Thursday 26 May 2011

TAK ADA TAJUK

assalamualaikum semua..

hari ni post aku takda tajuk.. entah la... tak jumpa tajuk yang sesuai.. okey.. aku dibesarkan di felda serting 1 (nama baru dia felda raja alias 1).. aku ingat dulu masa kecik-kecik.. susah sangat masa tu.. ayah aku peneroka yang mengusahakan getah.. dulu-dulu aku tak dibesarkan dengan alat-alat permainan ni.. abang-abang aku je yang mewah dengan permainan sebab ayah aku askar dulu sebelum masuk felda.. masa sebelum aku lahir, keluarga aku pindah masuk felda.. tapi aku tak kisah pun.. permainan aku dulu tempurung, tin ngan kepala paip yang dah rosak.. macam-macam aku diajar untuk mengolah benda tu menjadi alat permainan yang best.. betul.. sangat best.. (rugi la korang yang membesar kat bandar)..


dulu aku selalu ikut arwah mak aku kutip kangkung kat parit dekat umah.. masa tu harga getah sangat murah.. serius.. semua peneroka yang tanam getah dulu semua susah.. aku ingat saat tu.. aku tak pernah mintak permainan kat mak ngan ayah aku.. cuma, masa aku 4@ 5 tahun, aku ikut arwah mak aku pergi bahau.. lepas tu nak balik kampung.. masa tu bus stand masih kat tapak pasaraya jasa tu (bagi sapa yang duduk jempol la ye).. aku masuk dalam 1 kedai yang jual alat permainan kanak-kanak tepi bus stand tu.. aku tak pegang pun.. aku tengok je.. lama tau.. berjam-jam.. aku terpesona dengan permainan tu.. lepas tu arwah mak aku perasan yang aku hilang.. puas dia mencari aku.. last-last dia jumpa jugak aku... apa lagi, berdas-das cubitan singgah kat peha aku.. aku nangis.. (sakit okey)..


tak lama lepas hari tu, aku dapat 1 permainan askar kot... aku punya la happy.. ayah aku bagi.. mungkin arwah mak cerita kat ayah yang aku nak permainan tu kot... aku tak tau mana ayah aku cari duit tu.. masa tu aku tak fikir pun..

lepas tu, masa aku dalam darjah 2, aku buat kesalahan yang agak besar la... aku pecahkan kaca almari simpan pinggan mangkuk.. macam ni, aku tengah lepak tengok tv.. tetiba kepala aku kena cepuk ngan abang aku.. aku pun kejar la dia.. tak dapat kejar aku pun amek botol susu adik aku.. aku baling kat abang aku.. dia elak.. lepas tu kena kat cermin almari tu... pecah... aku kena leter teruk kat arwah mak aku.. memang lama...


masa aku darjah 3 aku dapat jadi pengawas.. baju kena tempah sendiri sebab sekolah takda jual.. baju pengawas sekolah aku dulu warna kuning cair.. masa cuti sebelum aku masuk darjah 3 tu arwah mak bawak aku pergi beli kain ela nak buat baju.. aku pun pilih la warna kuning tu... dengan confident je aku pilih kuning terang.. bila baju dah siap, aku pakai memang cantik.. masa first day darjah 3, semua kawan-kawan pengawas aku pakai baju kuning cair.. aku je pakai kuning terang.. aku kena gelak.. petang tu jugak arwah mak aku beli kain baru & tempah baju untuk aku...


lepas tu, kesalahan yang paling besar yang pernah aku buat masa aku form 4.. keputusan PMR aku agak baik lah sehingga aku diterima masuk ke SM SAINS MUAR.. tapi, surat tawaran tu mak ngan ayah aku tak pernah pun bagitau kat aku.. bila aku balik umah baru aku tau ada surat tawaran.. tapi masa tu dah dekat nak tarikh daftar.. aku tak faham masalah family aku masa tu.. aku merajuk gila masa tu... start daripada tu, aku dah malas belajar.. memang bodoh aku masa tu.. semua aktiviti yang sekolah buat semua aku nak masuk semata-mata taknak masuk kelas.. sebab nak bagi keputusan aku teruk... misi memberontak aku sangat berjaya.. result aku teruk.. mak ngan ayah aku sangat kecewa.. tapi dorang tak tunjuk kat aku.. dah dekat nakk SPM baru aku insaf... tapi dah terlambat.. hasilnya, result SPM aku teruk... sedih pun dah tak guna.. kesilapan paling bodoh pernah aku buat sepanjang hidup aku.. yang ruginya aku jugak kan??


andai masa dapat diundur, aku nak kembali ke masa lampau.. aku nak cakap kat ayah ngan mak aku masa dorang bagi aku permainan tu " ayah, mak, banglang taknak askar ni. ayah kan takda duit. jangan la membazir beli ni."..

lepas tu, aku nak cakap kat arwah mak aku " mak, takyah la beli baju baru... salah banglang jugak.. biarlah banglang pakai baju ni je." lepas tu jugak, aku taknak baling botol susu tu kat almari tu.. dan paling penting, aku taknak memberontak sebab tak dapat masuk sekolah sains tu.. aku nak cakap cam ni kat mak ayah aku " mak, ayah, bukan rezeki banglang nak masuk sana.. banglang janji nak belajar sungguh-sungguh masuk universiti.. banggakan mak ngan ayah.. "..

ya ALLAH... banyak dosa yang aku dah buat kepada kedua ibu bapa aku.. setiap kali bila teringat hal ni, airmata mudah mengalir.. banyak dosa aku terhadap mereka..

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

No comments:

Post a Comment