sebab soalan objektif (dengan izin Allah). *aku memang handal bab-bab meneka soalan objektif ni* betul. selalu aku diselamatkan dari fail sebab markah objektif aku agak tinggi. padahal tu aku hentam je. 
dulu masa sekolah menengah, aku sekolah kat PD (SDASA yang kami cinta, kucurah bakti setia... sekolah ni pelajar dia majmuk. so, ramai la non-malays dalam kelas aku ni. dorang memang la terror BI.. kencang gila weh bila speaking.. kelas kitorang 27 orang masa aku form 4 & form 5. korang boleh je anggap aku punya kedudukan 23 sampai 27 tu.. aku dalam kelompok tu la bila subjek BI. serius. I HATE ENGLISH. 

tapi, sebelum aku SPM, ada seorang cikgu ni borak dengan aku masa kitorang tengah berlatih pantun *untuk makluman, kehebatan aku berpantun masa sekolah dulu memang diakui okey.. nampak tak aku cuba nak berlagak kat sini. ok, abaikan*. 

cikgu : subjek apa yang awak paling tak suka? Mesti sejarah kan? (cikgu ni ajar sejarah)
aku : Tak la cikgu. saya minat sejarah. saya paling tak suka BI. kalau boleh saya nak drop subjek ni je cikgu.
Cikgu : laaaa, kenapa pulak? awak kan kelas 5a5 (Biologi) mesti la awak terror BI. 
Aku : tu la masalah saya cikgu. dorang suma terror BI. saya tak. saya rasa rendah diri sangat cikgu. 
Cikgu : kenapa nak rasa rendah diri? awak kena berani. awak cakap je BI. berterabur pun berterabur la. 
            yang penting awak berani. bila awak berani, awak pun yakin nak buat ayat dalam BI. 
*ada lagi perbualan lepas tu yang aku tak berapa nak ingat*

aku mulakan nak minat BI ni dengan dengar lagu Inggeris. lagu kumpulan N'sync, BLUE, Linkin Park, Britney Spears dan lain-lain lagi. 
belajar dari lirik lagu. banyak benda yang aku tak tau maksud, aku cari kat kamus. sebutan dia, aku dengar la kat lagu tu. dari situ aku makin suka BI. aku ingat lagi pesan cikgu BI aku, bila buat summary, awak buat kotak-kotak tu. senang untuk pemeriksa tu kira patah perkataan awak nanti. 

Alhamdulillah. Dengan izin Allah, aku dapat 1A untuk BI aku. memang macam mimpi la. ramai gila yang tak caya aku dapat BI 1A. 

sekarang, aku dah minat gila BI. asal nak marah je mesti nak guna English je *nampak tak aku poyo kat situ* hahaha
moral dia kat sini, kalau orang lain boleh buat, kita pun mesti la boleh buat. walaupun kita bukan budak bandar, kita pun boleh je nak speaking lebih baik dari budak bandar. asalkan kita boleh lawan ketakutan kita nak speaking tu. 

buat bekas anak murid cikgu yang terbaca post cikgu ni, cikgu tau awak semua mengalami masalah yang sama dengan cikgu. tapi, kalau cikgu boleh lawan ketakutan tu, awak pun mesti boleh jugak sebab kita sama je ada 2 tangan, 2 kaki, 1 hidung dan lain-lain. 

selalu ingat, English Education tu penting. kita akan lebih diyakini orang lain kalau kita boleh berbahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain dengan baik selain daripada bahasa ibunda kita sendiri. bukan la maksudnya kita kena lupakan bahasa ibunda kita. Nope! tapi, Bahasa Inggeris tu penting.. 


okay, bye!!! 
xoxo ( ngengada sangat kan? wahahahahaa)  


KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Monday, 22 July 2013

MEH BELAJA LOGHAT TOMPEK ESEY.. SONANG YO!

Assalamualaikum. haaaa.. tak jawab doso. kok bukan Islam, selamat tongah haghi. 
ok, tadi soghang kawan den (Nurul ) suh den mo Iza (pon kawan den yo) bebughak dalam loghat nogoghi.. tapi, takdo kitoghang bebughak dalam loghat kitoghang.. Untuk pengetahuan sumo, Iza ni oghang Poland Palong. aah.. oghang Noghoghi yo. 
tapi untuk tak mengechewo an si Nurul tadi, den pun aja la suleh duo loghat noghoghi. Nurul ni oghang Perak *kite bakor.. kite bakor! eh tetiba*

apo yang den aja? 
den aja Duduk ontok-ontok & sekagho.. oghang piau noghoghi yo buleh paham ni .. keh keh keh..
tak paham ape aku dok tulis kat atas? gi cari kamus.. hahaha


ok, sini aku nak ajar beberapa perkataan yang biasa orang Negeri Sembilan tuturkan setiap hari (amboiiii.. cakap KL balik dah). *penggunaan perkataan mungkin berbeza untuk setiap tempat*


  • Duduk ontok-ontok : Duduk diam-diam
          contoh ayat : Woi, tak buleh ko kau duduk ontok-ontok? teloncek-loncek jo kojo eh.

                             (Maksud : Woi, tak boleh ke duduk diam-diam? terlompat-lompat je)


  • Teloncek-loncek : Terlompat-lompat
           contoh ayat : -sila rujuk ayat di atas-



  • Kelopai/ Kerghopai : beg plastik / beg
           contoh ayat : Bak sini keghopai tuha.. nak bubuh lauk ni.
                               (maksud : bak sini plastik tu.. nak letak lauk ni)

  • Kotomeneh : Ragam / perangai
          contoh ayat : Kau jangan nak banyak na ketemeneh. kang den dobik tongah belakang kau kang.
                              (maksud : kau jangan nak banyak ragam. aku debik belakang kau nanti.)

Antara perkataan lain yang selalu digunakan oleh orang Negeri Sembilan :

  1. Ghoman : Rupa 
  2. Bega : Degil
  3. Semonggah / Senegheh : Senonoh
  4. Peloser / Pelosir / Peloso : Pemalas
  5. Bogik : Degil
  6. Jobo : Perasan
  7. Joghan : Serik
  8. Joki : Rezeki
  9. Sekhagho : Senonoh
ok, kelas tamat kat sini ye.. semua bayar yuran sikit je. cikgu ajar ikut yuran awak semua eh.. hahahaha..
Loghat Negeri Sembilan ni unik. kadang-kadang nampak kasar, tapi tak sebenarnya.. 
Sila lah melawat Negeri Sembilan ye! Moh Poie Noghoghi Semilan. *ceh, duta pelancongan sangat!*

ok, sekian. tata titi tutu

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN