Friday 5 August 2011

CIKGU OH CIKGU

assalamualaikum semua... lama betul aku tak update blog aku ni kan? sorry guys, bukan sengaja.. aku busy 'bangat' la ni... cuti semester kali ni aku berpeluang kerja part time.. jadi cikgu ganti di SMK BAHAU... alhamdulillah... rezeki aku kot... daripada ramai yang mohon, nama aku tersangkut pulak... alhamdulillah... dah 3 minggu aku mengajar sana...
masa aku di interview oleh pegawai PPD (pejabat pelajaran daerah) jempol, aku diberitahu akan menggantikan cikgu yang cuti bersalin.. aku kena ajar sains... ok la aku rasa, boleh lagi la aku rasa sebab tak jauh sangat dengan bidang yang aku belajar sekarang.. bila aku dah lapor diri kat sekolah tu, terkejut tenok aku sebab aku diberitahu kena ajar matematik...
serius, pucat lesi aku... aku tak reti math ni... gila.. aku memang dah nekad, kalau kena ajar add math, memang aku balik je.. tak nak aku... mana aku berani nak ajar add math.. ni bukan kecik tanggungjawab weh, mendidik ni satu tanggungjawab besar... tapi lepas jumpa pihak pengurusan sekolah, aku diberitahu kena ajar matematik tingkatan 1 & 2 dengan pendidikan seni... ok la kot... sebab math form 1 & 2 aku boleh kawtim lagi.. so, aku pun sahut la cabaran tu..
mesti korang ingat kerja cikgu ni senang kan???? kalau korang fikir senang, meh sini aku bagi tarbiah sikit... nampak je kerja cikgu ni macam senang tapi sangat SUSAH ok... banyak gila kerja.. ada yang cakap jadi cikgu pukul 2.40 dah boleh balik... memang la, tapi pukul berapa pulak cikgu-cikgu ni masuk kerja? mungkin masih ada dalam kalangan yang bukan cikgu-cikgu ni masih bergulung dalam selimut lagi tapi cikgu-cikgu ni dah kena pergi kerja... kena masuk kerja sebelum pukul 7.20 pagi okey... memang patut la balik pukul 2.40... korang jangan ingat tiap-tiap hari boleh balik pukul 2.40, selalunya ada je mesyuarat la, taklimat la..bagi cikgu-cikgu yang pegang kelas peperiksaan kena stay pulak untuk kelas tambahan... besar okey pengorbanan cikgu-cikgu ni... dah tu banyak lagi kerja yang cikgu-cikgu kena buat. rancangan mengajar, rekod kehadiran, minit mesyuarat dan sebagainya... memang banyak okey...
okey, sekarang aku nak cerita pengalaman aku handle students... alhamdulillah, setakat ni aku masih boleh sabar lagi dengan karenah students yang memeningkan ni... aku kena ajar 2 kelas form 1 ngan 2 kelas form 2.. 1 kasih, 1 cekal, 2 ikhlas ngan 2
Bakti... setakat ni 2 Bakti je yang aku rasa senang nak dengar arahan... yang lain tu datang sekolah just untuk cukup syarat je... buku tak bawak, kerja rumah tak siap... secara jujurnya, tahap diaorang ni memang sangat lemah.. asas dari sekolah rendah dorang memang sangat lemah... tambah ngan tolak pun dorang masih lemah... kalau kelas 2 ikhlas tu ada yang tak reti membaca pun ada... macam kelas pemulihan pun ada... kadang-kadang aku rasa nak ponteng je dari masuk kelas dorang, tapi aku sedar, ni amanah yang aku dah terima.. jadi aku kena laksanakan sebaik mungkin.. kalau boleh aku nak tengok semua students aku lulus dengan cemerlang nanti... aminnn...
secara jujurnya, tak semua cikgu yangg sanggup mengajar di sekolah macam ni... aku memang tabik spring la kat cikgu-cikgu SMK BAHAU ni... aku memang puji la hubungan sesama rakan sekerja... walaupun aku cikgu ganti dan paling muda kat sekolah tu, tapi aku tak rasa terasing pun... dorang banyak bagi tunjuk ajar kat aku... memang tak terbalas segala budi dorang...
bayangkan, rancangan mengajar harian tu tak pernah aku buat selama ni, tapi dorang tunjuk aku satu persatu... alhamdulillah, aku dah mahir buat semua tu.. tak susah, tapi leceh... rumit.. setakat ni aku dah belajar macam-macam benda yang tak pernah aku belajar selama ni...
okey la.. aku dah penat menaip ni... esok aku nak cerita pulak kerenah-kerenah students ni...
assalamualaikum semua... selamat menjalani ibadah puasa bagi semua umat islam...

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

No comments:

Post a Comment