Sunday 24 May 2015

ROTAN

Assalamualaikum & hello there..
sorry hampir setahun aku tak update blog. dah berkerak dah blog ni.
 ye ye saya tahu saya tak berapa nak rajin.
ye tahu!!!!

baiklah, untuk tak menjadikan blog ni sepi lagi, aku dah buat keputusan nak update blog ni... wahahaha... 
silalah baca kalau rajin. kalau malas?
 ada aku kesah? 
orang malas selalu rugi... (ala ala ustaz ko... hambik)

sebenarnya, takda cerita sangat pun nak kongsi. 
oh ye, majoriti group member SNSD @ So Nyuh Shi Dae @ Girls' Generation dah couple (T_T)..
Oh my Taeyeon (Kpop sangat ko.. kesah pulak aku)..a

ok, back to reality...
hari ni semak timeline kat FB aku pasal sorang artis ni yang komen kata rotan dah tak releven dengan student sekarang. 
aku taknak komen statement dia tu sebab dia bebas nak bagi pendapat kan? sebab ni negara demokrasi. 
Kami nak harga topup kembali kepada asal.. kami nak suara kami didengari!!! eh???
ok apa? kata negara demokrasi..

ok, kembali pada topik asal.
perlu ke rotan ni di sekolah?
pada aku perlu.. yes PERLU!
kenapa? eh kau belum ada anak lagi.. mana nak tau perasaan mak bapak bila anak kau kena rotan? rosak kulit anak i.. i sendiri tak pernah jentik anak i.. inikan pulak kena rotan.. i saman u...
kussss semangat.. 
itu lah realiti yang guru perlu hadapi sekarang bila berkaitan dengan ROTAN!
sedar atau tidak, kebanyakan ibu bapa sekarang sering fikir yang GURU tu merupakan pengasuh a.k.a nanny untuk anak-anak mereka ketika mereka keluar bekerja. Eh kak, hello... baca balik, saya tak cakap pun SEMUA.. saya tulis kebanyakan ok.. gheti???
bila jadi macam ni, sedar tak yang anda dah merendakan dan memperlekehkan profesion GURU. 
untuk makluman pada yang tak tahu, GURU yang berkhidmat di sekolah kerajaan merupakan kakitangan kerajaan & jawatan mereka adalah PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN.. di ulang, PEGAWAI ok!
please show some respect at least! they are not your childs' nanny okay. READ MY LIPS!!!

jadi berbalik kepada soal rotan tadi, perlu ke tak? sekali lagi, PERLU. 
bukan la maksudnya cikgu-cikgu boleh sewenang-wenang nya rotan anak cik puan encik semua sesuka hati tanpa sebab. itu gila & celaka namanya. bukan la kata kalau anak tu tertidur dalam kelas terus nak dirotan atau anak lupa bawak buku latihan cikgu pergi rotan. tu mental nama nya..
mungkin boleh di kaji pasal rotan ni, guru guru perlu diberi kursus khas mengenai pelaksanaan hukuman rotan ni. bukan main balun sesuka hati je kan?

saya tak tulis pun yang semua cikgu tu baik, semua ciktu tu takkan melakukan kesilapan, atau semua cikgu tu malaikat. takda pun ok. apa yang aku cuba tekankan kat sini, hampir semua cikgu takkan rotan sesuka hati tanpa sebab. 
kenapa? cikgu telah dilatih untuk mendidik. sebab tu mereka belajar ilmu pendidikan. cikgu mana yang nak tengok anak didik dia gagal? atau rosak akhlak? 
bagi yang tak tahu kerja cikgu ni macam mana, mohon mintak jadi cikgu seminggu dan rasa mengajar selama seminggu.
jangan mohon mengajar di sekolah elit yang kehadiran 100% setiap hari tu. 
sila masuk dalam sekolah yang jadi sekolah angkat polis atau sekolah yang pelajarnya banyak melakukan jenayah & ada rekod polis. 
lepas tu, jangan masuk kelas pertama je, 
cuba masuk kelas hujung yang majoritinya bermasalah. yang jenis kaki letak atas meja masa cikgu tengah mengajar, 
yang jenis menyanyi kuat-kuat masa cikgu tengah mengajar, 
yang jenis ponteng kelas, yang jenis tarik tudung pelajar perempuan depan dia sampai tudung tertarik belakang & budak tu menangis.
masuk la kelas macam tu..
ye betul. guna psikologi.. betul, itu salah satu cara mendidik. betul. 
kenapa? ingat cikgu ni terus sebat fonggong pelajar tu dengan rotan je?
cikgu akan tegur & akan bagitahu kesalahan pelajar tu sebelum tindakan rotan di ambil.

dapat bayangkan? 
sekarang bayangkan, dalam kelas tu ada 30++ pelajar, 
perangai lebih kurang sama je masing masing (macam yang aku sebutkan kat atas tu). 
kau perlu mengajar sebab ada silibus yang perlu dihabiskan.. 
pelajar kau majoriti tak reti baca. 
kalau boleh baca pun, 2 suku kata boleh. perkataan yang ada 3 suku kata dah tak boleh baca. 
kau rasa?

mungkinla (akau rasa) parents sekarang fikir semua sekolah tu sama macam kat tv tu. budak budak baik je bila cikgu takda dalam kelas. buat ulangkaji dalam kelas..
takda pun yang couple-couple dalam kelas. semua baik je.
betulkan persepsi ni. 

anak-anak anda sekarang lebih terdedah kepada bahan bahan yang mudah merosakkan macam dadah, porno, samseng & sebagainya. 
kalau tak dibendung, kerosakan besar bakal anda lakukan (major damage).

tu la sebabnya aku rasa rotan tu perlu. & guru guru wajib diberikan latihan & arif tentang peraturan, etika & adab merotan. 
parents pun, kalau anak anda baik & mendengar kata, kenapa nak takut dia bakal dirotan? ke memang rasa dorang kaki buat masalah kat sekolah? 
ehhh... saya agak je.. aduiyai nya pun.

apa-apa pun, selamat hari guru kepada semua guru di Malaysia terutamanya guru-guru yang pernah mengajar saya selama ini.
jasamu cikgu, tak dapat saya balas sampai bila-bila.
terima kasih cikgu


KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

No comments:

Post a Comment