Monday 18 April 2011

PENAT & GERAM

assalamualaikum semua & salam sejahtera..

sorry lama tak update. banyak urusan yang perlu diselesaikan. penat memang penat. minggu lepas banyak sangat benda penting yang berlaku. sampaikan aku terpaksa lupakan banyak urusan. minggu lepas je tiap-tiap hari (kecuali khamis) aku ada test.. minimum 2 test sehari aku kena hadap.. memang nak muntah terbelahak aku.. maun tak stress aku.. khamis pulak aku ada presentation proposal FINAL YEAR PROJECT aku...

dan minggu lepas jugak adik perempuan aku (aku ada adik lelaki ke??) operate kaki dia.. kena masukkan besi kat dalam kaki.. tulang femur dia patah.. yang paling sedihnya, aku tak dapat ada kat hospital tuanku ampuan najihah tu masa dia operate tu.. alhamdulillah operation tu dah selamat.. kalau la aku ada kenderaan, mesti aku dah pecut balik lepas aku jawab test pagi dan aku pecut balik untuk amek test petang tu.. memang aku rasa bersalah sangat.. aku ni memang abang yang tak guna..

sepatutnya, operation tu dijalankan pada hari rabu tu... tapi last minutes terpaksa dibatalkan. alasan nya tak cukup peralatan. bayangkan hospital jempol tu punyalah canggih (hospital baru okey) tapi alatan nak bedah pun takda... sepatutnya kalau alatan tak cukup bagitau lah awal-awal.. ni bayangkan ye, adik aku tu dah dibius baru pakar bedah tu bagitau tak jadi.. memang BANGANG kan?? kepala huntas dia agaknye,.... dia ingat adik aku tu sample lab dorang ke?? bod** betol.. adik aku asyik mengadu sakit je lepas ubat bius tu hilang... maun tak sakit.. meh doktor tu aku nak bius.. sakit ke tak... geram betul aku.. sudahnya, adik aku dihantar balik ke hospital pilah..

ahad hari tu aku pegi melawat adik aku kat hospital.. aku dah nekad, aku nak sound doktor tu.. mane tah etika kerja dorang ni... ingat dorang buat ekperimen kat tikus makmal ke???? siot betol.. sekali aku tunggu-tunggu takde pulak doktor tu.. takde luck la doktor tu nak kena sembur ngan aku.. sebelum operate masa sabtu minggu lepas-lepas haritu, aku tanya la dia pasal tulang adik aku yang patah tu.. dia macam nak tak nak je jawab.. eleh ingat aku tak tahu langsung ke pasal tulang ni.. at least aku tau la sikit habuk.. lepas aku tanya dalam bahasa sains nya, haaa.. terus dia explain pasal operation yang nak buat tu... geram pun ada gak aku ni..


KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

2 comments:

  1. hopefully adek abg cepat sembuh ye.. its not ur fault when u can't sit beside her dalam keadaan skang.. dia mesti paham keadaan abg.. sekarang dia da buat operation ke..?

    ReplyDelete
  2. dah.. jumaat hari tu.. sekarang ni kena buat physiotherapy... seksa tengok dia.. xboleh nak tengok dia lama2.. nanti ternangis depan dia...

    ReplyDelete