Wednesday 21 December 2011

MACAM-MACAM

Assalamualaikum semua..
maaf sebab lama sangat tak kemaskini blog ni.. bukan sengaja. tapi sangat sibuk. sangat-sangat sibuk.. tak caya?? tak caya sudah.. ada aku kesah? hahahahaha... memandangkan dah nak hujung semester, semua benda kena selesaikan masa ni.. test, kuiz, assignment, thesis, presentation, bla, bla, bla.. haaaa.. banyak benda kan? sebab tu la aku sibuk yang teramat...
pernah ada seseorang yang cakap macam ni kat aku... "eleh, sibuk sangat ke kau tu? final year project degree je pon.. bukannya ko tu student medic pon nak sibuk mengalahkan orang penting" ujar beliau... aku dengan hati panas nya, senyum je la.. malas nak layan statement sampah macam tu.. WTF (what the function).. buat habiskan beras je..
takpe la.. nanti bila 'kau' dah buat FYP 'kau'... kalau 'kau' merungut, aku gelak depan muka 'kau'..
sungguh, macam-macam tekanan yang aku terima baru-baru ni.. memang sangat menguji kekuatan jasmani dan emosi aku.. dalam pada aku tertekan nak menyiapkan thesis aku, ayah aku dimasukkan ke hospital... doktor suspek strok since ayah aku tak boleh gerak & bercakap.. bila adik aku bagitau berita tu kat aku, menitik air mata aku... memang risau bukan kepalang.. tapi, aku yakin.. semua dugaan tu hanya lah ujian Allah kepada aku.. mana tau, "DIA" dah sediakan sesuatu yang istimewa untuk aku kelak.. siapa tahu kan? ALLAH maha adil..
Alhamdulillah, ayah aku dah keluar hospital dan aku pun dah selesai pembentangan FYP aku.. Alhamdulillah, semua nya berjalan lancar.. Doakan thesis aku pun berjalan lancar ye..
ok la, setakat ni je aku nak coretkan.. sampai korang singgah blog aku lagi.. sekian..

yang benar,
hisham...

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

No comments:

Post a Comment