Monday 16 May 2011

SELAMAT PAGI CIKGU!!!!!!!!!!!












assalamualaikum semua..




tanggal 16 mei setiap tahun akan ada sambutan hari guru.. yup.. guru-guru akan diraikan dengan sambutan yang istimewa disetiap sekolah di malaysia ni...




besar pengorbanan seorang guru.. lahirnya seorang perdana menteri, jurutera, doktor, saintis, pendakwah, dan semua kerjaya professional yang bergaji ribu-ribu semua melalui zaman sekolah yang dididik oleh guru-guru @ ustaz @ ustazah @ teacher @ sir @ madam whatever it is they all are cikgu yang sangup berdepan kerenah murid-murid..




sempena hari guru ni, aku nak post pasal semua cikgu-cikgu yang pernah jadi guru kelas aku dari aku tadika lagi...




okey.. masa tadika, sepatutnya cikgu kelas aku adalah cikgu latipah.. tapi aku tanak masuk kelas dia.. aku menangis meronta-ronta (cehhh... ni tak tipu ye.. betul ni)... lepas tu aku masuk kelas CIKGU SURAYA... baik cikgu ni.. lepas tu, darjah satu cikgu kelas aku CIKGU MASNIZA. garang gila cikgu ni.. ajar BM dengan MATEMATIK... aku penah kena penampar jepun dengan dia sebab aku tak dengar arahan dia.. dia suruh pas kertas latihan kat member sebelah.. tapi aku rajin sangat.. aku bangun lepas tu aku pas kat sorang-sorang member aku.. ape lagi.. pangggggg... melekat sebijik penampar jepun kat pipi kanan aku tak silap.. bunyi macam tak logik kan? tapi tu la realitinya.. tapi aku dah maafkan cikgu tu.. salah aku jugak sebab tak dengar arahan..




okey, darjah 2 cikgu kelas aku CIKGU SHUHUD.. suka bergurau & kuat tido.. darjah 2 aku sekolah petang.. time paling syiok nak tido... tapi kitorang baik.. tak bagi tau guru besar pon..




ok darjah 3 aku ada 2 orang guru kelas.. mula-mula USTAZAH SALWANA.. garang tapi bertempat.. lepas tu ada rombakan kelas.. CIKGU AMBROS amek alih.. cikgu BM & MUZIK.. ajar aku pancaragam dulu.. aku main rekoder.. ngeh ngeh ngeh...




okey.. darjah 4 guru kelas aku CIKGU ADZMI... sempoi je cikgu ni.. ajar matematik... best.. darjah 5 guru kelas aku TEACHER SHIELA.. best.. cikgu BI paling best.. baik je... darjah 6 cikgu kelas aku CIKGU ZUBAIDAH.. dia ajar sains... aku start minat sains sebab dia pandai mengajar.. best... cikgu ni baik gila... masih mengajar di sekolah yang sama...




okey.. sekarang masuk time sekolah menengah... form 1 aku ada 2 guru kelas.. mula-mula CIKGU ROKIAH.. best jugak cikgu ni... baik... ajar BM.. kelas kitorang masa tu tak sampai 15 orang pun.. sikit gila... pelajar-pelajar asal kelas tu aku, rizal, hana, chamy, dengan lagi sorang aku tak ingat... lepas tu masuk bebudak dari 1A4... pun masih tak cukup nak buat 1 kelas... so, kelas tutup.. aku masuk 1A1.. guru kelas dia CIKGU SHIDAH.. ajar sejarah dengan BM... asyik buat rombongan je.. hahahaha... tapi dia sempoi...




form 2 pulak guru kelas aku USTAZAH RUSLIDA AWANG... cantik ustazah ni.. kelas dia pun tak bosan.. tapi, masa kelas 2A1, kelas kitorang macam muzium... senyap je.. jiran kitorang pulak 2A2.. macam zoo.. bising.. pantang takda cikgu.. ada je yang bergayut macam monyet kat pintu sambil buat bising ngorat awek (mamat, telek ngan shah.. dorang ni memang kaki memekak je)... okey.. form 3 pulak kitorang ada rombakan antara bebudak form 2, 2a1 ngan 2a2... campur & asing... maksudnya kitorang bergabung.. member kelas pun dah bertukar.. masa ni guru kelas aku CIKGU ZALINA.. dia ajar MATEMATIK.. best.. senang paham..




lepas tu form 4 aku masuk kelas 4A5.. kelas aliran BIOLOGI... masa ni la aku bercampur dengan students non-malay... best dorang.. sporting.. tak kedekut ilmu.. masa ni guru kelas aku CIKGU SHAMALA.. dia jugak guru kelas kitorang sampai form 5.. best.. sporting.. tak penah marah.. dia ajar MATEMATIK MODEN... kelas paling best sepanjang sekolah adalah masa form 4 & form 5.. best.. kelas kat bangunan baru & tingkat paling tinggi.. hahahahahaha... selalu kitorang menang pertandingan kebersihan & keceriaan (padahal kitorang recycle je hiasan kelas tahun sebelumnya tu).. hahahahaha.. jimat kos...










apa-apa pun, aku sangat berhutang budi dengan semua cikgu-cikgu yang pernah ajar aku.. semua niat nak aku jadi orang (modal insan).. insyaAllah aku akan cuba untuk menyumbang sesuatu demi kebaikan bangsa, negara & agama.. insyaAllah.. TERIMA KASIH CIKGU... ungkapan ni selalu di ucap masa cikgu nak keluar kelas... tapi ungkapan ni besar erti nya sekarang pada aku... aku memang tak mampu nak balas semua jasa cikgu-cikgu ni.. daripada mengajar aku ABC sampai la pensyarah-pensyarah yang mengajar aku sekarang.. jasa mereka semua ni amat berharga & tak mampu dibalas sampai bila-bila...




sempena hari guru ni, aku nak ucapkan terima kasih CIKGU kepada semua yang pernah mengajar aku daripada aku tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, masuk ke alam pendidikan tinggi ni.. semoga ALLAH sahaja yang dapat membalas jasa anda semua... sepatutnya setiap hari adalah hari guru..

















KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

No comments:

Post a Comment