Monday, 8 July 2013

AKU NI DAH KENAPA?

Assalamualaikum. Selamat Sejahtera.. Selamat Hari Isnin. Selamat hari bekerja.. selamat hari belajar. selamat hari-hari. 

ok, berdasarkan tajuk mesti ada yang pikir aku ni dah nyanyuk ke ape kan? 

ha ha ha ha ha.. salah. tettttt..



ape? aku nak kawen? tetttt salah lagi.. 

ok, gara-gara aku telah terpengaruh dengan cerita A Gentleman's Dignity yang sangat best itu, aku jadi terpengaruh dengan budaya makan dorang.. 
kalau korang semua perasan, mana-mana cerita Korea mesti akan highlight scene makan dorang.. dorang akan sangat menghayati makanan dorang.. cara makan dorang sume tu.. walaupun nampak gelojoh & kurang sopan, tapi tetap nampak menyelerakan (walaupun rasa tah pape la kan.. aku tak pernah rasa lagi setakat ni).

bijak betul pengarah drama-drama korea ni promosi budaya makan & makanan dorang sampai sape yang tengok mesti teruja nak rasa & ikut cara dorang makan tu kan? ke aku sorang je camtu? eleh, tipu la kalau korang takda feeling-feling nak makan cam korea kan? (walaupun banyak pork je tapi ade je menu dorang yang halal kan?)

kenapa la drama Melayu tak macam tu pun.. kalau bab makan @ penyediaan makanan je mesti nampak pelik.. mana tak pelik, scene siapkan makanan je ada potong sawi, carrot, bawang yang sangat banyak. tapi bila scene makan je benda tu semua tak ada pun atas meja (oh, dorang buat jus barangkali.. heh)


ok, berbalik kepada tajuk 'Aku Ni Dah Kenapa?', tahu tak yang aku sekarang sangat suka surf pasal sudu Korea.. dah kenapa pulak kan ngengada nak surf pasal sudu korea ni kan? banyak je sudu kat econsave tu kan? tapi tu lain. tak sama. hahaha.. dah sah-sah la aku ni jenis ngengada.. biarlah..


kenapa aku nak cari pasal benda ni? 

Nampak tak panjang nya sudu itu? Unik kan? 

Mana nak cari benda camni kat Malaysia kan? 

aku ada survey harga set sudu itu kat internet.. mang oi.. MYR 200.. nak beli? nak? baik aku beli coki-coki.. banyak boleh dapat...

benda ni sangat unik kan? walaumacam mana pun kan, aku mesti nak kena dapatkan benda ni 1.

sape nak pegi Korea dalam masa tedekat ni??? bagitau eh.. aku nak kirim benda  ni 1 set.. 
tak pun, sape nak belanja aku pegi Korea untuk beli benda ni? lepas tu kita balik.. ok tak? ok tak?

Jom pegi Korea.. heh!!

ok bye!

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

No comments:

Post a Comment