Monday 22 August 2011

SAMBUNGAN

assalamualaikum semua.. ok, seperti yang aku janjikan aku nak sambung pasal students SMK BAHAU... (walaupun tempoh perkhidmatan aku sebagai cikgu ganti dah officially tamat 16/8 hari tu tapi aku saje je ngengada nak tulis... hahahaha... kalau tak suka, gerakkan cursor anda kebahagian atas sekali sebelah kanan.. jumpa tanda X sila klik ye.. )
sepanjang tempoh aku mengajar, macam-macam karenah pelajar yang aku jumpa... ada yang baik, manja, mengada-ngada, yang suka memekak dan paling aku tension yang tak reti nak hormat orang... serius. dulu aku sekolah aku rasa takda pun aku perangai camni... tah mana la acuan yang dorang ikut ni... ok.. kelas yang terbaik sepanjang aku mengajar adalah kelas 2 bakti... dorang berpotensi besar kalau dorang berjaya buang sikap malas tu.. aku selalu bagi extra homework untuk dorang.. aku harap dorang mahir setiap bab yang aku ajar tu... bukan niat nak mendera... tapi niat nak membantu... kelas yang paling susah aku nak handle adalah 2 ikhlas.. dorang jenis yang tak makan saman.. tapi, seperti kata orang, "dalam setandan pisang, tak semuanya busuk... masih ada satu dua yang elok".. aku percaya dengan statement tu... terbukti... aku nampak potensi beberapa orang students yang boleh lulus dalam kelas tu andai ada inisiatif untuk "push" dorang... aku rasa lagi baik students yang berpotensi ni dikeluarkan dari kelas tu sebab kelas tu memang tak ada langsung suasana belajar.. yang ada cuma suasana "pasar"...
okeyh... perkara termanis sepanjang aku jadi cikgu math dorang adalah bila aku dapat tengok sorang students kelas 2 ikhlas lulus dengan markah 50... serius aku rasa sangat puas... ok, kalau korang cakap "alah 50 je pon... tu pun nak kecoh" aku rasa baik korang pergi ngajar kelas tu satu hari.. korang rasa pengalaman aku... sejak dari awal aku mengajar aku nampak budak tu serius je dengar masa aku terangkan math kat dorang.. aku jadi bersemangat nak ajar dorang walaupun hanya beberapa orang je yang serius... yang lain leka sikat rambut la... buat kerja sekolah subjek lain la.. tulis lirik lagu la... dorang memang takda hati nak belajar.. even ada yang tak tahu membaca dalam kelas tu... mirip-mirip kelas pemulihan la... hmmmm...
bila aku tengok ada yang serius, aku guna pendekatan lain... lain dari pendekatan untuk kelas 2 bakti... untuk 2 ikhlas, aku bagi banyak contoh soalan dan aku ajar banyak kali... alhamdulillah berhasil jugak.. bila aku tengok dorang blur je, aku ulang banyak kali.. kerja rumah aku tetap bekalkan tapi dalam kuantiti yang sangat sedikit.. aku tau, majoriti tak buat punya... terbukti bila dari 34 students hanya 7 orang je yang hantar buku... yang lain, buku kat rumah la , buku latihan sekali ngan buku nota la.. buku ada 1 je la... geram je aku... nak je aku cakap "kat rumah tu nenek ngan atuk awak ke yang baca buku awak tu?????" tapi... tu semua dalam hati aku je.. tak tergamak aku nak luahkan..
okey.. untuk kelas lain, aku bagi homework extra untuk dorang... supaya dorang betul-betul faham tajuk tu... okey..pengalaman aku jaga test sangat menarik... aku tak bagi chance langsung untuk dorang meniru.. kalau test tu 90 minit, 90 minit la aku tak duduk... berdiri je jaga dorang.. ( even masa aku mengajar pun aku tak duduk... kerusi guru tu tak pernah guna pun)... sampai ada students yang tarik muka bila aku jaga test dorang.. hahahahaha.. ok, pengalaman aku tanda kertas test pulak... sangat menuntut kekuatan emosi dan minda... macam-macam jawapan yang aku jumpa... yang tak pernah aku ajar dorang tulis.. yang aku ajar tanak pulak dorang tulis... style aku tanda kertas ujian dorang, dari belakang bawak ke depan.. dari soalan last ke soalan first... kertas objektif pulak machine yang tanda... jadi aku tak terpengaruh dengan nama students... nak kata aku terpengaruh dengan tulisan tak kot.. sebab mana aku kenal tulisan dorang... so, aku adil la ye.. dan paling penting aku sangat kedekut markah... SANGAT... saja aku nak bagi dorang ingat sampai bila-bila dengan markah dorang tu supaya dorang tak ulang kesilapan yang sama... (jahat tak aku???) hahahaha... yang paling aku gumbira, ada 3 orang students kelas 2 ikhlas yang dapat 10/20 ke atas untuk kertas dua... kertas 2 ni la yang menentukan sama ada dorang faham atau pun tak... aku bangga ngan dorang...
ok.. banyak sangat dah aku melalut ni...
sekian, xiexie...

p/s :
  1. kepada semua cikgu-cikgu SMK BAHAU yang banyak bantu aku sepanjang sebulan aku kat sana... thanks.. ( aliff, izwan, fazilah, zahid, hazam, cikgu ban, cikgu hazlinda, kak aiza, cikgu khatar dan lain-lain... kalau korang baca ni, thanks alot.. korang memang terbaik la...)
  2. kepada ex-students ku, study rajin-rajin...
  3. special thanks kepada alif, izwan ngan kak aiza sebab merasa naik keta korang sebab korang sudi tumpangkan aku... korang memang best la...
selamat bersahur semua...


KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Friday 5 August 2011

CIKGU OH CIKGU

assalamualaikum semua... lama betul aku tak update blog aku ni kan? sorry guys, bukan sengaja.. aku busy 'bangat' la ni... cuti semester kali ni aku berpeluang kerja part time.. jadi cikgu ganti di SMK BAHAU... alhamdulillah... rezeki aku kot... daripada ramai yang mohon, nama aku tersangkut pulak... alhamdulillah... dah 3 minggu aku mengajar sana...
masa aku di interview oleh pegawai PPD (pejabat pelajaran daerah) jempol, aku diberitahu akan menggantikan cikgu yang cuti bersalin.. aku kena ajar sains... ok la aku rasa, boleh lagi la aku rasa sebab tak jauh sangat dengan bidang yang aku belajar sekarang.. bila aku dah lapor diri kat sekolah tu, terkejut tenok aku sebab aku diberitahu kena ajar matematik...
serius, pucat lesi aku... aku tak reti math ni... gila.. aku memang dah nekad, kalau kena ajar add math, memang aku balik je.. tak nak aku... mana aku berani nak ajar add math.. ni bukan kecik tanggungjawab weh, mendidik ni satu tanggungjawab besar... tapi lepas jumpa pihak pengurusan sekolah, aku diberitahu kena ajar matematik tingkatan 1 & 2 dengan pendidikan seni... ok la kot... sebab math form 1 & 2 aku boleh kawtim lagi.. so, aku pun sahut la cabaran tu..
mesti korang ingat kerja cikgu ni senang kan???? kalau korang fikir senang, meh sini aku bagi tarbiah sikit... nampak je kerja cikgu ni macam senang tapi sangat SUSAH ok... banyak gila kerja.. ada yang cakap jadi cikgu pukul 2.40 dah boleh balik... memang la, tapi pukul berapa pulak cikgu-cikgu ni masuk kerja? mungkin masih ada dalam kalangan yang bukan cikgu-cikgu ni masih bergulung dalam selimut lagi tapi cikgu-cikgu ni dah kena pergi kerja... kena masuk kerja sebelum pukul 7.20 pagi okey... memang patut la balik pukul 2.40... korang jangan ingat tiap-tiap hari boleh balik pukul 2.40, selalunya ada je mesyuarat la, taklimat la..bagi cikgu-cikgu yang pegang kelas peperiksaan kena stay pulak untuk kelas tambahan... besar okey pengorbanan cikgu-cikgu ni... dah tu banyak lagi kerja yang cikgu-cikgu kena buat. rancangan mengajar, rekod kehadiran, minit mesyuarat dan sebagainya... memang banyak okey...
okey, sekarang aku nak cerita pengalaman aku handle students... alhamdulillah, setakat ni aku masih boleh sabar lagi dengan karenah students yang memeningkan ni... aku kena ajar 2 kelas form 1 ngan 2 kelas form 2.. 1 kasih, 1 cekal, 2 ikhlas ngan 2
Bakti... setakat ni 2 Bakti je yang aku rasa senang nak dengar arahan... yang lain tu datang sekolah just untuk cukup syarat je... buku tak bawak, kerja rumah tak siap... secara jujurnya, tahap diaorang ni memang sangat lemah.. asas dari sekolah rendah dorang memang sangat lemah... tambah ngan tolak pun dorang masih lemah... kalau kelas 2 ikhlas tu ada yang tak reti membaca pun ada... macam kelas pemulihan pun ada... kadang-kadang aku rasa nak ponteng je dari masuk kelas dorang, tapi aku sedar, ni amanah yang aku dah terima.. jadi aku kena laksanakan sebaik mungkin.. kalau boleh aku nak tengok semua students aku lulus dengan cemerlang nanti... aminnn...
secara jujurnya, tak semua cikgu yangg sanggup mengajar di sekolah macam ni... aku memang tabik spring la kat cikgu-cikgu SMK BAHAU ni... aku memang puji la hubungan sesama rakan sekerja... walaupun aku cikgu ganti dan paling muda kat sekolah tu, tapi aku tak rasa terasing pun... dorang banyak bagi tunjuk ajar kat aku... memang tak terbalas segala budi dorang...
bayangkan, rancangan mengajar harian tu tak pernah aku buat selama ni, tapi dorang tunjuk aku satu persatu... alhamdulillah, aku dah mahir buat semua tu.. tak susah, tapi leceh... rumit.. setakat ni aku dah belajar macam-macam benda yang tak pernah aku belajar selama ni...
okey la.. aku dah penat menaip ni... esok aku nak cerita pulak kerenah-kerenah students ni...
assalamualaikum semua... selamat menjalani ibadah puasa bagi semua umat islam...

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN