Monday 20 June 2011


assalamualaikum semua.. salam hormat ( ye aku hormat korang semua)...

entry kali ni mungkin agak membosankan bagi sesetengah orang... tapi, ada aku kesah??? tak suka baca sila move cursor anda ke bahagian paling atas belah kanan... jumpa tanda X sila tekan.. terima kasih..

okeyh... entry kali ni agak serius... melibatkan hal negara, masyarakat & ekonomi ( cehhhh... ).. betul.. sebelum ni aku tertanya-tanya kenapa la aku amek Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi kat UiTM ni tapi tetap kena amek subjek-subjek pengurusan macam ekonomi, pengurusan, pemasaran, pengurusan operasi, kewangan, & lain-lain... aku puas la dok tertanya-tanya jugak.. kenapa la minor untuk kos ni adalah pengurusan bukannya kimia ke biotek ke apa-apa tok nenek lagi la.. sekarang baru la aku faham kenapa semua tu UiTM aturkan untuk kitorang... ada faedahnya... sekurang-kurangnya kitorang tau serba sedikit tentang pengurusan... sekurang-kurangnya risiko untuk kami ditipu agak kurang sedikit.. sebagai contoh, subjek pengurusan mengajar kitorang cara-cara untuk menguruskan sesuatu organisasi dengan lebih baik.. insyaALLAH.. secara tak langsung, kita jugak dapat belajar menguruskan diri-sendiri dengan lebih baik.. insyaALLAH.. untuk subjek pemasaran pulak, kami diajar cara untuk memasarkan sesuatu dengan lebih berkesan... secara tak langsung kita jugak dapat belajar untuk memasarkan diri sendiri dalam pasaran pekerjaan yang penuh saingan.. may the best man win..

untuk subjek kewangan @ finance kitorang diajar selok belok pengurusan kewangan organisasi.. termasuk jugaklah pengurusan kewangan peribadi... ramai yang mudah terpedaya dengan kadar interest yang rendah... padahal kadar tu per bulan.. bukan pertahun... semua tu kita kena amek kira jugak... sebagai contoh la, sebuah kedai perabot "kot mamat" yang menawarkan belian secara hutang... bagus untuk melariskan jualan.. tapi, kalau kita kira balik semua caj nya... mang oi... terbeliak bijik mata weh... macam tu la... sama jugak konsepnya dengan bank... kadar faedah pinjaman yang ditawarkan bergantung kepada tahap kewangan si penghutang... makin sikit duit yang korang ada, makin tinggi la kadar faedah yang dikenakan.. itu lah sistem kapitalis... yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin... tak caya? tengok harta manusia terkaya didunia sekarang, makin bertambah atau makin berkurangan? itulah lumrah alam... sebab tu la perbankan islam sekarang ni jadi tumpuan.. orang lebih berminat pada sistem ini sebab lebih adil berbanding sistem konvensional... islam kan adil dari semua aspek..

okey, next untuk subjek ekonomi pulak... subjek ni agak pening sikit... tapi bila kita faham konsep sebenar dia, memang best... dulu serius aku tak tau apa tu KDNK, KDK, bond, share sume bagai tu... tapi bila aku dah tau, memang menarik... aku tertarik nak tekankan pasal subsidi kat sini... kalau orang-orang ekonomi mesti kurang setuju dengan subsidi yang terlampau banyak... betul.. ia akan membuatkan rakyat jadi malas & bergantung sepenuhnya.. tapi, subsidi ni perlu bila purata pendapatan per kapita negara sangat rendah macam sekarang... kalau takda subsidi, lepas tu gaji sikit, nak makan ape? nak beli pampers anak cammane? nak isi tangki minyak keta ngan air ke? jadi kat sini lah peranan pihak berwajib diperlukan... jangan tau nak tarik subsidi je lepas tu gaji rakyat masih takat tu je... susah.. aku sangat tertarik dengan idea Tun Mahathir dulu... zaman tu aku belum lahir lagi... masa beliau cadangkan untuk Malaysia keluarkan kereta sendiri... ramai yang membantah sebab cadangan tu tak mendatangkan keuntungan dari segi penjualan kereta tu.. tapi Tun M tetap dengan idea tu... dia suruh teruskan juga.. ramai yang tak sedar sebenarnya denga idea ni la tahap kepakaran rakyat kita meningkat... kalau dulu, kilang-kilang, factory-factory, estet-estet (waaaa... dialog 3 abdul pulak) sibuk nak bawak kilang dorang ke sini... peluang kerja memang banyak sebab kos untuk gaji pekerja murah... tapi, bila negara lain tawarkan kos lagi rendah, kilang-kilang ni pun cabut la... sebab apa? sebab tenaga buruh kita tak berkemahiran... jadi, tindakan bijak Tun M dulu telah mendidik rakyat untuk berusaha sendiri... ada syarikat tempatan yang buat alat ganti, buat sarung kusyen, buat skru sume bagai... kat situ, kemahiran dan kepakaran dorang terbina.. dorang bukan saja boleh pasarkan produk dorang kat PROTON je.. tapi boleh pasarkan ke syarikat-syarikat luar...jangan terkejut, ada syarikat tempatan yang buat kusyen untuk banyak syarikat penerbangan terkemuka dunia okey.. semua tu sebab kepakaran.. kat situlah idea sebenar Tun M... mendidik rakyat supaya tak terlalu bergantung.. tak faham lagi? secara mudahnya camni la.. bayangkan ada satu keluarga yang sangat miskin.. mana yang bagus, kita bagi dorang ikan atau kita ajar dorang cara tangkap ikan? kalau kita bagi ikan, lepas dorang makan, ikan tu habis... kita kena bagi lagi... tapi kalau kita ajar dorang tangkap ikan, bila dorang lapar, dorang pergi tangkap sendiri kan? sebab kemahiran tu dorang dah ada... jangan silap faham.. aku bukan nak promote mana-mana parti ke ape ke? jauh sekali aku nak bercakap soal politik... aku kurang minat bab-bab tu.. sorry.. aku bercakap berdasarkan ilmu yang aku pelajari selama ini... terpulang la kat korang nak tafsir macam mana..

jadi, kesimpulannya, aku sangat bertuah sebab boleh belajar sains + pengurusan... sekurang-kurangnya aku tau lebih sikit dalam bidang yang tu...

sekian, terima kasih... peace yawww!!!

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

No comments:

Post a Comment