Tuesday 15 March 2011

TISSUE CULTURE

assalamualaikum...

lama dah tak update blog aku ni... maklum la, busy ( memanjang je buat busy)..

hahahhahahaha... hari ni aku nak kongsi pengalaman aku buat ekperimen untuk lab PLANT PHYSIOLOGY... ye.. betul... aku tak berapa berkenan subjek ni... so boring!!!!...

TAPI... aku rasa lab tadi & minggu lepas punya lab sangat best... lab terbaik yang pernah aku buat setakat ni... lab apa??? haaaaaa... kitorang buat pasal tissue culture... apa menatang tu???? cecite-cecite...

looooo.... takpe-takpe... biar aku cite.. camni, tissue culture ni adalah teknik yang digunakan untuk dapatkan benih yang terbaik untuk pokok... kita boleh control segala jenis hormon untuk tumbesaran pokok tu.. dan yang paling best, kita tanam benih pokok tu dalam lab atau lebih tepat lagi, dalam petri dish... yang lebih unik nya, kita boleh amek mana-mana bahagian pokok tu untuk kita buat culture... tapi dalam kes kitorang ni, kitorang guna biji benih... mudah sikit... maklum la, amatur lagi...

mesti ada yang terfikirkan yang bakteria akan infect benih tu masa kita semai tu kan???

haaaaa... memang potensi untuk bakteria infect benih tu amat tinggi... tapi, untuk pengetahuan anda semua, proses tu dilakukan dalam laminar air flow.. dan tempat tu telah manjalani proses sterilization a.k.a killing of bacteria... betul... sangat rumit dan paling penting tak boleh bercakap pun masa run experiment ni... takut bacteria dari mulut masuk dalam culture & akan rosakkan sample kita...

haaa... rumitkan? lepas dah masukkan sample dalam agar plate, petri dish tu kena balut dengan parafilm pulak... untuk elakkan bakteria atau kulat dari jangkiti sample kita tu.. dah siap tu, kena masukkan dalam peti ais pulak...

hahahahaha... gurau je... bukan peti ais la.. tapi tempat simpanan culture tu la... memang mirip peti ais kat kedai-kedai tu... dalam tu ada sumber cahaya untuk tumbesaran sample kita...

lepas tu, tunggu la sampai 3 minggu untuk tengok result dia... tapi, tiap-tiap minggu kena observe sample kita tu... amek semua data mengikut parameter yang dah ditetapkan...

seronok ke??? memang la seronok walaupun banyak keje nak kena buat.. tapi BEST... tu la bestnya jadi budak BIO... ramai yang underestimate course ni... ADA AKU KESAH????

hahahahahhaha.. secara ringkasnya,

dari ni



jadi ni


terus jadi ni

ni ringkasnya

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

2 comments:

  1. interesting to do... nnt bleh buat plant nursery... hik3...

    ReplyDelete
  2. ingat nak try culture pokok lampu kat i-city tu la.. bole ke??

    ReplyDelete