Tuesday 7 June 2011

LELAKI DAN KERJA RUMAH

assalamualaikum semua dan salam sejahtera..

berkurun abad dah tak update blog ni.. saje je tanak update.. hahahahahaha.. takda la.. aku agak sibuk sekarang ni.. banyak benda nak kena pikir dalam satu-satu masa.. okey.. berbalik kepada tajuk entry kali ini.. LELAKI DAN KERJA RUMAH..

rumah aku takda bibik (mana ada orang FELDA upah bibik).. jadi kerja-kerja rumah mesti dibuat sendiri.. kitorang adik beradik ramai.. so, memang ada sistem giliran untuk buat kerja rumah.. contoh hari ni menyapu, esok kena basuh pinggan, lusa kena nyapu laman rumah etc.. lepas tu rotate balik.. sape-sape dalam adik beradik aku yang dah cukup haul (cukup umur), dimestikan membuat kerja rumah.. darjah 4 dan keatas dah buat kerja rumah... arwah mak aku dulu memang strict sikit bab-bab kerja rumah ni.. tak kira lelaki atau perempuan.. semua sama je.. no gender differentiation okey (adil sungguh arwah mak aku).. dulu aku selalu merungut bila kena basuh pinggan.. sebagai tanda memprotes bila sampai turn aku basuh pinggan, sure ada je pinggan yang pecah (aku pilih pinggan yang free bila beli sabun untuk dipecahkan.. tak berani nak pecahkan pinggan yang arwah mak beli dengan cara main kutu).. tapi alhamdulillah.. semua tu mendidik aku untuk jadi seorang yang agak pengemas.. aku memang pantang kalau tengok orang main letak je cawan kotor kat singki bila lepas guna.. laju je carutan-carutan kecil keluar dari mulut aku ni..

dulu, baju, kasut ngan seluar sekolah memang kitorang basuh sendiri.. alhamdulillah, bila masuk asrama dulu, aku dah biasa aktiviti membasuh ni (sampai ada yang ragging aku suh basuh baju dorang..) isyhhhh isyhhhh isyhhhh...

point yang paling penting aku nak utarakan kat sini (cehhhh.. utarakan) ialah aktiviti memasak.. dulu arwah mak selalu berleter suruh semua anak-anak dia belajar masak & selalu tolong dia ke dapur.. baik lelaki atau perempuan.. aku selalu mengelat dulu.. aku amek turn tumbuk lada je.. senang, lepas siap bole sambung tengok TV.. sapa yang kena kacau gulai suma bagai tu nasib la.. hahahahaha.. tapi, bila aku dah start sekolah menengah aku mula belajar masak dengan arwah mak.. banyak yang dia ajar aku.. dia selalu pesan orang lelaki pun kena tahu masak.. takkan asyik nak makan kat kedai je.. nanti bila bini dalam pantang sapa nak masak bagi bini makan.. aku ingat pesanan itu.. alhamdulillah.. aku tau masak dah.. walaupun tak expert macam chef wan, tapi aku still bangga ngan diri aku sendiri.. so far sambal-sambal, masak kicap, sup, tomyam, masak lemak cili api, goreng-goreng ngan masak kari tu aku pass la.. tapi, 1 masakan yang aku memang tak pernah pass.. banyak kali aku try.. MASAK ASAM PEDAS.. aku tak reti nak budget banyak mana cili, bawang-bawang ngan ramuan lain.. selalu jadi tak seimbang... sapa-sapa yang expert tu, tolong ajar aku.. tunjuk ajarku sifu..

bukan la nak riak kat sini, tapi bila aku balik rumah, mesti adik-adik aku suruh aku masak.. dorang kata aku masak bole tahan (kembang hidung aku).. tapi memang tak boleh lawan masakan arwah mak aku.. she was an excellent chef in the world..

mesti korang nak tau apa benda pertama yang aku masak kan??? hahahahahaha... aku start ngan buat jemput-jemput.. (masak air ngan telur goreng tu tak yah kira la ek).. walaupun ala-ala rentung tapi arwah mak aku makan jugak.. habis cicah cili sos.. bangga aku..

motif nya kat sini, tak kira lelaki atau perempuan mesti kena ada basic dalam ilmu masakan.. tak guna kalau korang hebat tapi masak tak reti.. berguna untuk korang jugak nanti..

dan untuk calon permaisuri hidup aku nanti, kalau tak reti masak, jangan harap nak jadi suri hidup aku.. syarat minimum mesti kena tau masak. tau bezakan mana satu senduk, mana satu sudip, kuali, periuk, kawah, belanga etc.. kena tau jugak bezakan bawang merah, bawang putih, halia, bawang besar, lengkuas dan sebagainya.. kalau yang sibuk duk jaga kuku je tu, mintak maap.. anda tak layak ke peringkat seterusnya.. silakan junjung bagasi anda keluar (percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan.. jeng jeng jeng...-lagu AF)...

ok la.. banyak sangat aku bebelkan ni..

kepada semua lelaki, kita jugak kena tau masak dan buat kerja rumah OK...

renung-renungkan dan selamat beramal...

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

2 comments:

  1. haa, meh shef naq ajar masak asam pedas style melaka.. resepi dr emak sy.. hihiii

    ReplyDelete
  2. serius ke??? tnjuk ajarku sifu

    ReplyDelete