Friday 16 March 2012

AKHIRNYA

assalamualaikum semua... salam sejahtera...
akhirnya, siap jugak aku tanda kertas ujian students aku... memang mencabar emosi betul..
ada yang tinggalkan tempat kosong, ada yang tulis jawapan 'tatau' a.k.a tak tahu kat tempat jawapan tu... maun tak hangin kan??? punya la penat aku membebel dalam kelas dok ajar dorang.. last-last dorang bantai tulis 'tatau' kat tempat jawapan tu.. masa tanda kertas dorang hari tu, memang aku nak je sekeh dorang bukak sekolah ni.. ye la, tengah marah.. setan dok keje menghasut je.. tapi aku dah ok dah, biasa la.. students ni macam-macam perangai...
tapi ada benda yang mengubat hati aku.. ada sorang student form 1 dapat markah 100%.. 3 orang lagi dapat 98%.. banggo den!!!.. padahal aku tak da sumbangan pun...semua tu jasa cikgu Linda sebelum  dia cuti hari tu... saje je aku nak dapat nama...hahahahahaha. (ye la, at least tak sia-sia ulangkaji yang aku buat untuk dorang sehari sebelum ujian hari tu)...
yang paling best, sorang pelajar tingkatan 2K dapat markah 76% untuk subjek sains.. ye la, semua sedia maklum.. 2K tu kelas hujung.. tapi dia berjaya buktikan yang dia boleh.. tak sia-sia aku bebelkan dalam kelas guna OHP semua bagai (kelas sains semua aku buat dalam lab.. malas gila nak naik kelas dorang.. hohohoho)..

aku berhajat nak bagi hadiah kat student yang dapat markah tertinggi untuk subjek Matematik ngan Sains.. ada cadangan?? jangan la mahal-mahal sangat cadangan tu.. budget below than RM10.. (maklum la, gaji tak dapat lagi)..

tak sabar nak denda students yang jawab salah dalam test hari tu.. satu soalan salah, 10 kali pembetulan.. we already make a deal.. wahahahaha.. jenuh la nak tanda pembetulan dorang nanti..


bukak sekolah ni, sure semua cikgu-cikgu busy teramat.. semua busy nak key-in markah ngan nak prepare untuk mesyuarat agung PIBG jumaat depan.. aku ditugaskan untuk handle kedudukan penerima hadiah nanti..

ok la... nak gosok baju untuk stok minggu depan.. senang nanti..

till then ;-)
KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

2 comments:

  1. sham..thniah kau dah jd guru ke?..alhamdulillah..jgn garang2 sgt..sian bdk2 tu..kau dlu pun mcm tu gk..hehe

    ReplyDelete
  2. mu ado blog??
    aku cikgu ganti je.. tapi memang best..

    ReplyDelete