Sunday 27 March 2011

TUA KUTUK TAK SEDAR DIRI....

assalamualaikum semua.. maaf.. entry kali ni agak kasar.. serius.. aku GERAM & MENYAMPAH dengan segelintir masyarakat kita sekarang ni... kenapa???? kerana sifat malu tu dah makin tak ada dalam diri mereka.. mesti korang tertanya-tanya apa yang dorang buat kan??? untuk pengetahuan korang.. tadi aku pegi beli barang-barang keperluan aku untuk seminggu.. so, aku pun naik la bas SERANAS(murah tau tambang dia.. 50 sen je.. save duit aku).. lepas aku melantak mekdi ngan dah beli barang-barang, aku pun balik la.. aku tengok bas SERANAS tu kosong je.. lepas aku bayar tambang aku pun terus ke seat belakang (port biasa aku dalam bas).. dari tempat bayar tambang tu aku nampak la seorang pakcik yang dah TUA duduk seat belakang tu.. lepas tu aku jalan la ke belakang.. sekali, ko tau ape yang aku nampak????? teka la.. teka la.. sape betul aku bagi autograph aku.. free..


back to the story... aku nampak SEORANG MAKCIK DALAM LINGKUNGAN 40-an duk peluk pakcik tu sambil betulkan posisi duduk beliau.. serius.. tadi aku tak nampak pun masa bayar tiket.. mengucap panjang aku.. DAH TUA BANGKA PUN TAK SENONOH... kalau pun korang laki bini, nak buat projek, gi la kat rumah korang.. malu la sikit kat aku yang masih TERUNA ni... tapi aku tak rasa yang dorang tu LAKI BINI.. daripada gaya dorang tu macam pasangan gersang je... nak je aku sound dorang tu.. sepatutnya bagi la contoh yang baik kat remaja sekarang ni... ni tak, bagi contoh yang BIADAP untuk diwarisi kepada generasi muda-mudi.. SUNGGUH KURANG AJAR.. BOD**..(maaf agak kasar.. tapi aku hilang sabar).. persoalan yang masih dalam fikiran aku sekarang:

  1. dorang tak malu ke?

  2. dorang dah kawen ke?

  3. kenapa dorang buat tak senonoh dalam bas yang tentu-tentu akan ramai orang?

  4. berapa agaknya tahap IQ dorang ni??? sungguh bengap..

sekarang aku dah ada gambaran untuk masalah buang bayi dalam masyarakat kita sekarang.. punca nya, golongan TUA BANGKA pun tak boleh pakai sangat... ibarat bapak kencing berdiri, anak kencing berlari..


kalau macam ni la sikap masyarakat kita, teruk la.. macam mana nak dapat kap ba ro kap alip ta nun ( keberkatan ) macam ni??


sama-sama la kita fikir-fikirkan..



KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

MINGGU BUSY SEDUNIA

assalamualaikum.. salam sejahtera... lama sangat rasanya aku tak update blog aku ni.. serius.. aku busy gila.. minggu ni, hari-hari aku ada test.. memang penat.. lepas tu, aku kena submit second draf untuk proposal aku.. arggghhh.. memang penat.. pada yang pernah melalui saat-saat genting ni mesti korang faham kan??? pada yang belum atau bakal melalui saat ni, semoga bersedia untuk beri 100% komitmen anda ye.. haaaa.. bercakap pasal busy tahap tak hengat punya ni, hidup aku pun jadi tunggang langgang.. serius.. sampaikan aku tersyampu kepala aku dengan PENCUCI MUKA L'OREAL men expert aku (perlu ke mention jenama???? hahahahaha).. sungguh ni.. tak tipu.. hari ape aku tak ingat.. tapi baru 2-3 hari lepas... memang haru aku.. hmmm.. nasib baik aku x guna pencuci muka tu buat gosok gigi.. kalo tak, maun aku mereng 2 minggu..

kat sini aku nak kongsi sikit pasal progress aku punya proposal.. alhamdulillah.. aku dapat supervisor yang sangat baik & memahami tahap KEMALASAN aku ni.. ngeh ngeh ngeh.. ( tipu la kalau korang cakap yang korang ni rajin 24-7 kan?? ).. beliau ni langsung tak bagi tekanan.. at least, kurang la sikit tekanan aku nak siapkan proposal aku ni kan??? syukur kehadrat ALLAH.. so far, minggu depan aku kena submit 3rd draf proposal.. berdasarkan 2nd draf yang dah ditanda oleh supervisor aku, tak banyak sangat yang aku kena baiki.. just tambah sikit info dalam literature review aku.. lega sikit aku.. serius.. aku tak boleh buat kerja dalam tekanan.. nanti mula la aku sembelit seminggu.. (ini bukan lawak ye.. ni fakta)..

dulu bila orang cakap yang final year degree ni busy aku tak caya sangat.. sekarang aku 100% percaya.. letih gila babeng la.. tiap-tiap hari aku tunggu bila la nak hari sabtu ni.. nak relax kan diri lama sikit.. mesti korang tak caya kan yang jadual aku packed gila babeng( babeng lagi.. hahahahahaha).. bayangkan, isnin sampai khamis kelas aku start 8.30 pagi.. cuma jumaat je kelas aku lambat sikit start.. pukul 9.30 pagi.. (lambat la tu).. balik pulak.. hmmm.. boleh kata tiap2 hari balik lewat petang.. kadang-kadang sampai malam.. (mesti korang kata "elehhh.. macam la banyak sangat jam kredit yang aku amek kan???").. sem ni takde la banyak sangat jam kredit yang aku amek.. 25 jam kredit je.. ( yang dah pengsan tu sila bangun ye!!!! hahahahahahaha).. kalau subjek bio yang ada lab tu, 4 jam kredit sama dengan 6 jam perlu dihabiskan sebab 3 jam kuliah, 3 jam lagi lab)... memang nak muntah aku.. tapi ini pilihan aku.. aku enjoy dengan pilihan aku ni.. aku tak menyesal langsung..

semoga semuanya berjalan lancar.. insyaAllah.. amin.. korang doakan kejayaan aku ye..


thank you very much..


sekian, aku beradu dulu ye..


assalamualaikum..

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Tuesday 15 March 2011

TISSUE CULTURE

assalamualaikum...

lama dah tak update blog aku ni... maklum la, busy ( memanjang je buat busy)..

hahahhahahaha... hari ni aku nak kongsi pengalaman aku buat ekperimen untuk lab PLANT PHYSIOLOGY... ye.. betul... aku tak berapa berkenan subjek ni... so boring!!!!...

TAPI... aku rasa lab tadi & minggu lepas punya lab sangat best... lab terbaik yang pernah aku buat setakat ni... lab apa??? haaaaaa... kitorang buat pasal tissue culture... apa menatang tu???? cecite-cecite...

looooo.... takpe-takpe... biar aku cite.. camni, tissue culture ni adalah teknik yang digunakan untuk dapatkan benih yang terbaik untuk pokok... kita boleh control segala jenis hormon untuk tumbesaran pokok tu.. dan yang paling best, kita tanam benih pokok tu dalam lab atau lebih tepat lagi, dalam petri dish... yang lebih unik nya, kita boleh amek mana-mana bahagian pokok tu untuk kita buat culture... tapi dalam kes kitorang ni, kitorang guna biji benih... mudah sikit... maklum la, amatur lagi...

mesti ada yang terfikirkan yang bakteria akan infect benih tu masa kita semai tu kan???

haaaaa... memang potensi untuk bakteria infect benih tu amat tinggi... tapi, untuk pengetahuan anda semua, proses tu dilakukan dalam laminar air flow.. dan tempat tu telah manjalani proses sterilization a.k.a killing of bacteria... betul... sangat rumit dan paling penting tak boleh bercakap pun masa run experiment ni... takut bacteria dari mulut masuk dalam culture & akan rosakkan sample kita...

haaa... rumitkan? lepas dah masukkan sample dalam agar plate, petri dish tu kena balut dengan parafilm pulak... untuk elakkan bakteria atau kulat dari jangkiti sample kita tu.. dah siap tu, kena masukkan dalam peti ais pulak...

hahahahaha... gurau je... bukan peti ais la.. tapi tempat simpanan culture tu la... memang mirip peti ais kat kedai-kedai tu... dalam tu ada sumber cahaya untuk tumbesaran sample kita...

lepas tu, tunggu la sampai 3 minggu untuk tengok result dia... tapi, tiap-tiap minggu kena observe sample kita tu... amek semua data mengikut parameter yang dah ditetapkan...

seronok ke??? memang la seronok walaupun banyak keje nak kena buat.. tapi BEST... tu la bestnya jadi budak BIO... ramai yang underestimate course ni... ADA AKU KESAH????

hahahahahhaha.. secara ringkasnya,

dari ni



jadi ni


terus jadi ni

ni ringkasnya

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN