Friday 17 June 2011

KEPANTANGAN AKU TU....

assalamualaikum & salam sejahtera...


bagi sapa-sapa yang tak jelas tajuk entry di atas, lebih kurang macam ni la maksud dia "benda paling aku bengang & kalau orang buat jugak memang mintak penerajang kaki saiz 9" fullstop.... haaaaaa.. mesti korang tertanya-tanya kan ape la benda yang aku paling pantang tu kan??? ce teka ce teka...


okey.. kembali serius... ye.. benda ni serius... aku memang pantang bila ORANG HISAP ROKOK LEPAS TU HEMBUS KAT MUKA AKU.. memang mintak sangat penampar la kan... aku memang tak boleh 'kawtim' ngan benda-benda camni... kalo teringin nak 'out' cepat, jangan la ko nak bunuh orang sekali... tindakan perokok biadap tu memang akan mengundang bahaya yang besar kepada non-smokers macam aku ni... secara tak langsung kitorang bergelar perokok pasif... effect dia perggghhhh... teruk beb... bayangkan, asap yang masuk dalam mulut perokok tu masuk dalam badan dorang lepas tu ikat ngan carbon dioxide sume bagai.. bertambah kick la kesan dia kepada orang yang tak merokok...


aku paham bila korang dah jadi perokok memang susah nak berenti... nak-nak lagi kalau perokok tegar... tapi, jangan la biadap sangat bila hisap rokok tu... siap nak tunjuk macho konon hisap rokok lepas tu hembus kat muka orang lain... tu bukan macho tapi BODOH... menyusahkan orang je.. tak pasal-pasal orang lain pun berisiko dapat kanser paru-paru... hmmmmmm...


nak hisap rokok hisap la selagi ko tak guna duit aku untuk beli rokok... tapi pegi la hembus kat longkang ke, kat tempat takde orang ke.. ini selalu terjadi bila aku lepak kat kedai-kedai makan ngan para perokok... they are annoying... apa kata wahai perokok sekalian, korang sedut asap tu lepas tu jangan hembus... hadam je asap tu dalam perut korang... takda la rugi sangat... ni tak, dah bakar sedut lepas tu hembus... kan ke kurang bijak di situ...


tapi kan, 1 benda yang aku perasan pasal perokok ni... dorang takkan kedekut sesama dorang... aku penah tanya kat member aku yang merokok "kenapa ko senang-senang je bgi rokok ko kat orang lain? kan benda tu mahal?" nak tau ape dia jawab?? dia jawab camni " penyakit buat apa nak kedekut... orang dah mintak, bagi je la"... terkedu aku...


aku bukan la anti perokok ni.. dorang manusia biasa sama macam aku... cuma aku anti perokok yang hisap rokok lepas tu hembus kat muka orang lain.. memang KURANG AJAR... family aku pun ada yang merokok... nak buat camne kan? tapi dorang tak hembus kat muka orang lain... aku ok je..


rilex sham... rilex... haaaa... kan dah emo aku ni... hari jumaat ni.. ok la... banyak yang aku nak bebelkan lagi ni.. tapi sebab aku nak mandi lepas tu gi SOLAT JUMAAT... ok, aku stop kat sini dulu... kalau sikap aku rajin kembali, aku tulis lagi ye,... sekian, wassalam...

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

No comments:

Post a Comment