Tuesday 24 September 2013

MEMOIRS OF TADIKA

Assalamualaikum & salam sejahtera..
Sorry lama tak update.. Bukan setakat dah berhabuk, tapi dah berlumut dah blog ni.. 
Almaklum la, tuan blog ni malas busy gila.. *ini semua poyo!*
Haaaaaaaaaa... Nampak tak aku busy?

Okey, back to the story!
korang ingat lagi zaman sekolah korang? Sure mesti ingat kan? TAPI!!!!!
KORANG INGAT LAGI ZAMAN TADIKA KORANG?
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Mana-mana yang dah agak otai tu memang susah la nak ingat.. *ok, paham-paham :p*
Tapi sebab aku ni yang sweet 17 ni, mesti la ingat lagi zaman aku tadika dulu.. 

Dulu aku tadika dekat Tadika KEMAS Serting 1. jauh weh.. dekat dengan sekolah rendah aku dulu. 
Dulu aku Tadika, sepatutnya aku masuk kelas Cikgu Tipah. tapi sebab aku takut tengok dia, aku nangis tanak masuk kelas dia.. lepas adengan ronta-meronta luar kelas sambil dipujuk oleh cikgu-cikgu tadika, aku pun masuk la kelas Cikgu Suraya.. 

Dulu aku ada geng pergi Tadika. 3 orang termasuk aku. hari belum cerah lagi kitorang dah pegi.. maklum la budak dulu tak sama dengan budak sekarang. budak dulu tahap independent dia lebih.. mak bapak memang percaya je kitorang umur 4/5 tahun pegi kedai beli sardin / megi sendiri.. 
Kitorang pegi pagi memang akan lalu shortcut. lalu jalan belakang rumah sorang acik ni.. sebab belakang rumah dia ada jambatan kayu nak seberang paya. ada sekali tu kitorang nampak ranting kayu kat tanah.. 
serius nampak macam ular je.. 
maklum la gelap lagi hari waktu tu.. dengan baju kotak-kotak merah & seluar hitam ada getah kat pinggang tanpa tali pinggang, kitorang pun menjerit la sebab ingat kayu tu adalah ular.. 
sekali acik tu sound, woiiii.. diam la, pagi-pagi buta dah memekak. anak acik nak tido ni. *untuk makluman, acik tu baru lepas pantang kot*

Tapi, sebab kitorang ni agak nakal, lepas je hari tu, asal lalu je kat rumah acik tu memang kitorang saje je buat bising.. menjerit-jerit.. *sila jangan tiru aksi ni kalau taknak kena saman .. zaman sekarang ni orang manjang nak saman je.. takda yang nak sound macam acik tu dah.. tau-tau dapat je surat saman kan?*

Ok, kembali ke plot dalam kelas.. oh, jap! sebelum masuk kelas, kitorang akan main kat playground dalam tadika tu dulu. main sampai gaduh-gaduh mulut baru masuk kelas.. tapi, playground kat tadika dulu takda la seceria sekarang.. warna-warni bagai.. horror okey.. gelongsor, jongkang-jongkit & buaian besi okey!  gelongsor tu dah berkarat. bawah tu memang bahaya.. sebab dah ternganga kat bawah.. kena kaki memang akan cedera la.. 
ditakdirkan satu hari tu, ada budak perempuan kaki dia luka teruk sebab kena gelongsor tu.. teruk jugak kaki dia.. tapi, tu semua tak menakutkan kitorang untuk main gelongsor tu jugak.. *memang dasar kepala batu kan?*

Dalam kelas pulak, kitorang akan belajar eja nama, kenal ABC, 123 dan belajar mengenal suku kata.. asal nak balik je kitorang mesti kena cari name tag nama sendiri tunjuk kat cikgu lepas tu letak balik kat tempat dia.. baru la boleh balik... 
Rehat pulak semua orang akan kena makan dekat tepi longkang.. tapi sebab budak-budak kan, mana la kisah sangat makan tepi longkang.. ok je asal perut kenyang.. menu pulak tak mewah macam budak tadika sekarang.. menu mesti kuih je.. kecik lak tu.. tapi disebabkan dulu aku slim makan banyak mana sangat.. cuba sekarang dapat makan banyak tu je, mesti aku dah ala-ala mengamuk tak tentu hala dah. 

paling best adalah waktu menyanyi dalam kelas.. Hooorayyyy sangat okey. aku ingat lagi kot nyanyi lagu anak kecil main api tu.. lepas tu nyanyi lagu labah-labah tu.. apa? tak pernah dengar? meh sini baca lirik ni..

satu labah-labah cuba panjat perigi,
bila hujan turun, labah-labah cepat lari,
terbit matahari air tiada lagi,
labah cuba panjat sekali lagi.
*sila nyanyi dengan intonasi yang betul & tangan buat gaya laba-labah sekali eh*

nampak tak betapa happy nya zaman tadika aku?

pernah dapat nombor 1 acara suai kan perkataan masa sukaneka. dapat hadiah tuppaware.. bangga gila dah tu.. pernah masuk tarian pom-pom untuk sukaneka.. 
kan heaven je zaman tadika kan? takda nak pikir banyak sangat masalah. setakat gaduh mulut je ngan kengkawan. esok ke petang ke dah baik balik.. main baling selipar, main rounders, main teng-teng, main polisentri sama-sama.. mana nak pikir sangat kan?? balik dah senja kena marah. mandi, makan, tido. esok benda sama lagi... 

kan best je... 


tengok, aku ingat lagi kan zaman aku tadika. zaman belum akhil baligh. zaman takpenah tengok komputer.. zaman takda fesbuk... zaman tak payah nak fikir banyak masalah kan???



ok, tu je. sekian......



KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

1 comment:

  1. Benda yg paling aku ingat... aku cubit sorang budak secara konsisten sbb dia pukul adik aku. Sampai gugur air mata jantan bdk tu muahahaha... Tapi rupa-rupanya dia bukan pukul adik aku, dia pukul nyamuk... hehe..

    ReplyDelete