Saturday 31 December 2011

EXAM FEVER

yeah yeah.. i'm in the 'exam fever'..
 assalamualaikum semua.. 
minggu ni merupakan minggu paling mencabar emosi dan jasmani.. memandangkan jumaat lepas (semalam) kena hantar thesis, so memang sangat lah 'stress' nya.. 
sungguh, memang penat.. 
tapi, lepas hantar thesis, phewwww... memang lega..
syukur Ya ALLAH.. 
semoga KAU permudahkan lah segalanya Ya ALLAH.. 

ok, minggu depan (depan lah sangat kan?) aku dah start exam.. 
fuhhh.. debor pulak.. 
gila tak debor.. 
berapa paper yang ada final? tak banyak.. 5 je pun (pengsan......)..


sambil tangan di dada dan mata ke atas...
 wish me luck guys.. 
thanks.. 

bila exam dah start, maksudnya aku kena buang habit aku yang suka study facebook.. 
so, kena buka buku neuro, biomolecule, mgt, etc.. adoi... yesss.. yihuuuuu.. 
ok, stop mengarut.. 
by the way, ramai yang dok tanya aku sambut new year kat mana? 
sorry.. aku dah sambut new year masa 1 muharram hari tu.. so, malam ni orang dok countdown tu, aku tengah zzzzz... malas nak amek port... buang karan.. 
takda pekdah.. 


ok la.. selamat malam sayang semua.. 
till then =)


KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Thursday 29 December 2011

ZAMAN TOK KADOK RUPANYA

assalamualaikum semua..
hari ni baru aku berjaya explore pasal blog ni..
wahahahahaha.. gelakkan diri sendiri..
nampak sangat ketinggalannya aku..
cessss... 
malas kurang rajin bertanya punya pasal.. thanks to NAQ
kerana sudi mengajar aku.. (dah, tak payah kutuk kelembapan aku).. hahahaha
till then :-)
p/s: malu bertanya blog ketinggalan zaman
 

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Tuesday 27 December 2011

MANA YANG LAGI PENTING?

assalamualaikum...
entri kali ni aku buat secara umum@general.. sapa yang terasa, lantak la (dah aku kata umum.. bukan tuju kat si polan..polan tu)..
umum tahu yang ada isu berkaitan mahasiswa dan politik (malas nak ulas lanjut)..
tapi, memandangkan timeline fesbuk aku penuh dengan perihal politik dari kawan-kawan aku (aku tak sokong sape-sape), aku terpanggil untuk bersuara..
korang-korang semua yang dok bising-bising pasal politik ni, assignment dah siap?
test dah habis jawab?
final year project student : thesis dah siap?
dah present ke?
dah ready nak final exam?
dah buat ulangkaji?
kalau belum, utamakan mana yang patut dulu.. pentingkan mana yang penting dulu..
sedar tak, kita pegang amanah yang sangat berat masa kita pinjam PTPTN @ biasiswa dari JPA etc?
pernah tak terfikir yang tu semua duit rakyat?
apa akan jadi kalau kita sia-siakan duit yang kita pinjam dari dorang?
hmmmm.. pernah tak terfikir yang kita dapat masuk IPT ni bermakna kita dah tutup 1 peluang untuk orang lain yang mungkin lagi bersemangat nak belajar dari kita?
tak rasa bersalah ke?
atau tak ada perasaan?
sorry kalau terasa.. aku cuma nak ingatkan diri sendiri dan rakan-rakan sekalian tentang amanah yang kita pikul..
pentingkan mana yang penting dahulu.. lepas tu baru buat mana yang kurang penting...
terasa? sorry.. ampun...
till then ;-)

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Wednesday 21 December 2011

MACAM-MACAM

Assalamualaikum semua..
maaf sebab lama sangat tak kemaskini blog ni.. bukan sengaja. tapi sangat sibuk. sangat-sangat sibuk.. tak caya?? tak caya sudah.. ada aku kesah? hahahahaha... memandangkan dah nak hujung semester, semua benda kena selesaikan masa ni.. test, kuiz, assignment, thesis, presentation, bla, bla, bla.. haaaa.. banyak benda kan? sebab tu la aku sibuk yang teramat...
pernah ada seseorang yang cakap macam ni kat aku... "eleh, sibuk sangat ke kau tu? final year project degree je pon.. bukannya ko tu student medic pon nak sibuk mengalahkan orang penting" ujar beliau... aku dengan hati panas nya, senyum je la.. malas nak layan statement sampah macam tu.. WTF (what the function).. buat habiskan beras je..
takpe la.. nanti bila 'kau' dah buat FYP 'kau'... kalau 'kau' merungut, aku gelak depan muka 'kau'..
sungguh, macam-macam tekanan yang aku terima baru-baru ni.. memang sangat menguji kekuatan jasmani dan emosi aku.. dalam pada aku tertekan nak menyiapkan thesis aku, ayah aku dimasukkan ke hospital... doktor suspek strok since ayah aku tak boleh gerak & bercakap.. bila adik aku bagitau berita tu kat aku, menitik air mata aku... memang risau bukan kepalang.. tapi, aku yakin.. semua dugaan tu hanya lah ujian Allah kepada aku.. mana tau, "DIA" dah sediakan sesuatu yang istimewa untuk aku kelak.. siapa tahu kan? ALLAH maha adil..
Alhamdulillah, ayah aku dah keluar hospital dan aku pun dah selesai pembentangan FYP aku.. Alhamdulillah, semua nya berjalan lancar.. Doakan thesis aku pun berjalan lancar ye..
ok la, setakat ni je aku nak coretkan.. sampai korang singgah blog aku lagi.. sekian..

yang benar,
hisham...

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN