Sunday, 24 May 2015

ROTAN

Assalamualaikum & hello there..
sorry hampir setahun aku tak update blog. dah berkerak dah blog ni.
 ye ye saya tahu saya tak berapa nak rajin.
ye tahu!!!!

baiklah, untuk tak menjadikan blog ni sepi lagi, aku dah buat keputusan nak update blog ni... wahahaha... 
silalah baca kalau rajin. kalau malas?
 ada aku kesah? 
orang malas selalu rugi... (ala ala ustaz ko... hambik)

sebenarnya, takda cerita sangat pun nak kongsi. 
oh ye, majoriti group member SNSD @ So Nyuh Shi Dae @ Girls' Generation dah couple (T_T)..
Oh my Taeyeon (Kpop sangat ko.. kesah pulak aku)..a

ok, back to reality...
hari ni semak timeline kat FB aku pasal sorang artis ni yang komen kata rotan dah tak releven dengan student sekarang. 
aku taknak komen statement dia tu sebab dia bebas nak bagi pendapat kan? sebab ni negara demokrasi. 
Kami nak harga topup kembali kepada asal.. kami nak suara kami didengari!!! eh???
ok apa? kata negara demokrasi..

ok, kembali pada topik asal.
perlu ke rotan ni di sekolah?
pada aku perlu.. yes PERLU!
kenapa? eh kau belum ada anak lagi.. mana nak tau perasaan mak bapak bila anak kau kena rotan? rosak kulit anak i.. i sendiri tak pernah jentik anak i.. inikan pulak kena rotan.. i saman u...
kussss semangat.. 
itu lah realiti yang guru perlu hadapi sekarang bila berkaitan dengan ROTAN!
sedar atau tidak, kebanyakan ibu bapa sekarang sering fikir yang GURU tu merupakan pengasuh a.k.a nanny untuk anak-anak mereka ketika mereka keluar bekerja. Eh kak, hello... baca balik, saya tak cakap pun SEMUA.. saya tulis kebanyakan ok.. gheti???
bila jadi macam ni, sedar tak yang anda dah merendakan dan memperlekehkan profesion GURU. 
untuk makluman pada yang tak tahu, GURU yang berkhidmat di sekolah kerajaan merupakan kakitangan kerajaan & jawatan mereka adalah PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN.. di ulang, PEGAWAI ok!
please show some respect at least! they are not your childs' nanny okay. READ MY LIPS!!!

jadi berbalik kepada soal rotan tadi, perlu ke tak? sekali lagi, PERLU. 
bukan la maksudnya cikgu-cikgu boleh sewenang-wenang nya rotan anak cik puan encik semua sesuka hati tanpa sebab. itu gila & celaka namanya. bukan la kata kalau anak tu tertidur dalam kelas terus nak dirotan atau anak lupa bawak buku latihan cikgu pergi rotan. tu mental nama nya..
mungkin boleh di kaji pasal rotan ni, guru guru perlu diberi kursus khas mengenai pelaksanaan hukuman rotan ni. bukan main balun sesuka hati je kan?

saya tak tulis pun yang semua cikgu tu baik, semua ciktu tu takkan melakukan kesilapan, atau semua cikgu tu malaikat. takda pun ok. apa yang aku cuba tekankan kat sini, hampir semua cikgu takkan rotan sesuka hati tanpa sebab. 
kenapa? cikgu telah dilatih untuk mendidik. sebab tu mereka belajar ilmu pendidikan. cikgu mana yang nak tengok anak didik dia gagal? atau rosak akhlak? 
bagi yang tak tahu kerja cikgu ni macam mana, mohon mintak jadi cikgu seminggu dan rasa mengajar selama seminggu.
jangan mohon mengajar di sekolah elit yang kehadiran 100% setiap hari tu. 
sila masuk dalam sekolah yang jadi sekolah angkat polis atau sekolah yang pelajarnya banyak melakukan jenayah & ada rekod polis. 
lepas tu, jangan masuk kelas pertama je, 
cuba masuk kelas hujung yang majoritinya bermasalah. yang jenis kaki letak atas meja masa cikgu tengah mengajar, 
yang jenis menyanyi kuat-kuat masa cikgu tengah mengajar, 
yang jenis ponteng kelas, yang jenis tarik tudung pelajar perempuan depan dia sampai tudung tertarik belakang & budak tu menangis.
masuk la kelas macam tu..
ye betul. guna psikologi.. betul, itu salah satu cara mendidik. betul. 
kenapa? ingat cikgu ni terus sebat fonggong pelajar tu dengan rotan je?
cikgu akan tegur & akan bagitahu kesalahan pelajar tu sebelum tindakan rotan di ambil.

dapat bayangkan? 
sekarang bayangkan, dalam kelas tu ada 30++ pelajar, 
perangai lebih kurang sama je masing masing (macam yang aku sebutkan kat atas tu). 
kau perlu mengajar sebab ada silibus yang perlu dihabiskan.. 
pelajar kau majoriti tak reti baca. 
kalau boleh baca pun, 2 suku kata boleh. perkataan yang ada 3 suku kata dah tak boleh baca. 
kau rasa?

mungkinla (akau rasa) parents sekarang fikir semua sekolah tu sama macam kat tv tu. budak budak baik je bila cikgu takda dalam kelas. buat ulangkaji dalam kelas..
takda pun yang couple-couple dalam kelas. semua baik je.
betulkan persepsi ni. 

anak-anak anda sekarang lebih terdedah kepada bahan bahan yang mudah merosakkan macam dadah, porno, samseng & sebagainya. 
kalau tak dibendung, kerosakan besar bakal anda lakukan (major damage).

tu la sebabnya aku rasa rotan tu perlu. & guru guru wajib diberikan latihan & arif tentang peraturan, etika & adab merotan. 
parents pun, kalau anak anda baik & mendengar kata, kenapa nak takut dia bakal dirotan? ke memang rasa dorang kaki buat masalah kat sekolah? 
ehhh... saya agak je.. aduiyai nya pun.

apa-apa pun, selamat hari guru kepada semua guru di Malaysia terutamanya guru-guru yang pernah mengajar saya selama ini.
jasamu cikgu, tak dapat saya balas sampai bila-bila.
terima kasih cikgu


KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Wednesday, 17 September 2014

KAU NI DAH KENAPA?

Assalamualaikum.
Salam sejahtera.
selamat malam.

pejam celik pejam celik dah hampir setahun aku tak update blog aku.
saje je.
takda apa sangat pun nak kongsi kan.
busy dengan study. (oppppssssss.. hidung jadi panjang macam pinokio).

apa eh nak kongsi?
jap....






















jap.....



















jap eh. pikir jap.......................































kejap la... isyhhhhhhhh.. apa kalut sangat ni.







































































































zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz












































bahahahahaha... takda benda nak kongsi. tu je.

ok bai.
KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Tuesday, 24 December 2013

KENAPA AKU BERBLOGGING?

Assalamualaikum semua. salam sejahtera. 
Amboi kau, tajuk... bajet sangat.. 
hahaha.. kesah pulak aku kan? dah nama blog pun nama aku. sukati aku la. nak tajuk lain letak la kat blog sendiri. ok. start melalut dah. ampunnnnn..



pernah ada orang tanya aku. 
'kenapa kau buat blog? nak femes la tu!'
kau, statement! memang mintak tapak kaki yang dah merekah sikit ni kan. takpe-takpe.. sabar. jangan terpedaya dengan hasutan syaitonnnn tu sham.. sabar! sabar!
ok, aku jawab soalan itu dengan penuh berhemah. tengok ni.
sebab utama aku ada blog adalah sebab aku saja mengengada. menjawab soalan tak tu?
nak huraian panjang? ok. boleh je. macam ni. mula-mula dulu aku buat blog ni sebab ramai member aku ada blog. aku pun teruja nak ada blog jugak. maklum la blog dorang best gila bila aku baca.
so aku terpengaruh la. maklumla. aku ni kan manusia biasa. insan yang lemah. mudah terpengaruh. 
so, aku pun buat la satu. cuba tengok balik awal-awal post aku dulu. macam bengong kan?
macam tak nak baca je kan.. serius, aku pun menyampah gila bila baca post aku yang dulu-dulu. kembang tekak okay! serius ni. tapi ye la kan. terlajak perahu boleh u-turn balik. tapi terlajak post dekat blog, sayang pulak nak remove. padahal boleh je nak remove. tapi sebab sayang nak remove. saja nak simpan sebagai kenangan.. esok-esok bila anak dah ramai boleh la dorang baca blog aku & gelakkan aku. haaaaaa.. meriah hidup aku time tu. sambil melayan kerenah cucu-cucu kat halaman rumah. 
eh???? kenapa boleh terlajak imaginasi aku sampai ke sini? maapkan saya...saya insan yang lemah.
ok, kembali kepada soalan tadi. aku tak pernah buat blog ni untuk di uar-uarkan kat orang lain. tak pernah aku promote blog aku kat orang. tak pernah sekali pun aku share blog aku ni kat fb ke. tak pernah. cuma aku letak sebagai website aku dekat details twitter & instagram aku je. sebab kat situ tak ramai pun followers aku.



memang aku dulu buat ni hanya untuk bacaan peribadi je. choyyyy.. bukan untuk jadi blog tak senonoh okay. bila sebut peribadi je mesti korang terpikir ke situ. eh, ke aku je yang pikir? 
serius, tak pernah pun aku pegi instagram artis ke ape, then aku post comment suruh orang visit blog aku. 
geli aku.
nampak terdesak gila weh. biarlah visitor blog aku 2 ke 3 orang je pon. 
biarlah. aku senang macam tu. tapi, ramai jugak member aku yang dah tau kewujudan blog aku ni. cammana la dorang tau pun aku tak tau. tapi takpe. selamat membaca blog aku yang tah apa-apa ni. silakan komen kalau sudi. =)

ada jugak orang tanya aku taknak ke letak iklan yang boleh dapat income semua bagai tu kat blog ni. senang je jawapan aku. gila ke ape? visitors 2 ke 3 ketol je takkan la nak letak benda tu. buat kena gelak kat orang je.
tunggu la bila visitor dah cecah angka yang ribu riban tu nanti, maybe aku letak la seketul. *hamboi. cita-cita, tinggi macam soo wincci* eh tetiba..

sepanjang beberapa tahun aku blogging ni, ada la beberapa feedback yang aku dapat. selalu yang komen kat post aku abg Zahari la. dia support aku sungguh. terima kasih. selalu dapat feedback positive dari dia. pernah dapat komen yang positive dari siapa pun aku tak tau. sebab dia tak letak nama. 

"Setuju!!! satu hari saya yakin blog nie pasti jadi terkenal...awak memang terbaik dalam idea dan penulisan...tahniah"



komen tu bukan aku reka eh. memang ada orang post. masuk dalam email aku. tapi sayangnya aku tak tau sapa orang tu. kalau tau aku suruh dia belanja teh o ais. hahaha..

komen kedua yang aku dapat dari seorang ibu. yang ni tak da kat blog. tapi aku dapat email. yang ni untuk post aku pasal pengalaman aku mengajar kelas PPKI hari tu. terharu aku bila dia email. sangat menyentuh hati. 


"Saya baru baca coretan cikgu. Saya sebagai ibu yg ada anak sydrome down dan belajar di kelas PPKI selalu mengharap guru guru dan semua org tak perlekeh dan ambil mudah anak anak kami. Sebagai ibu kami juga nak lihat anak kami berpendidikan walau tak sehebat murid di aliran perdana. Harap cikgu nanti dpt berikan idea dn bantuak kpd anak anak ni. Harap adik (cikgu) akan berjaya dlm kerjaya ,pengalaman yg dtg adalah rezeki dn anugerah Allah supaya kita sedar kekurangan dn kecacatan bukan masalah tetapi anugerah. Terima kasih"


 serius, aku rindu nak ngajar PPKI balik. rindu nak jadi cikgu ganti balik. 



tu antara feedback yang aku dapat sepanjang blogging ni.. terharu gila kot. terima kasih pada yang sudi komen selama ni. thank you a lot.. muah muah.. 
kalau ada yang nak komen, dialu-alukan. tapi, kalau guna nama anonymous, letak la nama korang juga eh. at least aku tau sapa yang komen.. =)


tu je la sikit sebanyak yang aku nak kongsi hari ni. tapi, back to the question today. aku blogging bukan untuk femes. bukan untuk cari publisiti. sekadar kepuasan sendiri je. kalau ada yang nak baca silakan. tak ada yang nak baca, aku tak kisah. 

last sekali, dah lama aku teringin nak post benda ni. tapi tak jumpa sebab utama untuk post benda ni. tapi sebab nak post jugak, aku post jugak la.. (kenapa macam berbelit-belit je aku punya ayat ni? lantak la)



terima lah....,

Macam cantik je. Macam comel je...
kredit kepada pencipta ayat fenomena ni. ape tah nama budak tu. tu la benda yang dah lama aku nak post tapi tak ada entri yang sesuai.. 
haha. sekian, 



KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Thursday, 14 November 2013

HIDUP AKU SEKARANG

Assalamualaikum & salam sejahtera.

"apo toh lamo bona tak hapdet belog kau ni jang oi?" bisik aku. 
heh     -_-'
kenapa aku malas sangat nak update blog?
jawapannya........















entah la.. dah memang naturally aku pemalas. memang bila sikap malas tu datang bertimpa-timpa, macam ni la jadinya.. *sila lah jauhi sikap malas*

ok, bek tu de topik *back to the topic*
hidup aku sekarang. wooooooooooo..
sekarang ni aku ada BMW 3 series 5 bijik. banglo 2 bijik. hartanah lagi. akaun yang banyak kosong kosong kosong kosong kosong kosong!!!
heh. ok aku tipu. i wish that one could be real. memang aku pegi pinang miss world terus.


sekarang ni bila bergelar students balik memang semak kepala otak okay. banyak sangat benda nak kena pikir. serius banyak sangat benda nak kena pikir. tapi aku tak boleh merungut sebab ni la pilihan aku. memang ni kehendak aku. i love what i'm doing right now
rutin harian aku lebih kurang sama je hari-hari. isnin sampai jumaat aku kena pegi Fakulti. wajib. sebab aku jadi RA. dibayar upah. so, memang aku kena buat kerja-kerja RA untuk supervisor aku since dia yang bayar upah aku. mostly kerja-kerja RA aku memang related dengan apa yang aku buat untuk master ni. memang takda beban sangat pun. kill 2 birds with one stone. kannn???
rutin aku isnin sampai jumaat lebih kurang je. bangun 5.30 a.m golek-golek dulu sementara mata bukak abes, 6 a.m bangun p mandi. siap-siap buat apa yang patut & wajib, pukul 7.20 aku dah keluar rumah dengan segaknya *aku kena pegi fakulti pakai formal. maun tak segaknya* tunggu bas. maklum la tak mampu nak beli kereta, so sapa yang baik sangat tu nak bagi pinjam kereta sila kan la.. kecik tapak tangan, stadium old trafford aku tadahkan. tapi kebelakangan ni aku selalu pegi kerja dengan Nurul (kawan sama mencari rezeki dengan aku). punch card, lepas tu duduk la workstation samapi pukul 5. kalau rajin sangat aku pegi la lab. sebab lab tu jauh sangat dari workstation aku, tu yang jarang aku pegi. pegi lab bila perlu je. *padahal lab tu 5 ke 6 langkah je dari workstation tu.* -nampak tak memang aku naturally malas???? nampak tak???

camtu la. balik je memang kompem penat. selalunya pukul 10 malam aku dah tido. esok rotate benda yang sama. sabtu, ahad & cuti am je je jadual aku lain sikit. selalunya lepas subuh aku sambung tido balik. sampai la dengar akak sebelah menjerit kat anak dia. masa tu la baru aku bangun. lepas tu lunch, lepas tu tido balik. macam tu la.. macam mana la tak 'tough' sekarang kan? hahaha.. 

tiba-tiba nak nyanyi lagu ni:

Lirik Lagu Kalau Aku Kaya – Altimet feat. Awi Rafael
Kalau aku kaya
Kalau aku kaya
[Altimet]
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
[Altimet]
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar
Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter
Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya,kaya
Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)
Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)
Kalau aku mampu
Buat suka hati aku

p/s: aku copy lirik lagu ni dari internet je pon. 

tu je pon nak kongsi. 

ok bye...

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Wednesday, 2 October 2013

BUDAK HOSTEL

Assalamualaikum semua.
Busy ke? sorry ganggu semua. cehhhh, dah macam hantar mesej kat orang je. okey, hari ni tergerak hati nak mengimbau kembali kenangan lama di tempat yang mengajar aku berdikari bila berjauhan dari keluarga, tempat yang mengajar aku banyak benda baru. mengajar erti kehidupan. 

wei, bukan penjara la. bila cakap macam tu je mesti korang nak ingat penjara je. aku ni punya la baik orang nya. haha. ok, tak kelakar kan? takpe. tanak gelak aku tak kisah pun. :p

sebenarnya tempat yang banyak mengajar aku benda-benda ni semua adalah asrama tempat aku sekolah dulu ok, aku mulakan dengan kisah macam mana aku boleh masuk sana. Disebabkan keputusan UPSR aku boleh dikatakan agak baik jugak la bagi pelajar luar bandar macam aku, aku dapat offer untuk masuk asrama sana & ditawarkan aliran rancangan khas. apa tu? entah la. ala-ala program untuk budak-budak yang suwit-suwit je kot. hahaha. ok, tak lawak lagi kan? 

aku tak penah pun apply nak masuk sini. aku syak ni semua kerja cikgu Rahmat masa aku sekolah rendah dulu. tau-tau je, dapat surat tawaran je. aku pun apa lagi, on je la.hahaha
mula-mula masuk asrama dulu mesti la cuak. aku pergi sana daftar sekali dengan Farina @ Fena. kitorang 2 family naik 1 van. then, masuk je asrama lepas tu daftar aku dimasukkan ke Dorm 3. sebelah toilet ok. 

then, aku diuruskan oleh Azim & Botak. dorang la yang handle & kemaskan locker aku. suwit tak dorang? hahaha.. geli tekak okey. then, aku sekolah petang. yang tak best sekolah petang ni adalah aku cepat ngantuk.. stim je mata nak masuk kelas weh.. benda normal kan? 
aku ingat lagi, sepanjang minggu orientasi aku dulu, macam-macam benda aku kena. kena tiup lampu sampai padam (gila nak mampos kan?). kena tabik gambar sapa dah aku tak ingat. kena ketuk meja nak bagi semua orang senyap lepas tu buat announcement nama sendiri la (bengong tak arahan dorang). lepas tu paling aku tak boleh lupa aku kena nyanyi kat sorang akak ni (macam mana la dorang boleh tau suara aku sedap macam suara Jamal Abdillah pun aku tak tau la). 
tau tak orang yang paling susah sekali nak dapat tandatangan dia (semua budak orientasi tu kena amek tandatangan senior baru tak kena denda) adalah Kak Bear & abg Zahari. Kak Bear orang terakhir bagi tandatangan. tak boleh blah betul bila abg Zahari siap hasut kak Bear jangan bagi tandatangan kat aku lagi. ok, kejam dia kan? *sambil urut-urut janggut sejemput aku ni*. 
tapi, akhirnya penuh jugak kertas tu. semua nama senior aku dapat tandatangan dorang. aku tak kena denda. heh.

tau tak, senior time aku form 1 dulu macam-macam perangai. aku duduk kat dorm 3 tu memang dekat dengan pintu katil aku. bila dorang lalu, sah-sah la dorang akan nampak aku dulu. bila je time kejut nak bangun subuh, macam-macam style dorang buat okey. ada yang kejut pakai tangan, pakai jentik air kat muka, ada yang pakai kaki okey. aku ingat lagi sape. nama aku tak boleh sebut. nanti boleh sebab kan gaduh. haha. tapi paling best, aku dikejut macam putera raja. abg Zahari & abg Hazrie yang kejut camtu. "dik, dik. bangun. bangun pegi surau. subuh ni." sejuk je jiwa aku time tu. dorang akan kejut aku on the way dorang nak gi toilet tu. 

tapi, kat asrama ni aku belajar banyak benda yang positif. belajar hidup berdikari. akhirnya, aku jadi la apa adanya aku sekarang. kawan-kawan dah macam ahli keluarga sendiri. kitorang rapat gila kot. kitorang kawan sampai sekarang kot. rapat sampai sekarang. walaupun ramai je yang dah beranak pinak. 
banyak benda kot aku nak kongsi, tapi terlalu panjang nanti. tengoklah, kalau rajin nanti aku update lagi. 

ni antara gambar aku kat hostel dulu. masa aku masih lagi slim dulu. sila la enjoy..
Rizal, Zabed, Aku

Dorang semua muda setahun dari aku

kitorang kawan baik sampai sekarang. kecuali budak kecik depan tu. anak sapa tah tak tau

aku & sabri


:: sapa-sapa senior dulu yang rasa bersalah sebab buli aku, kalau rasa nak mintak maap, boleh contact aku. face to face amat dialu-alu kan. kenny roagers satu set sebagai pengeras::

ok, that's all. thank you. 
bye

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Tuesday, 1 October 2013

INGLISH EDUKESYEN (ENGLISH EDUCATION)

Assalamualaikum semua. Salam sejahtera semua.. 
ok, mood nak update blog sudah mari. mari kita update blog. *bring it on bebeh*

English education. yeap. tu la yang aku nak share hari ni. Dulu masa aku sekolah, subjek yang paling aku tak suka adalah ENGLISH.. aku paling tak suka nak masuk kelas bila waktu ENGLISH.
kenapa? sebab aku tak berani nak bercakap dalam Bahasa Inggeris (BI). serius. aku paling tak suka nak cakap BI. Aku tak reti nak buat ayat lengkap dan keluarkan ayat tu dari mulut aku. 
esei aku manjang kena 'REWRITE' je. mesti. kalau soalan test atau exam je, mesti aku lulus sebab soalan objektif (dengan izin Allah). *aku memang handal bab-bab meneka soalan objektif ni* betul. selalu aku diselamatkan dari fail sebab markah objektif aku agak tinggi. padahal tu aku hentam je. 
dulu masa sekolah menengah, aku sekolah kat PD (SDASA yang kami cinta, kucurah bakti setia... sekolah ni pelajar dia majmuk. so, ramai la non-malays dalam kelas aku ni. dorang memang la terror BI.. kencang gila weh bila speaking.. kelas kitorang 27 orang masa aku form 4 & form 5. korang boleh je anggap aku punya kedudukan 23 sampai 27 tu.. aku dalam kelompok tu la bila subjek BI. serius. I HATE ENGLISH. 

tapi, sebelum aku SPM, ada seorang cikgu ni borak dengan aku masa kitorang tengah berlatih pantun *untuk makluman, kehebatan aku berpantun masa sekolah dulu memang diakui okey.. nampak tak aku cuba nak berlagak kat sini. ok, abaikan*. 

cikgu : subjek apa yang awak paling tak suka? Mesti sejarah kan? (cikgu ni ajar sejarah)
aku : Tak la cikgu. saya minat sejarah. saya paling tak suka BI. kalau boleh saya nak drop subjek ni je cikgu.
Cikgu : laaaa, kenapa pulak? awak kan kelas 5a5 (Biologi) mesti la awak terror BI. 
Aku : tu la masalah saya cikgu. dorang suma terror BI. saya tak. saya rasa rendah diri sangat cikgu. 
Cikgu : kenapa nak rasa rendah diri? awak kena berani. awak cakap je BI. berterabur pun berterabur la. 
            yang penting awak berani. bila awak berani, awak pun yakin nak buat ayat dalam BI. 
*ada lagi perbualan lepas tu yang aku tak berapa nak ingat*

aku mulakan nak minat BI ni dengan dengar lagu Inggeris. lagu kumpulan N'sync, BLUE, Linkin Park, Britney Spears dan lain-lain lagi. 
belajar dari lirik lagu. banyak benda yang aku tak tau maksud, aku cari kat kamus. sebutan dia, aku dengar la kat lagu tu. dari situ aku makin suka BI. aku ingat lagi pesan cikgu BI aku, bila buat summary, awak buat kotak-kotak tu. senang untuk pemeriksa tu kira patah perkataan awak nanti. 

Alhamdulillah. Dengan izin Allah, aku dapat 1A untuk BI aku. memang macam mimpi la. ramai gila yang tak caya aku dapat BI 1A. 

sekarang, aku dah minat gila BI. asal nak marah je mesti nak guna English je *nampak tak aku poyo kat situ* hahaha
moral dia kat sini, kalau orang lain boleh buat, kita pun mesti la boleh buat. walaupun kita bukan budak bandar, kita pun boleh je nak speaking lebih baik dari budak bandar. asalkan kita boleh lawan ketakutan kita nak speaking tu. 

buat bekas anak murid cikgu yang terbaca post cikgu ni, cikgu tau awak semua mengalami masalah yang sama dengan cikgu. tapi, kalau cikgu boleh lawan ketakutan tu, awak pun mesti boleh jugak sebab kita sama je ada 2 tangan, 2 kaki, 1 hidung dan lain-lain. 

selalu ingat, English Education tu penting. kita akan lebih diyakini orang lain kalau kita boleh berbahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain dengan baik selain daripada bahasa ibunda kita sendiri. bukan la maksudnya kita kena lupakan bahasa ibunda kita. Nope! tapi, Bahasa Inggeris tu penting.. 


okay, bye!!! 
xoxo ( ngengada sangat kan? wahahahahaa)  


KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Tuesday, 24 September 2013

MEMOIRS OF TADIKA

Assalamualaikum & salam sejahtera..
Sorry lama tak update.. Bukan setakat dah berhabuk, tapi dah berlumut dah blog ni.. 
Almaklum la, tuan blog ni malas busy gila.. *ini semua poyo!*
Haaaaaaaaaa... Nampak tak aku busy?

Okey, back to the story!
korang ingat lagi zaman sekolah korang? Sure mesti ingat kan? TAPI!!!!!
KORANG INGAT LAGI ZAMAN TADIKA KORANG?
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Mana-mana yang dah agak otai tu memang susah la nak ingat.. *ok, paham-paham :p*
Tapi sebab aku ni yang sweet 17 ni, mesti la ingat lagi zaman aku tadika dulu.. 

Dulu aku tadika dekat Tadika KEMAS Serting 1. jauh weh.. dekat dengan sekolah rendah aku dulu. 
Dulu aku Tadika, sepatutnya aku masuk kelas Cikgu Tipah. tapi sebab aku takut tengok dia, aku nangis tanak masuk kelas dia.. lepas adengan ronta-meronta luar kelas sambil dipujuk oleh cikgu-cikgu tadika, aku pun masuk la kelas Cikgu Suraya.. 

Dulu aku ada geng pergi Tadika. 3 orang termasuk aku. hari belum cerah lagi kitorang dah pegi.. maklum la budak dulu tak sama dengan budak sekarang. budak dulu tahap independent dia lebih.. mak bapak memang percaya je kitorang umur 4/5 tahun pegi kedai beli sardin / megi sendiri.. 
Kitorang pegi pagi memang akan lalu shortcut. lalu jalan belakang rumah sorang acik ni.. sebab belakang rumah dia ada jambatan kayu nak seberang paya. ada sekali tu kitorang nampak ranting kayu kat tanah.. 
serius nampak macam ular je.. 
maklum la gelap lagi hari waktu tu.. dengan baju kotak-kotak merah & seluar hitam ada getah kat pinggang tanpa tali pinggang, kitorang pun menjerit la sebab ingat kayu tu adalah ular.. 
sekali acik tu sound, woiiii.. diam la, pagi-pagi buta dah memekak. anak acik nak tido ni. *untuk makluman, acik tu baru lepas pantang kot*

Tapi, sebab kitorang ni agak nakal, lepas je hari tu, asal lalu je kat rumah acik tu memang kitorang saje je buat bising.. menjerit-jerit.. *sila jangan tiru aksi ni kalau taknak kena saman .. zaman sekarang ni orang manjang nak saman je.. takda yang nak sound macam acik tu dah.. tau-tau dapat je surat saman kan?*

Ok, kembali ke plot dalam kelas.. oh, jap! sebelum masuk kelas, kitorang akan main kat playground dalam tadika tu dulu. main sampai gaduh-gaduh mulut baru masuk kelas.. tapi, playground kat tadika dulu takda la seceria sekarang.. warna-warni bagai.. horror okey.. gelongsor, jongkang-jongkit & buaian besi okey!  gelongsor tu dah berkarat. bawah tu memang bahaya.. sebab dah ternganga kat bawah.. kena kaki memang akan cedera la.. 
ditakdirkan satu hari tu, ada budak perempuan kaki dia luka teruk sebab kena gelongsor tu.. teruk jugak kaki dia.. tapi, tu semua tak menakutkan kitorang untuk main gelongsor tu jugak.. *memang dasar kepala batu kan?*

Dalam kelas pulak, kitorang akan belajar eja nama, kenal ABC, 123 dan belajar mengenal suku kata.. asal nak balik je kitorang mesti kena cari name tag nama sendiri tunjuk kat cikgu lepas tu letak balik kat tempat dia.. baru la boleh balik... 
Rehat pulak semua orang akan kena makan dekat tepi longkang.. tapi sebab budak-budak kan, mana la kisah sangat makan tepi longkang.. ok je asal perut kenyang.. menu pulak tak mewah macam budak tadika sekarang.. menu mesti kuih je.. kecik lak tu.. tapi disebabkan dulu aku slim makan banyak mana sangat.. cuba sekarang dapat makan banyak tu je, mesti aku dah ala-ala mengamuk tak tentu hala dah. 

paling best adalah waktu menyanyi dalam kelas.. Hooorayyyy sangat okey. aku ingat lagi kot nyanyi lagu anak kecil main api tu.. lepas tu nyanyi lagu labah-labah tu.. apa? tak pernah dengar? meh sini baca lirik ni..

satu labah-labah cuba panjat perigi,
bila hujan turun, labah-labah cepat lari,
terbit matahari air tiada lagi,
labah cuba panjat sekali lagi.
*sila nyanyi dengan intonasi yang betul & tangan buat gaya laba-labah sekali eh*

nampak tak betapa happy nya zaman tadika aku?

pernah dapat nombor 1 acara suai kan perkataan masa sukaneka. dapat hadiah tuppaware.. bangga gila dah tu.. pernah masuk tarian pom-pom untuk sukaneka.. 
kan heaven je zaman tadika kan? takda nak pikir banyak sangat masalah. setakat gaduh mulut je ngan kengkawan. esok ke petang ke dah baik balik.. main baling selipar, main rounders, main teng-teng, main polisentri sama-sama.. mana nak pikir sangat kan?? balik dah senja kena marah. mandi, makan, tido. esok benda sama lagi... 

kan best je... 


tengok, aku ingat lagi kan zaman aku tadika. zaman belum akhil baligh. zaman takpenah tengok komputer.. zaman takda fesbuk... zaman tak payah nak fikir banyak masalah kan???



ok, tu je. sekian......



KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN