Monday, 1 July 2013

JADI CIKGU SEPANJANG 2012

assalamualaikum..
mungkin korang akan bosan & cakap 'eleh, takda modal lain ke nak update blog.. balik-balik cerita pasal sekolah..lagipun cerita tahun lepas kot?'
aku jawab 'sukati aku la.. blog aku' wahahahahaha.. so, tanak baca?, ala, baca la.. baca la.. baca la..*baca dengan intonasi ayu ketika berjaya buat ehsan tertidur masa dalam keta tu.. apa? tak tengok teduhan kasih? isyhhh.. rugi-rugi*

kehkehkeh..
kepada sesiapa yang tak tau lagi, sepanjang tahun 2012 boleh kata aku jadi cikgu je & di sekolah yang sama.. kenapa sekolah yang sama? jangan tanya aku.. tanya la kepada pegawai yang in charge.. aku sekadar kuli secara upah harian je.. heh!

ok, hari ni disebabkan aku malas nak taip panjang-panjang, aku nak upload gambar je.. sila la tengok sampai muntah ye.. ape tengah makan??? saje je aku sebut perkataan tu masa korang tengah makan.. memang saje je.. hahaha.. dengki punya pasal kan? kan?

Ni dalam kelas 2 cekal tahun 2012.. sila abaikan tanduk di atas kepala cikgunya ye.. dorang semua memang best.. macam-macam ragam

muka kena terjah dengan wartawan hiburan. yang berdiri tu adalah ketua kelas 2c time tu.. sangat baik.. selalu tolong aku.. rajin budaknya

boleh je nak anggap yang tema kelas dorang adalah tema buat tanduk masa bergambar

dorang bertiga ni selalu tegur aku walaupun aku dah tak ajar dorang lagi maa kat skolah tu.. pernah je masuk kelas aku masa aku ngajar sebab nak borak dengan aku.. nampak tak betapa aku disenangi ramai.. ok, riak sangat kan

ni kelas 1 adil. dorang tengah jawab exam paper aku kot masa ni kalau tak silap.. baik je dorang time ni sebab mata aku liar je cari sapa yang meniru

kuiz matematik sempena minggu matematik 

izawan tengah jalankan cabutan nombor soalan masa kuiz spontan minggu matematik

sapa cakap masuk peraduan takda hadiah?? ni la hadiah untuk pemenang

tengok, betapa bersungguh -sungguhnya cikgu-cikgu ni menyusun hadiah untuk pemenang

pengetua SMK Bahau menyampaikan hadiah kepada pemenang

Ni masa aku ngajar PPKI hari tu.. projek sempena bulan patriotik tahun lepas.. buat bendera  Jalur Gemilang untuk digantungkan.. cikgu sama dengan pelajar bekerjasama.. tengok siap ada yang meniarap lagi semata-mata nak lukis sama-sama.. sweet kan? kan?

ni la hasilnya.. saya bangga dengan diri saya sebab saya yang lukiskan bintang itu.. cantik tak? cantik tak??? hahaha

suasana kelas Tekun rasanya kalau tak silap.. belajar pasal warna dalam english masa ni kalau tak silap

sesi mengagih duit raya.. tak boleh blah betul kak faezah dia pun nak jugak.. haha

dua orang ah long yang berjaya

petani moden =)

mampu sambil buat kerja sambil buat peace? mampu?

atlet berjaya SMK Bahau.. aktif gila kot.. laju gila dia lari.. tapi kalau lari ngan aku, sah sah la aku juara.. *ok tipu*

isvaran namanya kalau tak silap

supersenior kat PPKI masa tu.. tapi dia sangat la humble.. sangat ok.. baik dia ni.. cakap sopan santun je.. selalu aku  sakat dia sebut nine (9) sebab dia pelat nak sebut tu.. but, he is so humble =)


ok, tu je yang aku nak update..
ok bye.


KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

No comments:

Post a Comment