Wednesday 22 June 2011

PERKATAAN PELIK & EKSKLUSIF DI DUNIA

assalamualaikum... tiba-tiba je teringat kenangan zaman kecik-kecik dulu.. kalau anda semua nak tau, ada beberapa perkataan pelik yang menjadi copyrights family aku je... hahahahaha (maksudnya, dewan bahasa pun tak boleh masukkan perkataan tu dalam kamus dewan).. nak tau apa perkataan tu?
  1. WATEPIR - ce teka apa maksud perkataan ni... oit oit... bukan lucah ok.. klu, ada kaitan dengan air.. ok la.. maksud dia air nescafe... perkataan ni muncul dari mulut abang aku.. arwah mak aku cite masa kecik-kecik dulu abang aku pelat... ada 1 hari tu ayah aku suh abang aku mintak air nescafe kat arwah mak.. lepas tu abang aku terus cakap "mak, ayah nak watepir"... mak aku pun ternganga.. lepas tu arwah mak tanya la ayah aku apa dia... baru mak aku tau yang watepir tu nescafe... terbahak-bahak aku bila arwah mak aku cite...
  2. MENTET - klu, takda kaitan dengan santet atau mentari.. hahahahaha... okey, maksud perkataan ni adalah (montel + comel)... perkataan ni wujud masa aku kecik lagi... tapi bukan aku yang masyhurkan perkataan ni.. tapi adik aku... kisahnya camni, masa arwah mak aku bersalinkan adik aku yang second last tu, ayah aku bagi la baby tu kat adik aku yang bawah aku ni... terus dia kata mentet... lepas tu nenek aku tanya ape tu? adik aku cakap, "ala mentet macam anak patung".. okey.. terus arwah mak aku dapat scan maksud adik aku tu...
  3. DNOH - bukan nama orang, bukan nama binatang... tapi nama lain bagi daun.. ni memang aku tak boleh lupa... masa adik aku nak masuk darjah 1, ada ujian untuk tentukan kelas mana sebelum kelas bermula.. masa tu ayah aku temankan adik aku tu... balik dari ujian tu, kitorang pun tengok la kertas ujian tu.. nak tengok berapa markah dia dapat... kertas ujian tu suruh isi tempat kosong.. ada gambar daun lepas tu tempat kosong tu camni D_ _ _. lepas tu bantai adik aku tulis DNOH... bantai kitorang gelak... sampai sekarang beliau kena bahan..
  4. BABUK - bukan mabuk.. bukan jugak bebal.. tapi bakul.. kejadian dia sama macam kejadian no 3. gambar bakul lepas tu isi tempat kosong B _ _ _ _.. kengkadang kitorang suka usik dia bila mintak dia amekkan bakul.. haha
  5. TANORAKU - kejadian dia sama dengan kejadian no 3.. tempat kosong tu gambar tembikai lepas tu tulis T _ _ _ _ _ _ _. bantai adik aku tulis TANORAKU... ayah aku pun tergelak tengok kertas ujian tu... bila aku balik je mesti aku bahan adik aku dengan nama tanoraku...
kepada sesiapa yang berminat nak guna perkataan di atas, sila bayar royalti ye.. hak cipta terpelihara tu..

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Tuesday 21 June 2011

PANAS... MENDIDIH... MENGGELEGAK...!!!!

assalamualaikum semua... maaf.. entry kali ni aku nak membebel pasal kemarahan aku hari ni... 2 orang manusia yang berotak unta betul-betul buat aku bengang... hangin 1 badan aku hari ni... okeyh... straight to the point... kejadian ni berlaku dalam pukul 11 lebih pagi tadi... lokasi sekitar kompleks PKNS (sekitar.. maksudnya dekat-dekat.. tak semestinya kat dalam ok).. hari ni aku keluar beli barang... tujuan utamanya aku nak beli gel rambut sebab gel rambut aku dah habis... so, aku gi la SEKITAR kompleks PKNS... rata-rata dah aku cari.. tapi jenama yang selalu aku guna tu takda... puas aku cari kat semua Guardian la pasaraya la.. memang takda... okey.. kat situ aku dah start angin kus-kus dah...
lepas tu aku amek keputusan masuk sebuah pasaraya ni.. kat tangan aku dah ada barang yang aku beli kat pasaraya lain... so, aku pun pegi la tanya kat kaunter tu " cik, boleh tak saya bawak barang ni masuk dalam?" dengan sangat sopan... lepas tu cik yang jaga kaunter tu cakaplah " jap saya tengok.. (dia belek jap barang yang aku beli kat tempat lain tu)... okey boleh bawak masuk encik.. "
aku pun masuk la dalam pasaraya tu... masa kat kaunter tu, ada 2 orang lagi penjaga kaunter ngan sorang guard... lepas tu, terus aku tuju kat tempat minyak rambut... aku belek-belek la.. tetap takda minyak rambut tu jugak... jadi, aku amek keputusan nak beli jugak la jenama lain... sebab depan mata aku banyak jenis gel ngan kegunaan & harganya, aku amek masa la untuk memilih.. tengah sedap memilih tetiba aku perasan yang guard tu masuk dalam jugak.. lepak tempat towel yang dekat ngan tempat minyak rambut tu... aahhh.. lantak la... aku ada kuasa memilih... sukati aku la nak pilih lama mana pun...
tiba-tiba dia datang dekat ngan aku... buat-buat susun minyak rambut tu... what the ****... ko tu jaga la wei... bukan sales assistant... ko ingat aku ni nak mencurik ke? usha aku macam aku nak mencurik pulak... siap jeling-jeling beg plastik aku lagi... apahal... ko ingat aku hadap sangat ke nak curik benda-benda tu???? memang cela** betul... tak pasal-pasal orang lain pandang aku macam aku bersalah pulak... kepala unta betul... jaga tu memang BOD** tahap -1... bukan dia tak perasan sebelah aku tu ada promoter produk syampu tengah susun barang... kalau betul la aku nak mencurik, dah tentu la dia nampak... yang membuatkan beliau nampak sangat BOD** tu, atas kepala aku ada CCTV... dah tentu la muka aku masuk dalam cctv tu... bangang...
aku memang bengang je.. tak pasal-pasal orang lain ingat aku nak mencurik... aku terus capai gel jenama apa tah.. aku bayar terus aku blah... kalau tak bagi beg plastik tu bawak masuk, apesal ko tak tahan masa aku nak masuk tadi... ko boleh pulak buat-buat comel susun bantal kat luar kaunter tu... memang otak unta betul... lupa nak bagitau... badan jaga tu memang bau pahit... bau ketiak warga nepal yang baru balik dari keje kilang jalan kaki... perit hidung aku...
lepas tu, aku singgah beli air cawan yang ada jual dalam sebuah kompleks ni sebelum aku naik bas... kat situ ada air milo, mangga, oren ngan anggur... aku nak beli mangga... sebab oren ngan mangga tu kaler lebih kurang, aku pun dengan senyuman tanya la yang mana air mangga... pekerja kat situ boleh buat muka menyampah pulak... perghhhh... aku tak hingin la nak ngorat ko... dah la lubang hidung besar... tak lalu aku nak mintak no henpon ko pun... dah la aku hangin... bertambah-tambah hangin aku... 2 orang tu memang aku ingat & aku takkan beli barang kat 2 tempat kejadian tadi... fullstop!!!!

2 orang berotak unta tu akan tetap jadi UNTA...


KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Monday 20 June 2011


assalamualaikum semua.. salam hormat ( ye aku hormat korang semua)...

entry kali ni mungkin agak membosankan bagi sesetengah orang... tapi, ada aku kesah??? tak suka baca sila move cursor anda ke bahagian paling atas belah kanan... jumpa tanda X sila tekan.. terima kasih..

okeyh... entry kali ni agak serius... melibatkan hal negara, masyarakat & ekonomi ( cehhhh... ).. betul.. sebelum ni aku tertanya-tanya kenapa la aku amek Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi kat UiTM ni tapi tetap kena amek subjek-subjek pengurusan macam ekonomi, pengurusan, pemasaran, pengurusan operasi, kewangan, & lain-lain... aku puas la dok tertanya-tanya jugak.. kenapa la minor untuk kos ni adalah pengurusan bukannya kimia ke biotek ke apa-apa tok nenek lagi la.. sekarang baru la aku faham kenapa semua tu UiTM aturkan untuk kitorang... ada faedahnya... sekurang-kurangnya kitorang tau serba sedikit tentang pengurusan... sekurang-kurangnya risiko untuk kami ditipu agak kurang sedikit.. sebagai contoh, subjek pengurusan mengajar kitorang cara-cara untuk menguruskan sesuatu organisasi dengan lebih baik.. insyaALLAH.. secara tak langsung, kita jugak dapat belajar menguruskan diri-sendiri dengan lebih baik.. insyaALLAH.. untuk subjek pemasaran pulak, kami diajar cara untuk memasarkan sesuatu dengan lebih berkesan... secara tak langsung kita jugak dapat belajar untuk memasarkan diri sendiri dalam pasaran pekerjaan yang penuh saingan.. may the best man win..

untuk subjek kewangan @ finance kitorang diajar selok belok pengurusan kewangan organisasi.. termasuk jugaklah pengurusan kewangan peribadi... ramai yang mudah terpedaya dengan kadar interest yang rendah... padahal kadar tu per bulan.. bukan pertahun... semua tu kita kena amek kira jugak... sebagai contoh la, sebuah kedai perabot "kot mamat" yang menawarkan belian secara hutang... bagus untuk melariskan jualan.. tapi, kalau kita kira balik semua caj nya... mang oi... terbeliak bijik mata weh... macam tu la... sama jugak konsepnya dengan bank... kadar faedah pinjaman yang ditawarkan bergantung kepada tahap kewangan si penghutang... makin sikit duit yang korang ada, makin tinggi la kadar faedah yang dikenakan.. itu lah sistem kapitalis... yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin... tak caya? tengok harta manusia terkaya didunia sekarang, makin bertambah atau makin berkurangan? itulah lumrah alam... sebab tu la perbankan islam sekarang ni jadi tumpuan.. orang lebih berminat pada sistem ini sebab lebih adil berbanding sistem konvensional... islam kan adil dari semua aspek..

okey, next untuk subjek ekonomi pulak... subjek ni agak pening sikit... tapi bila kita faham konsep sebenar dia, memang best... dulu serius aku tak tau apa tu KDNK, KDK, bond, share sume bagai tu... tapi bila aku dah tau, memang menarik... aku tertarik nak tekankan pasal subsidi kat sini... kalau orang-orang ekonomi mesti kurang setuju dengan subsidi yang terlampau banyak... betul.. ia akan membuatkan rakyat jadi malas & bergantung sepenuhnya.. tapi, subsidi ni perlu bila purata pendapatan per kapita negara sangat rendah macam sekarang... kalau takda subsidi, lepas tu gaji sikit, nak makan ape? nak beli pampers anak cammane? nak isi tangki minyak keta ngan air ke? jadi kat sini lah peranan pihak berwajib diperlukan... jangan tau nak tarik subsidi je lepas tu gaji rakyat masih takat tu je... susah.. aku sangat tertarik dengan idea Tun Mahathir dulu... zaman tu aku belum lahir lagi... masa beliau cadangkan untuk Malaysia keluarkan kereta sendiri... ramai yang membantah sebab cadangan tu tak mendatangkan keuntungan dari segi penjualan kereta tu.. tapi Tun M tetap dengan idea tu... dia suruh teruskan juga.. ramai yang tak sedar sebenarnya denga idea ni la tahap kepakaran rakyat kita meningkat... kalau dulu, kilang-kilang, factory-factory, estet-estet (waaaa... dialog 3 abdul pulak) sibuk nak bawak kilang dorang ke sini... peluang kerja memang banyak sebab kos untuk gaji pekerja murah... tapi, bila negara lain tawarkan kos lagi rendah, kilang-kilang ni pun cabut la... sebab apa? sebab tenaga buruh kita tak berkemahiran... jadi, tindakan bijak Tun M dulu telah mendidik rakyat untuk berusaha sendiri... ada syarikat tempatan yang buat alat ganti, buat sarung kusyen, buat skru sume bagai... kat situ, kemahiran dan kepakaran dorang terbina.. dorang bukan saja boleh pasarkan produk dorang kat PROTON je.. tapi boleh pasarkan ke syarikat-syarikat luar...jangan terkejut, ada syarikat tempatan yang buat kusyen untuk banyak syarikat penerbangan terkemuka dunia okey.. semua tu sebab kepakaran.. kat situlah idea sebenar Tun M... mendidik rakyat supaya tak terlalu bergantung.. tak faham lagi? secara mudahnya camni la.. bayangkan ada satu keluarga yang sangat miskin.. mana yang bagus, kita bagi dorang ikan atau kita ajar dorang cara tangkap ikan? kalau kita bagi ikan, lepas dorang makan, ikan tu habis... kita kena bagi lagi... tapi kalau kita ajar dorang tangkap ikan, bila dorang lapar, dorang pergi tangkap sendiri kan? sebab kemahiran tu dorang dah ada... jangan silap faham.. aku bukan nak promote mana-mana parti ke ape ke? jauh sekali aku nak bercakap soal politik... aku kurang minat bab-bab tu.. sorry.. aku bercakap berdasarkan ilmu yang aku pelajari selama ini... terpulang la kat korang nak tafsir macam mana..

jadi, kesimpulannya, aku sangat bertuah sebab boleh belajar sains + pengurusan... sekurang-kurangnya aku tau lebih sikit dalam bidang yang tu...

sekian, terima kasih... peace yawww!!!

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Friday 17 June 2011

KEPANTANGAN AKU TU....

assalamualaikum & salam sejahtera...


bagi sapa-sapa yang tak jelas tajuk entry di atas, lebih kurang macam ni la maksud dia "benda paling aku bengang & kalau orang buat jugak memang mintak penerajang kaki saiz 9" fullstop.... haaaaaa.. mesti korang tertanya-tanya kan ape la benda yang aku paling pantang tu kan??? ce teka ce teka...


okey.. kembali serius... ye.. benda ni serius... aku memang pantang bila ORANG HISAP ROKOK LEPAS TU HEMBUS KAT MUKA AKU.. memang mintak sangat penampar la kan... aku memang tak boleh 'kawtim' ngan benda-benda camni... kalo teringin nak 'out' cepat, jangan la ko nak bunuh orang sekali... tindakan perokok biadap tu memang akan mengundang bahaya yang besar kepada non-smokers macam aku ni... secara tak langsung kitorang bergelar perokok pasif... effect dia perggghhhh... teruk beb... bayangkan, asap yang masuk dalam mulut perokok tu masuk dalam badan dorang lepas tu ikat ngan carbon dioxide sume bagai.. bertambah kick la kesan dia kepada orang yang tak merokok...


aku paham bila korang dah jadi perokok memang susah nak berenti... nak-nak lagi kalau perokok tegar... tapi, jangan la biadap sangat bila hisap rokok tu... siap nak tunjuk macho konon hisap rokok lepas tu hembus kat muka orang lain... tu bukan macho tapi BODOH... menyusahkan orang je.. tak pasal-pasal orang lain pun berisiko dapat kanser paru-paru... hmmmmmm...


nak hisap rokok hisap la selagi ko tak guna duit aku untuk beli rokok... tapi pegi la hembus kat longkang ke, kat tempat takde orang ke.. ini selalu terjadi bila aku lepak kat kedai-kedai makan ngan para perokok... they are annoying... apa kata wahai perokok sekalian, korang sedut asap tu lepas tu jangan hembus... hadam je asap tu dalam perut korang... takda la rugi sangat... ni tak, dah bakar sedut lepas tu hembus... kan ke kurang bijak di situ...


tapi kan, 1 benda yang aku perasan pasal perokok ni... dorang takkan kedekut sesama dorang... aku penah tanya kat member aku yang merokok "kenapa ko senang-senang je bgi rokok ko kat orang lain? kan benda tu mahal?" nak tau ape dia jawab?? dia jawab camni " penyakit buat apa nak kedekut... orang dah mintak, bagi je la"... terkedu aku...


aku bukan la anti perokok ni.. dorang manusia biasa sama macam aku... cuma aku anti perokok yang hisap rokok lepas tu hembus kat muka orang lain.. memang KURANG AJAR... family aku pun ada yang merokok... nak buat camne kan? tapi dorang tak hembus kat muka orang lain... aku ok je..


rilex sham... rilex... haaaa... kan dah emo aku ni... hari jumaat ni.. ok la... banyak yang aku nak bebelkan lagi ni.. tapi sebab aku nak mandi lepas tu gi SOLAT JUMAAT... ok, aku stop kat sini dulu... kalau sikap aku rajin kembali, aku tulis lagi ye,... sekian, wassalam...

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN

Tuesday 7 June 2011

LELAKI DAN KERJA RUMAH

assalamualaikum semua dan salam sejahtera..

berkurun abad dah tak update blog ni.. saje je tanak update.. hahahahahaha.. takda la.. aku agak sibuk sekarang ni.. banyak benda nak kena pikir dalam satu-satu masa.. okey.. berbalik kepada tajuk entry kali ini.. LELAKI DAN KERJA RUMAH..

rumah aku takda bibik (mana ada orang FELDA upah bibik).. jadi kerja-kerja rumah mesti dibuat sendiri.. kitorang adik beradik ramai.. so, memang ada sistem giliran untuk buat kerja rumah.. contoh hari ni menyapu, esok kena basuh pinggan, lusa kena nyapu laman rumah etc.. lepas tu rotate balik.. sape-sape dalam adik beradik aku yang dah cukup haul (cukup umur), dimestikan membuat kerja rumah.. darjah 4 dan keatas dah buat kerja rumah... arwah mak aku dulu memang strict sikit bab-bab kerja rumah ni.. tak kira lelaki atau perempuan.. semua sama je.. no gender differentiation okey (adil sungguh arwah mak aku).. dulu aku selalu merungut bila kena basuh pinggan.. sebagai tanda memprotes bila sampai turn aku basuh pinggan, sure ada je pinggan yang pecah (aku pilih pinggan yang free bila beli sabun untuk dipecahkan.. tak berani nak pecahkan pinggan yang arwah mak beli dengan cara main kutu).. tapi alhamdulillah.. semua tu mendidik aku untuk jadi seorang yang agak pengemas.. aku memang pantang kalau tengok orang main letak je cawan kotor kat singki bila lepas guna.. laju je carutan-carutan kecil keluar dari mulut aku ni..

dulu, baju, kasut ngan seluar sekolah memang kitorang basuh sendiri.. alhamdulillah, bila masuk asrama dulu, aku dah biasa aktiviti membasuh ni (sampai ada yang ragging aku suh basuh baju dorang..) isyhhhh isyhhhh isyhhhh...

point yang paling penting aku nak utarakan kat sini (cehhhh.. utarakan) ialah aktiviti memasak.. dulu arwah mak selalu berleter suruh semua anak-anak dia belajar masak & selalu tolong dia ke dapur.. baik lelaki atau perempuan.. aku selalu mengelat dulu.. aku amek turn tumbuk lada je.. senang, lepas siap bole sambung tengok TV.. sapa yang kena kacau gulai suma bagai tu nasib la.. hahahahaha.. tapi, bila aku dah start sekolah menengah aku mula belajar masak dengan arwah mak.. banyak yang dia ajar aku.. dia selalu pesan orang lelaki pun kena tahu masak.. takkan asyik nak makan kat kedai je.. nanti bila bini dalam pantang sapa nak masak bagi bini makan.. aku ingat pesanan itu.. alhamdulillah.. aku tau masak dah.. walaupun tak expert macam chef wan, tapi aku still bangga ngan diri aku sendiri.. so far sambal-sambal, masak kicap, sup, tomyam, masak lemak cili api, goreng-goreng ngan masak kari tu aku pass la.. tapi, 1 masakan yang aku memang tak pernah pass.. banyak kali aku try.. MASAK ASAM PEDAS.. aku tak reti nak budget banyak mana cili, bawang-bawang ngan ramuan lain.. selalu jadi tak seimbang... sapa-sapa yang expert tu, tolong ajar aku.. tunjuk ajarku sifu..

bukan la nak riak kat sini, tapi bila aku balik rumah, mesti adik-adik aku suruh aku masak.. dorang kata aku masak bole tahan (kembang hidung aku).. tapi memang tak boleh lawan masakan arwah mak aku.. she was an excellent chef in the world..

mesti korang nak tau apa benda pertama yang aku masak kan??? hahahahahaha... aku start ngan buat jemput-jemput.. (masak air ngan telur goreng tu tak yah kira la ek).. walaupun ala-ala rentung tapi arwah mak aku makan jugak.. habis cicah cili sos.. bangga aku..

motif nya kat sini, tak kira lelaki atau perempuan mesti kena ada basic dalam ilmu masakan.. tak guna kalau korang hebat tapi masak tak reti.. berguna untuk korang jugak nanti..

dan untuk calon permaisuri hidup aku nanti, kalau tak reti masak, jangan harap nak jadi suri hidup aku.. syarat minimum mesti kena tau masak. tau bezakan mana satu senduk, mana satu sudip, kuali, periuk, kawah, belanga etc.. kena tau jugak bezakan bawang merah, bawang putih, halia, bawang besar, lengkuas dan sebagainya.. kalau yang sibuk duk jaga kuku je tu, mintak maap.. anda tak layak ke peringkat seterusnya.. silakan junjung bagasi anda keluar (percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan.. jeng jeng jeng...-lagu AF)...

ok la.. banyak sangat aku bebelkan ni..

kepada semua lelaki, kita jugak kena tau masak dan buat kerja rumah OK...

renung-renungkan dan selamat beramal...

KOMEN LA KAT BAWAH NI, AKU TAK KISAH PUN