Wednesday 2 October 2013

BUDAK HOSTEL

Assalamualaikum semua.
Busy ke? sorry ganggu semua. cehhhh, dah macam hantar mesej kat orang je. okey, hari ni tergerak hati nak mengimbau kembali kenangan lama di tempat yang mengajar aku berdikari bila berjauhan dari keluarga, tempat yang mengajar aku banyak benda baru. mengajar erti kehidupan. 

wei, bukan penjara la. bila cakap macam tu je mesti korang nak ingat penjara je. aku ni punya la baik orang nya. haha. ok, tak kelakar kan? takpe. tanak gelak aku tak kisah pun. :p

sebenarnya tempat yang banyak mengajar aku benda-benda ni semua adalah asrama tempat aku sekolah dulu ok, aku mulakan dengan kisah macam mana aku boleh masuk sana. Disebabkan keputusan UPSR aku boleh dikatakan agak baik jugak la bagi pelajar luar bandar macam aku, aku dapat offer untuk masuk asrama sana & ditawarkan aliran rancangan khas. apa tu? entah la. ala-ala program untuk budak-budak yang suwit-suwit je kot. hahaha. ok, tak lawak lagi kan? 

aku tak penah pun apply nak masuk sini. aku syak ni semua kerja cikgu Rahmat masa aku sekolah rendah dulu. tau-tau je, dapat surat tawaran je. aku pun apa lagi, on je la.hahaha
mula-mula masuk asrama dulu mesti la cuak. aku pergi sana daftar sekali dengan Farina @ Fena. kitorang 2 family naik 1 van. then, masuk je asrama lepas tu daftar aku dimasukkan ke Dorm 3. sebelah toilet ok. 

then, aku diuruskan oleh Azim & Botak. dorang la yang handle & kemaskan locker aku. suwit tak dorang? hahaha.. geli tekak okey. then, aku sekolah petang. yang tak best sekolah petang ni adalah aku cepat ngantuk.. stim je mata nak masuk kelas weh.. benda normal kan? 
aku ingat lagi, sepanjang minggu orientasi aku dulu, macam-macam benda aku kena. kena tiup lampu sampai padam (gila nak mampos kan?). kena tabik gambar sapa dah aku tak ingat. kena ketuk meja nak bagi semua orang senyap lepas tu buat announcement nama sendiri la (bengong tak arahan dorang). lepas tu paling aku tak boleh lupa aku kena nyanyi kat sorang akak ni (macam mana la dorang boleh tau suara aku sedap macam suara Jamal Abdillah pun aku tak tau la). 
tau tak orang yang paling susah sekali nak dapat tandatangan dia (semua budak orientasi tu kena amek tandatangan senior baru tak kena denda) adalah Kak Bear & abg Zahari. Kak Bear orang terakhir bagi tandatangan. tak boleh blah betul bila abg Zahari siap hasut kak Bear jangan bagi tandatangan kat aku lagi. ok, kejam dia kan? *sambil urut-urut janggut sejemput aku ni*. 
tapi, akhirnya penuh jugak kertas tu. semua nama senior aku dapat tandatangan dorang. aku tak kena denda. heh.

tau tak, senior time aku form 1 dulu macam-macam perangai. aku duduk kat dorm 3 tu memang dekat dengan pintu katil aku. bila dorang lalu, sah-sah la dorang akan nampak aku dulu. bila je time kejut nak bangun subuh, macam-macam style dorang buat okey. ada yang kejut pakai tangan, pakai jentik air kat muka, ada yang pakai kaki okey. aku ingat lagi sape. nama aku tak boleh sebut. nanti boleh sebab kan gaduh. haha. tapi paling best, aku dikejut macam putera raja. abg Zahari & abg Hazrie yang kejut camtu. "dik, dik. bangun. bangun pegi surau. subuh ni." sejuk je jiwa aku time tu. dorang akan kejut aku on the way dorang nak gi toilet tu. 

tapi, kat asrama ni aku belajar banyak benda yang positif. belajar hidup berdikari. akhirnya, aku jadi la apa adanya aku sekarang. kawan-kawan dah macam ahli keluarga sendiri. kitorang rapat gila kot. kitorang kawan sampai sekarang kot. rapat sampai sekarang. walaupun ramai je yang dah beranak pinak. 
banyak benda kot aku nak kongsi, tapi terlalu panjang nanti. tengoklah, kalau rajin nanti aku update lagi. 

ni antara gambar aku kat hostel dulu. masa aku masih lagi slim dulu. sila la enjoy..
Rizal, Zabed, Aku

Dorang semua muda setahun dari aku

kitorang kawan baik sampai sekarang. kecuali budak kecik depan tu. anak sapa tah tak tau

aku & sabri


:: sapa-sapa senior dulu yang rasa bersalah sebab buli aku, kalau rasa nak mintak maap, boleh contact aku. face to face amat dialu-alu kan. kenny roagers satu set sebagai pengeras::

ok, that's all. thank you. 
bye

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

2 comments:

  1. Kitorg mmg kejut korang pergi surau tapi kitorg solat dlm dorm jer... giler kejam kan? Hahahaha

    ReplyDelete
  2. Kitorg mmg kejut korang pergi surau tapi kitorg solat dlm dorm jer... giler kejam kan? Hahahaha

    ReplyDelete