Thursday 18 July 2013

18.07.2009 - 4 TAHUN LEPAS

assalamualaikum.. 

**************************************************
17.07.2009

aku masih dekat Kolej jati UiTM Shah Alam. baru mendaftar sebagi pelajar degree kat sana dalam seminggu ke 2 minggu tah.. malam aku dapat sms dari adik perempuan aku cakap mak masuk hospital. berderau darah aku.. nak balik tapi dah malam. bas pun takda. lagipun tempat baru, aku tak faham lagi selok belok semua. hati aku cukup risau.. seharian tak tido. esoknya aku ada modul kat fakulti. 




***************************************************
18.07.2009

pagi lepas subuh aku dapat sms. mak nazak. masuk ccu. pelawat tak dibenarkan masuk. Ya Allah.. hanya tuhan je tahu perasaan aku masa tu. dalam pukul 7 aku dapat call dari adik aku. hati aku memang berat nak jawab.. tak tahu kenapa seolah-olah aku dah boleh agak berita apa yang akan disampaikan. aku jawab jugak call. seperti diduga. memang itu berita yang aku terima. 
"Lang, balik la lang. mak dah takdo" terduduk aku dengar berita tu. Allah Allah Allah.. dugaan apa ni yang aku terima..
aku macam kebingungan. tak lama lepas tu aku dapat call dari ayah. "Lang, mak dah takdo. balik yo nak" menitik air mata aku. Mak dah takda. Mak aku dah tak bernyawa. mak dah tak da di dunia lagi. 
aku tak tahu nak buat apa. nak balik sendiri aku memang tak tahu macam mana nak naik bas masa tu! 

tiba-tiba terlintas kat hati nak call abg zahari. dia sambung master masa tu. duduk seksyen 7 Shah Alam. 
"assalamualaikum bang, boleh tak tolong hantar saya pergi stesen komuter"
"kenapa" balas abg zahari.. 
"mak saya dah takda"
"ok. kejap. abg on the way"balas dia. 

tak lama lepas tu dia sampai kolej jati. on the way aku nak keluar kolej tu, aku kena tahan dengan guard perempuan sana. tanya aku mana ID aku. hati aku memang tengah panas. ye la baru daftar mana nak dapat ID. lepas tu aku cakap. "saya baru daftar. boleh tak bagi saya keluar cepat. mak saya dah meninggal!!!!" tinggi jugak suara aku masa tu. 

dalam kereta on the way ke stesen komuter, aku dapat call dari akak saudara aku. kak siti. adik arwah kak long. 
"Lang, kak siti ni. alang balik naik ape?"
"Naik komuter sampai seremban kak."
"alang, balik dengan akak. alang datang kat UUM KL ni"
"Alang tak tau nak pegi sana kak"
"alang naik komuter sampai Kl sentral, lepas tu keluar amek monorel. turun kat Chow Kit. akak tunggu sana"
"alang tak tahu kak"

abg zahari terus terangkan macam mana nak pergi sana sebab dia pernah sampai sana.

**********************************************
sampai sana Kak siti pun amek aku. laju dia bawak kereta. aku sampai dalam 12 lebih kot. 
dalam perjalanan tu, banyak call aku dapat.  risau kan aku yang tak sampai-sampai lagi.
aku sampai rumah, orang dah ramai. jenazah arwah mak belum sampai. 
bila arwah sampai, air mata aku mmg tak boleh tahan. sedih yang teramat. saudara-mara yang dekat datang peluk aku. ayah tumbang. pitam. 

Alhamdulillah selesai kebumikan arwah mak. semua dipermudahkan Allah. Alhamdulillah.

********************************************* 
seminggu aku cuti. aku mohon dari ketua program. dia bagi aku cuti seminggu. dan, dengan izin Allah, aku cuti lagi seminggu sebab UiTM diarahkan bercuti sebab kes H1N1 tu. 
lepas arwah meninggal, kitorang hilang arah. betul. hilang arah. adik aku demam teruk. setiap kali aku tengok nasi waktu makan sorang-sorang, aku akan menangis. aku dah tak dapat rasa masakan mak aku lagi. tak mungkin lagi. masa tu, dalam hati aku Allah je yang tahu. luar aku cuba untuk senyum, dalam hati sedih yang teramat sangat. 

tak ramai sahabat aku yang aku dapat bagitau berita pemergian arwah. seminggu lepas tu, aku dapat call dari kawan baik aku, Sabri. dia ucap takziah & mintak maaf sebab tak dapat ziarah. Dia mintak nama penuh arwah mak untuk buatkan Yassin untuk arwah. tak terucap dengan kata-kata masa tu. bersyukur aku dikelilingi sahabat yang benar-benar sahabat.

kini, dah 4 tahun aku kehilangan. kami dah boleh terima. kami semua kena redha dengan pemergian Arwah Mak untuk bertemu penciptanya. Alhamdullih, kami semakin kuat. 

terima kasih yang tak terhingga kepada nama-nama yang di atas. mungkin tanpa bantuan kalian semua, aku tak dapat nak jumpa arwah mak buat kali terakhir. Allah sahaja dapat balas jasa anda semua. terima kasih.

p/s:

  •  1) sesiapa rakan muslim yang terbaca post ni, saya mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah mak saya, Rogayah binti Jalani. terima kasih.
  • sesiapa yang masih mempunyai orang tua, bahagiakan lah mereka selagi masih ada waktu. mereka adalah sebear-besar anugerah Allah untuk kita. 
::Air mata menitis masa menulis post ni. Semoga mak tenang di sana. Amin::



KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

1 comment: